Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, April 28, 2017

Touch n Go included GST membebankan pengguna

Baru perasan
masa top up touch & go baru ni, dia ada maklumkan.. harga dah termasuk GST 6%.

So today baru kira semula
kad touch & go RM150
included GST 150/1.06 = RM141.50
Total GST yang dah di pow dalam tu = RM150 - 141.50 = RM8.50

Wahh banyaknya RM8.50 tu. kalau digunakan untuk bayar tol, hampir separuh perjalanan kami kalau balik kampung dari Kuantan ke Chenor RM12.30

Banyaknya untunng gov dapat kan
Walhal kalau bayat tol cash, mesti takde kena caj GST ..confirm bayar RM150 untuk total tol RM150 je kan!

Adeh..baru rasa tertipu
tapi apa nak dikata kan..
mereka akan sentiasa bijak berfikir untuk kebaikan mereka tanpa memikirkan beban rakyat

Alahai.. 8 ringgit pun beban ke?
Memangla beban.. dah boleh buat makan tengahari tau
Lagipun rasa tertipu sangat dengan hidden charge gini.

ingatkan memudahkahkan pengguna tapi sebenarnya memudahkan mereka huuuu

Im prefer to pay cash.. tapi kebanyakan tol memang guna electronic payment sahaja.. so have to use touch n go juga..

mereka dan kepentingan mereka takkan berpisah!

Thursday, April 27, 2017

Percutian ringkas ke utara (6Hari 5 malam)

Kami cuma merancang untuk membawa mak (ibu mertua) pulang ke kampung di Ayer Hitam Kedah. Mak memang jarang balik kampung. Kali terakhir kami balik bersama masa Yaya masih baby..kiranya dah 3 tahun tak balik... lama kan?

Since kali ni ada kenduri, kami rasa ni waktu sesuai untuk bawa mak balik kampung sebab ramai saudara dapat dia jumpa masa kenduri nanti.. Dan memang betul.. mak memang sangat gembira sepanjang percutian kali ni sebab dapat jumpa ramai sedara mara.. Mak happy, kami pun happy tengok

So plan asalnya nak ke ayer hitam, then ke padang besar dan pangkor jer.. tapi last minit tukar plan dari pangkor ke LANGKAWI woooww tetiba.! Kenapa langkawi pulak? Sebab tengok mak sihat jer dan ceria sepanjang masa di Ayer Hitam ni. Lagipun Ayer Hitam & Kuala Perlis dekat jer... so lets go to Langkawi mak! Ye lah.. ikutlah.. kata mak :)

Tapi last minit plan gini.. so buget ke pangkor nak guna untuk budget ke langkawi memang tak cukuplah kan.. haha.. takpe.. niat ke langkawi kali ni cuma nak bersantai dan gembirakan mak jer..lagipun ni percutian kali ke-3 untuk kami ke langkawi.. so kami cuma pergi ke tempat yang kami tak pernah pergi lagi.. cable car, chenang, dataran lang, makam mahsuri.. semua tak pergi.. hahaa  kami cuma ke tanjung rhu (5 stars for tanjung rhu), MARDI (5 stars jugak), Taman lagenda (panas tapi still 5 stars), Pasar Malam Ulu Melaka (3 stars only sebab Pasar Malam Kedawang lagi best)  dan of course tempat wajib Langkawi di HIG, Idaman Suri, Beras terbakar, Minyak Gamat Nusantara

Ini kos percutian wajib kali ni (sekadar untuk ingatan aku kelak)

Minyak        70 + 100 + 100 + 100+ 60 + 50 = RM480
Tol (Touch n GO reload RM150 baki 17.70) = RM132.30  
TOTAL minyak &Tol = 612  
Budget asal tol & minyak cuma RM500.. huuu..  dah lari budget kali ni.. Harga minyak masa ni RM2.24/liter..mahal weh

Tiket feri dari Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis (3 Dewasa & 4 Kanak-kanak) = RM212
(Budger tiket feri ke Pangkor cuma RM100..so sekali lagi budget pun dah lari..huuu)

Homestay 2 hari 1 malam (teres 3 bilik di Ulu Melaka) & Avanza = RM300
Penginapan lain kami menginap di rumah sedara mak.
Asalnya nak ambik homestay juga..tapi husband pesan.. biarlah kita tidur di rumah sedara mak.. sebab masa menginap ni..bolehlah mak sembang-sembang dan bermesra dengan diorang.. bila lagi kan. Selain dapat jimat kos homestay selama 5hari 4 malam, dapat juga mengeratkan lagi silaturrahim.. Alhamdulillah memang tercapai niat tu kali ni.

Nanti free akan update gambar santai-santai kami di Langkawi sekadar untuk kenangan.

Percutian kali ni memang seronok. Selain dari dapat happykan mak, tercapai niat kami untuk bawa mak jumpa sedara mara dia, dan bawa dia jalan-jalan lupakan seketika masalah duniawi yang tak pernah putus ni..

Alhamdulillah.. niat baik kami kali ni juga membuatkan semua urusan kami sepanjang percutian kali ni sentiasa dipermudahkanNya..dan juga alhamdulillah semua sihat walafiat. Bayangkan ada satu ketika masa di Langkawi, tetiba lampu minyak kereta menyala... terus kami panic..sebab tak tau berapa jauh anggaran stesen minyak terdekat. Tengah-tengah rungsing tu.. tutup aircond sambil cari signboard setesen minyak.. tup tup terus timbul stesen minyak kat tepi jalan.. macam magic jer.

Masa kami nak  beli tiket feri pun camtu. Sampai kat Jeti Kuala Perlis dah pukul 9.45 pagi, terus dapat tiket then masuk  ke tempat berlepas... then tetiba jer pintu gate utama ke feri di buka.. Macam kami ni jadi VVIP, jadi orang pertama dapat naik feri padahal ramai yang duk menunggu kat tempat duduk.. tapi kami ni masuk je terus pintu dibuka dan masuk feri tanpa perlu bersesak-sesak.. alhamdulillah.


Walaupun budget kalini ciput dan tak dapat shopping sangat di Langkawi, takpe.. sebab niat asal untuk bersantai dan membahagiakan yang tersayang jer.

Moga ada rezki untuk percutian ringkas lagi kali ni. Mak pun dah booking untuk follow our next vacation.. InshaAllah ye mak. Moga mak sihat selalu dan dapat ikut kami lagi..


Sunday, April 9, 2017

Ilman ohh ilman! Bergegar jantung ibu nak..

Ahad memang sunday blues untuk aku. Maklumlah hubby keje.. ikut terengganu kan. 

Dari dulu lagi.. masa anak 4 jer, rupa aku hari ahad memang macam mak limah haha.. sape ntah mak limah tu kan? Aku pun tak tau..

Tapi.. sejak ada ilman dan sejak bibik takde ni.. aku dah lali dengan sunday blues. Rasanya takde sunday blues sangat lah. Semuanya under control . I can manage my sunday very well.. ha ha

Tapi.. not today.. today memang haru biru ..ultraman pun asyik nyala lampu merah je kalau macam ni gaya




Ni lah power rangers ibu yang baterinya sentiasa on! Tak pernah takde bateri  kan ilman 

Ok.. whats your xtvt today yang buat ibu urut dada jer ?

1. Kencing merata
2 x tetiba sedar-sedar dia dah buka pampers.. then tak sempat nak pakaikan pampers, dia dah kencing rupanya.. owh anak .. ni ok lagi

2. Panjat meja makan
Ni memang normal. Makan tak berenti. Semua tupperware dia buka cari makanan. Tudung saji pun buka. Tapi lagi haru bila ada lauk pauk dalam pinggan kaca atas meja. Aku sengaja biarkan bawah tudung saji sebab nak ajar dia behave. Jangan buka tudung saji sebab ada pinggan kaca.. tapi opocot.. asyik-asyik ibu juga yang urut dada owh anak!

3. Main luar rumah
Memang biasa aku biarkan ilman main tepi rumah. Dalam pagar pun.. dia pun dah tau tak boleh main kat depan rumah, main kat belah pagar tepi.  Tapi tadi.. tup tup aku dengar bunyi macam orang duk tarah tanah.. macam biasa hubby buat tarah rumput pakai sabit tu. Aku diam lagi.. cuba dengar lagi sekali sebab biasanya dia main baling batu je kat luar rumah. Tapi.. rase semacam jer. Bunyi orang tarah tanah ni.... terus aku meluru keluar.. 
Anakkk oiiii bahaya nih..! 
Ni abah punyer ajer tau.. lenkali jangan ambik tau.

Ya Allah!. betullah.. parang kontot yang biasa hubby guna tu .. camtulah dia ikut cara hubby tarah tanah pakai parang. 
Bergegar jantung !!

4. Muntah
Aku dah abis bateri. Jemur baju sidai baju ..lipat baju..kemas barang sekolah. Kemas dapur yang sepah- sepah ilman makan. Bersihkan badan ilman yang comot yang amat lepas makan tadi. 
Penat seh.. jomlah rehat ilman
Dia pun rehat sama.. tapi kan.. tengah sedap menyusu sambil baring sambil nak ambik nafas lega dapat rehat.. tetiba ilman muntah.. muntah lagi dan lagi. Aduih.. abis tilam.. abis baju dia dan baju aku.. wahahahaaa... nak nangis rase. Baru nak hilang penat.. tapi penat baru datang lagi

Hemmm dahlah rtny oii.. jangan merungut. name pun amanah dariNya. Jagalah dia elok-elok. Tak taulah berapa lama dia dipinjamkan untukmu. Sayang dia.. jaga dia elok-elok tau

InshaAllah
Sape tak sayang anak kan

Boboy memang camni eh..?

Ok.. jom tengok xtvt arini.. dalam macam-macam tu.. sempat lagi addinies main masak- masak
Muffin vanila
Roti loaf coklat




Aku mencatat sekadar untuk ingatan diri sendiri kelak . 

Nak tido.. siap pesan pada ilman..

Iman ingat tau.. susahnya ibu abah besarkan ilman. Nanti ilman kena jaga ibu abah camni jugak bila ibu abah dah tak larat tau..

Emolah ibu arini kan.. ilman! 
Dah jom tido.. good night semua. 
Assalamualaikum 



Saturday, March 18, 2017

Mainan masak-masak baru : Bread Maker Tesco

One day tertengok kat tv.. chef tu ajar buat roti, letak semua barang dalam BM, tunggu jer.. tak perlu uli dengan tangan pun.. semua BM yang uli then siap doh. Boleh bentukkan roti ikut suka hati. Aku pun terus.. ehh what? Gitu jer ker? Alahai mudah beno. Aritu masa aku uli buat doh pizza kemain penat weh tangan. Rupanya semudah main campak-campak  gitu jer? Owh ini tak boleh jadi. Terus jadi semangat nak beli BM yang mampu milik. Yang tak mampu jangan mimpi keh. Hihi biar papa asal bergaya gitu.. atau pun ingat rtny.. pakai baju di badan sendiri tau! Mmmm baiklah

So budget ciput jer hasil duit yaya jumpa sebagai penyelamat aritu. So servey-servey.. ramai yang kata BM tesco pun ok apa..baru RM200. Ok lah..kan. bukan nak jual pun kan. Buat main-main kat rumah je.. hoho

Ok.. seme hubby yang uruskan ikut lazada.
Harga asal RM199
Discount debit card maybank 10%.
+ caj postage RM12.50
Total semua RM191 jerk.. wah.. lagi murah kan. Okeh terus on.
Lepas 3 hari terus sampai


So.. apa lagi.. darat undang la aku jap. Terus baca buku panduan .. kena basuh dulu then bake dulu 10 minit..then baru boleh letak bahan-bahan roti.

So.. here i am.. wah kemain tau start uli kul 8 malam dah rasenya
Camni.. campak jer semua bahan..start yang cair dulu..last skali yis.


9.30 baru siap BM uli camni.
Gebunya kan!

Then.. bentukkan roti paung.


Bakar dalam 20 minit..

Wah semerbak bau...!. sib baik jadik. Cuma agak gemuk-gemuk roti. Lenkali kena buat kecik sikit baru comel macam roti paung manir

Malam tu tidur kul 1 malam. esok kerja sambil selsema sebab lewat tidur.Sambil bakar tu sambil makan panas-panas. mmm dap dap! Alhamdulillah jadik. Lenkali nak letak filling pes kacang pulak mesti best macam manir mari.. hihi..

Friday, March 17, 2017

Bibik dobi baju

Bukan merungut..tapi menulis untuk kenang-kenangan..

Hmm baru sudah sidai baju untuk 2 round mesin basuh 11 kg x 2 round. Lepas sidai basuh lagi 1 round.  Total 11kg x 3 round. Huuu sadis. Ni la akibat malas dobi baju 4 hari..  Sepatutnya kena basuh baju selamg sehari barulah tak jadi gini. Haish.. tapi kepenatan melanda + minggu malas..  so sendiri nangis tengok kain baju berlonggok-longgok. Biasanya kakak & hubby tolong.. tapi minggu ni minggu exam, tak sampai hati pulak kacau kakak study.. biarlah dia focus. Hubby pun macam aku minggu ni.. minggu bersenang-lenang goyang kaki. Esok siaplah kami seme

Nak hantar dobi pun kut kami jer conquer mesin basuh , lagipun 1 mesin dah 6 ringgit, drier 6 ringgit lagi.. kalau 4 round tak ke 6x2x4 = RM48. Aisehh..baik bawa anak2 makan kat luar lagi berbaloi kut.

Ok.. kemon cinderelela.. ok lah tu ada mesin basuh..syukur banyak-banyak. Dulu-dulu depa basuh tangan manual tau..

Tak perlu nangis.!! Be strong ok. ! Bertabahla sementara tunggu mereka besar. Nanti-nanti mesti aku akan terkenang-kenang memory ni. Bukan senang nak besarkan anak. Macam tu lah jugak bukan senang ma, abah, tok wan besarkan & didik  dirimu masa kecik-kecik dulu.
Chill rtny!

Minggu ni mimpikan arwah kakak ingatkan aku suruh segerakan solat. Dia melambai-lambai suruh gi solat.
Then esoknya mimpikan arwah tok wan. Dia nak g jumpa pembesar.. MB rasenya.
Moga roh mereka dicucuri rahmat. Moga jasa baik mereka membesarkan aku dilimpahkan dengan seribu rahmat & ditempatkan bersama orang yang beriman.
Mmmm lamanya tak mimpikan arwah abah.

Friday, March 10, 2017

ME Time : Juzu' 20

Alhamdulillah.. arini dah masuk juzu' 20. Tinggal 10 juz lagi nak khatam. Ni pun tak setiap hari ME Time.. kebanyakan masa, sampai office 7.40 am tu terus buat kerja. Minggu ni baru hari ni mengaji..kalau sempat me time, memang aku wajibkan mengaji sebagai aktiviti utama.. wajib 2 helai. Mmmm kalau tak buat camtu, duk kejar duniawi ajer.. haip!

Sebenarnya dah SETAHUN aku ngaji. Quran ni beli masa 8 Mac 2016. Target mesti khatam bulan Mac juga. Tapi, today dah 10 Mac 2017, setahun dah berlalu belum khatam juga. 

Aku rekodkan progress aku ngaji untuk ingatan aku. Kan senang aku nak refer balik..macam hari ni aku tau dah setahun aku tak khatam-khatam lagi.. kalau KPI kerja ni kira failed dah kan! huuu
Okeh.. ini progressnya (untuk ingatan aku je ni)

Juzu' 1, 2 & 3 - 1 month
Juzu' 4,5 & 6 - 1 month
Juzu' 7-11 (5 juzu') - 1 month (Ramadhan)
Juzu' 12& 13 - 1 month
Juzu' 14 - 1 month
Juzu' 15 & 16 - 1 month
Juzu'17 - 3 months
Juzu' 18 - 3 months
Juzu' 19 - 1 month

See.. dulu aku boleh habiskan 3 juzu' dalam sebulan. Rasanya masa ni aku masih mengepam susu untuk Ilman. Jadi tiap kali aku pam aku ambil quran baca. So, 2 kali pam sehari, 2 kali sehari lah aku ngaji. Mmmm boleh jer kan.
Bulan Ramadhan kira pencapaian terhebat aku setakat ni.. wahhh 5 Juzu' ! Maybe masa ni kan tak keluar makan, so banyak sikit masa dan maybe aku baca lebih 3 muka surat untuk sekali baca kut.. aku pun tak berapa ingat. Tapi.. wah rasa kagum jap. So, ingat RTNY, Ramadhan tahun ni pun kena macam ni jugak.. at least 5 juzu' tau.. InshaAllah!
Tapi..
Start September hingga Bulan lepas memang very bad performance. 1 juzu' untuk tempoh 3 bulan.
Masha Allah.. sibuk beno aku rupanya . Rasanya dalam seminggu maybe sekali je baca.. then maybe selai je baca.. owh.. teruknya. Memang masa ni sangat buzy.. non-stop kerja masa ni. 
Owh.. start today.. aku cuba baiki diri.. CUBA tau RTNY!

Mmmm.. just to update:
So far, my me time tak berjaya mana pun . Selain mengaji, aku cuba update blog jap. Then terus keje. Padahal berapa kali je aku update blognya.. 
Mmm... nangis jap.
Alaa..ngengada jer. rilex aa
Tapi kan.. keje kalau 24 jam pun takkan abisnyer. U need me time lah rtny! Come on..!
Hopefully so.. one day!

Jom kerja!



Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini