Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, December 30, 2008

Aku rindu...

21-24 Disember Ahad-Rabu

Kutinggalkan Amna dan Hasya atas tugas. 4 hari terasa lamanya masa berjalan.... dan hari Rabu aku pulang dengan rasa rindu yang teramat ke atas buah hatiku ini..
Amnaa tersengih2 tengok aku! Lucu aku tengok dia. makin gemuk, chubby, bulat dan berat! Dan satu perubahan baru Amna..dia dah pandai gelak besar!! Cutenyaaa
Hasya dah tido dalam kereta Dear. Beg sekolah yang ku belikan untuknya .. siap dibalut wrapper cantik seperti yang dia pinta.. sengaja ku biarkan atas meja.... Aku hanya memeluknya dalam tido, menciumnya.. selamat malam sayang. Pagi esok .. seperti kujangka .. tak sabar2 dia untuk membuka hadiah besar itu.. dan dia terus menjerit riang!! Ye yeeeaaa beg skolah baruuu!

Membesarlah anak2ku dengan jerit tawamu.. aku bahagia mendengar dan melihatnya!

Cuti sekolah

Bulan Disember ni bulan untuk bercuti..

6-8 .. Balik Manir sempene Hari Raya Haji
8-10 Stay kat KL..
10-12 Melaka
12-13 Klang, Shah Alam
19 Last day at Ikip 3
21-24 Kursus kat UTM KL.. aku drive!!
25-27 Balik Chemomoi
27-29 Tido umah baru Kemaman

Januari 2009
1-2 Cuti lagi
3-4 Start Kelas UiTM

Rasenya bulan Disember ni brapa ari jerk aku g keje..
ha ha haaaaaa semua orang camtu. nilah masenya untuk berpoya2 sebelum ribut semester bermula 19hb January nanti lalalaaaaaa

Tuesday, December 16, 2008

Pendafrataran Sarjana Perakaunan UiTM

13hb December 2008

Aku memandu sendirian ke UiTM Shah Alam.. sebagai seorang bakal pelajar. Proses pendaftaran berjalan lancar kecuali ketiadaan wakil dari fakulti perakaunan. Kata2 semangat dari dekan, timbalan dekan dan presiden IPsis membakar lagi impianku untuk menggenggam sarjana 2 tahun dari sekarang. InsyaAllah.. kalian doakanlah kejayaan aku kali ini... yerkkk!! Amin

Memories... Melaka!










Mula2 keluar exit tol Ayer Keroh.. kami pegi ke Taman Rama2.. cantik! Tapi yang tak bestnya ada taman sssnake.. Haha aku dan Hasya lari ikut pintu shortcut.















Aku suka lady bird kat belakang tu.. cute jerk!








Baaanyak sangat ikan! Amna suka sangat bagi makan ikan koi ni.. dia pun siap makan sekali makanan ikan ni... ishhh... tak senonoh betul..yeyek la sayang







Hasya dan tapir.. hidung kakak dan tapir tak sama daaa.. hidung tapir tu lagi mancccuunnggggg












Ini jerk gambar yang sempat kami ambil untuk gambar 4 orang. Tu pun.. ntah sape2 volunteer nak tangkap gambar ni. thankss









Pakcik beca cerita....

Inilah kapal terbang yang dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman untuk pergi ke kota London bagi mendapatkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Waahhh ..baru aku tahu tingginya nilai sejarah kapal terbang ni. Ingatkan kapal terbang biasa jerk ...
















Gambar wajib setiap pengunjung ke Melaka.. A Famosa.











Cantik beca pakcik ni.. siap ada sampan lagi. Kami sempat round bandar Melaka dengan beca ni. Naik 4 orang .. sian jugak kat pakcik. Aku sempat jugak bertanya pendapat pakcik beca ni pasal Shahrun Khan. Begitu ketara kekecewaannya atas penganugerahan Datuk kepada artis bollywood tu. Dia juga begitu bersemangat bercerita serba sedikit pasal sejarah Melaka kat kami.. terima kasih pakcik.. lupa lak nak tanya nama pakcik ni.










Ada gaya tunku Abdul Rahman tak. Tengok Hasya tu.. merdeka!!














Macam Alex Ferguson .. dengan jaket baru manU beli kat Dataran Pahlawan









Aku suka background kedai ni.. pinky!








Monday, December 15, 2008

Memories... Kuala Lumpur!





























Inilah impianku dari zaman muda dulu2.. heheee jangan marah bonda! Ini kisah lama.. Dulu aku selalu dating kat KLCC ni.. lepak kat taman permainan kanak2 dan kolam sambil tengok budak2 comel mandi manda dan main2. Aku jugak mengimpikan melayan anak2ku disini.. dan akhirnya.. tak sangka plak.. impian jadi kenyataan. Hasya dan Amna terrsangatlah happy dalam kolam ni. Tengoklah Hasya tu.. siap baring2 lagi. Thanks Dear dan Allah kerana menjadikan khayalan aku menjadi realiti.

Hasya masa kat Petrosains KLCC! Bersungguh nak putar roda besar tu.. roda tu akan berpusing dengan 10 kuasa 10 tuuu








































Cakkkkkk!! Macam nilah Amna masa kat Sogo. Aku sibuk cari kasut, dia sibuk main aummm cakk kejar2 dengan Hasya.

Cuti-cuti Malaysia.. berakhir!

14hb December 2008
12.00 am


Terkejut aku dari lena dan mimpi yang indah dengan suara Dear..
"Ayang.. dah sampai rumah.."
Mamai aku bangun. Rindunya rumah! Wahh.. banyaknya pisang kat pokok, adala dalam 4-5 tandan. Yang condong nak rebah pun ada. . Buah betik kegemaranku pun makin banyak kat pokok. Dulu sebelum bercuti, adala dalam 10 biji. Sekarang ni 20 kut.. nyum nyummm.. bestnya! Haa ada satu yang hampir masak. Dear petik bawa masuk dalam rumah.. kena peram dulu ni.


Aku buka pintu belakang.. baju kat ampaian dah lamaa kering. Sengaja ditinggalkan di jemuran supaya pencuri takut pecah rumah.. ingatkan ada orang. Aku pun angkat baju.. ahakss.. ada sawang labah2..! Baru seminggu aku tinggalkan rumah. Sempat lagi dia bina banglo mewah kat ampaian aku nih... ishh


Leka aku.. tak sedar Dear sibuk angkat amna dan hasya dari kereta ke dalam bilik. Hasya keletihan.. Amna pun tido dengan lenanya..baru malam ni dia lena gitu. Sejak pergi ambik air tawar Hj Ibrahim malam raya tu.. dia mesti meragam waktu malam....

Pastu.. aku dan dia sibuk angkat barang dari kereta ke dalam rumah.. arghhh banyaknya barang! Memang ketara begitu lama pemergian kami..


9.00 am

Amna dan Hasya kutinggalkan di rumah Kak Leha.. sementelah aku ke dewan ikip taman pertanian.. as invigilators.


2.00 pm

Aku memandu sendirian ke pejabat Kemaman untuk sign aku sumpah ..

4.30 pm

Aku bergegas ke rumah Kak Leha untuk mengambil Amna dan Hasya. Amna duk lepak depan tv baring2 tengok kartun. Kakak lompat2 gembira tengok aku datang..


15 December 2008

Hahahaaa... rindunya aku kat opis ni! Dan.. kerja mula menantiku di sini.

Wednesday, December 10, 2008

Holidays!

Seronoknyaa.. Dua hari dua malam aku di KL.. sekarang kat Melaka dengan Dear, Hasya dan Amna. Lusa tido kat Klang pulak, jumpa Kak Tina, Abang Joe, Nissa dan Alia Arissa sebelum balik semula .. kerja cam biasa. Arhhhhhh llupa jap pada kesibukan kerja.. walaupun kadang2 hantu ISO datang jugak dalam ingatan ... kacau betul!

Nanti aku ceritakan lagi kisahku dengan gambar favorite.. especially masa kat KLCC!

Bye... jangan jelessss

Wednesday, November 26, 2008

Putus cinta..

Kesian kat kawan aku sorang ni, kira macam adikla.. Putus cinta pertama selepas 2 tahun memadu kasih.. 2 hari sebelum majlis konovokesyennya.. dan sehari sebelum kertas peperiksaannya bocor ! Sudah jatuh ditimpa tangga. Sabarla.. memang cinta pertama itu amat perit untuk dilupai.. tapi ingatla semua yang berlaku ada hikmahnya..

Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku cukup tersentuh dengan cerita syahdunya..
Dialog antara dia dengan seseorang yang mungkin begitu jauh denganku sekarang..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
... Saya sedih sangat pastu saya masuk dalam bilik abang saya. Nangis esak2 sambil tutup muka dengan bantal
"Eh.. nape ni..", kate si abang
"Kita dah break dengan Nazir.." katanye dalam sebak.
" Ala.. kesiannya kat adik abang sorang ni.., tengok abang ni bahgia jerk.."
------------------------------------------------------------------------------------------------

Mmmmm dah begitu lama aku tak dengar ayat tu. Lamaaaa sangat! Dan dah lama aku rindu..

Wednesday, November 12, 2008

Personnel reminder!

Today!
1. 3.45 pm - Meeting

Esok Thursd
2. Ganti kelas Farah- 11-1 Costing, 2-4 FA1.. tak study lagi
3. 4-6 Test FA2 - Soalan tak buat lagi

Lusa Friday
4. 9-10 - 3293- soalan teori tak buat lagi, Net Invest Methd tak study lagi
5. 11-1 Kelas Farah lagi FA1.. bagi latihan jerk. yang mana?? tak tengok lagi
6. 3-5 Kelas Audit-bincang soalan final dan test. tak study lagi. soalan test tak prepare lg. nak discuss soalan mana tak tengok lagggi

Next week!
Monday
7. 11-1 3182 - Test 2 . Soaalan tak buat lagi, bagi assgnmt 2.. tak buat lg
8. 2-4 3293 - Discussion CBS, SIS.. ok well prepared!

Tues
9. 1323 11-2 Discuss soalan exam.. sempat lg tgk nest week!
10. 3182 1-2 Bagi assgnmt 3. tak buat lg

Wed
11. 11-1 Audit.. sempat tgk mggu dpn

Thursd
12. banyak gilerrr kelasss woooo

Fri
13.. Last day kelasssss

14. Last day key-in subjek pendaftaran!!

Next2 weekkk
Harap2 keje settle keyyyyyyyyyy

Prepare for UITM class plakkk!!

Wednesday, October 29, 2008

4 days holiday..

Seronok..rilex.. enjoy.. happy.. cool.. play.. talk.. discuss.. eat,
Itulah aktivitiku selama 4 hari bercuti

Dan semalam,
aku memulakan kerjaku dengan senyum manis, semangat baru,
Lupa sekejap pada kesibukan kerja yang terus menerus setia menemaniku ..

Indahnya bercuti di rumah sendiri..
Bebas, asyik, nikmat..
Mencari ketenangan dan keselesaan di teratak indahku

Semoga hari-hari indah itu akan terus menerus bersamaku
Hari esok dan mendatang..
Kerana itulah kebahagiaan..
Bagi seorang ibu, isteri dan anak

Tuesday, October 21, 2008

Got KEY!

2.00 pm. I saw 2 missed calls from my dear. I called him back. He said..
"Abang dah ambil kunci rumah".
Alhamdulillah ..

You know.. I've been waiting that sentences since 4 months agoooo

at last, today we get the key for our new house at Kemaman. 4 months waiting from the date of booking . After suffer difficulties and big trouble during loan application, loan processing, delay from lawyer, developer and sooo much tragedy (ha haa cam tragis jerk), we GOT it with a big smile.. from ear to ear smile hahaahaaahaaa... yeahh Thanks to Allah.

may I shout something through this blog...? Listennnn

WE GOT the KEYYYYY!

Happy Birthday to my love AMNA ADDINI!

Yesterday was Amna's birthday. We bought a red small car to her.. heheee... she was sooo excited. gedik2 badan dia bila tengok car tu.. and as usual Hasya was a busy person to join her sister playing the red car. WE were very happy to see them. So nice!!

And today.. I go to the office with a .. bitter smile.. depress, stress, ... ala semua orang keje sama jerkk.. a lot of work, buzy, dont have time to relax, ...... alaaa RELAX aaaa rtny! 6 weeks more before final exam. After that.. u'll take your semester break before the next semester coming!!

I think i need a family vacationlaa.. any suggestion???

Thursday, October 16, 2008

Happy Birthday to Baby Amna!


















Ni birthday party Amna kat umah Tokma. Tokma buat pulut kuninggg! Sedap! Aku pun letak sebatang lilin atas pulut kuning dalam mangkuk kecil.. Thank u tokma. We LOVE you..
Sebenarnya birthday 20 Oktober. Tapi bulan melayu pada 8 Syawal, Raya 6. Kira sambut birthday bulan Syawal la kat umah tokma. Hadiah.. Tokma bagi Duit Harijadi. Ibu n Abah bagi pada 20 hb keyyy












3 Oktober 2008 Small birthday party celebration for Baby Amna & Aqila Balqis.
Ni plak celebration kat umah maktok. Pagi sebelum balik manir tu.. kitorang berkejar ke Triang semata2 untuk beli kek hari jadi. Haysa cam biasa is important person in this party. siap nak tulis nama dia skali kat atas kek tu.. Terpaksala org kedai tu tulis nama Amna, Aqila and Hasya skali..





Program kacau dodol at Chemomoi on Hari Raya ke-2












Aktiviti kacau dodol .. seperti biasa diketuai oleh abg zarin, maktok, pak, acik, kak olah, adayn dan anak2 buah. Sementara tunggu dodol masak, we prepared laksa pinang as lunch..

Hari Raya Aidilfitri at Chemomoi











Photos taken on Hari Raya Pertama 1 Oktober 2008. Holidays from 27 October - 3 October.
List of families on PAGI RAYA:
1. Pak.. Saad , 2. Mak... Tom , 3. Kak Olah.. Zainab, 4. Abg Hasan .. Suami Kak Olah.. Abu Hasan
Anak Kak Olah :
5. Along .. Hafifi, 6. Abg Chick .. Hafiz, 7. Kak Wa .. Nurul Azwa, 8. Aina .. Nurul Aina
9. yen, 10. Kila .. Nurul Aqila Balqis, 11. Ya.. Nurul Alia Natasha, 12. Aizul Ikhwan
My families:
13. Dear.. Mahayudin, 14. Aku.. Engku Artini, 15. Hasya Addini, 16. Amna Addini
17. Ikin
PETANG RAYA:
18. Abang Zarin..Suami Acik.. Abu Zaharin, 19. Acik.. Norma, 20. Izudin, 21. Izzati, 22. Nini.. Izuani
RAYA KE-2
23. Abang Tan.. Ibrahim, 24. Kak Siti.. 25.Along, 26. Adik

Thursday, September 18, 2008

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Hari ini dah 18 hari berpuasa. Alhamdulillah.. tahun ini aku sempat bertarawikh dengan Hasya, buat kuih cornflake madu dengan Hasya. Sambutan Aidilfitri pun lebih untuk Hasya dan Amna. Dear pun sibuk shopping untuk dia. Sakan..! Aku.. baju raya tak siap lagi, kasut raya lom beli, tudung lom beli.. coz... BZ giler kat opis! Minggu ni kena siapkan iso, teaching plan, issue 03B, 03C, 18A, rc, marking quizzes n tests, keyin markah, nak study audit lagi.. kwangg kwanggggg.. tak cukup kaki tangan.
But, whatever it is aku takkan sesekali bawa balik keje kat umah. InsyaAllah!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini