Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, July 29, 2008

Hasya Addini lagi..

Semalam.. on the way balik rumah, aku dan Hasya tengok ada seorang baby girl naik moto dengan mak dan ayahnya. Baby tu dalam usia 4-5 bulan. Aku pun cakap kat kakak.
"Kesian baby tu.. naik moto jerk. Panas dia. Kita naik kereta"
"Mmm sian dia bu. Kita, adik, abah naik kereta. Nanti ibu beli kereta kat baby tu yerk..." syahdu aku dengar. Muka dia pun sedih jerkk
"Ibu takde duit. Kita doa kat Allah yerk semoga Allah berikan baby tu kereta. Kita kena bersyukur Allah dah bagi kereta kat kita. Masa ibu kecik2 dulu ibu takde kereta. Ibu naik bas jerk.."
Kakak pandang aku .. ntah apa yang difikirnya. Tapi aku tau dia faham apa yang aku kata..

Cerita baru..

Setelah 2 bulan bercuti panjang, lepak2 kat opis, duk surfing jerk, window shopping memanjangg... ahakss kat ec mall ler.. akhirnya minggu depan kelas bermula. Minggu ni demam pendaftaran dah bermula. Semua dah mula bz..
2 Minggu lepas jugak kami pergi birthday party Baby Faris kat McDonald TC. Happening!!
Minggu lepas kami jalan2 ronda2 kat mega mall n ec mall sekeluarga.
Dan.. Alhamdulillah jugak.. Skim gaji baru dah bermula.!!

Tak sempat nak blogging panjang..
But.. tomorrow is my birthday!! Happy 13th birthday RTNY!! opssss

Amna Addiniku

Amna dah tumbuh gigi lagi. Dah ada 3 gigi. Tapi gigi ni besar kat atas.. senget..lucu tengok! Semalam dah boleh berdiri sendiri. Semua happy dan enjoy tengok Amna. Tapi masih sensitif kulit. Semalam jugak aku dah beli ubat baru. Cethapil.. mandian dan krim yang sama. Hopefully ok.

Hasya Addiniku..

Hmmm.. Hasya suka menimbulkan topik2 yg diluar fikiran kami, topik yang paling digemarinya serta topik yg amat dinantinya.
2 minggu lepas, leka kami bersembang2 tetiba..
"Ibu.. kakak nak baby boyyy!!""Emmm kita doa yek.. Ya Allah, berikanlah kami baby boy yang sihat dan comel macam kakak Hasya.. Amin"
Ahad lepas pulak.., kami leka bercerita pasal topik lain tetiba..
"Ibu.. kakak nak baby boy yekk!"" Tunggula adik boleh jalan dulu""Adik dah boleh jalan. Kan ibu selalu pegang tangan adik bawak adik jalan2.""Mmmm tunggu adik boleh berlari dulu.""Adik dah lari dalam walker tu.. lajuuu adik lari""Hmm Tunggu adik boleh buat susu sendiri, tak pakai pampers mcm kakak dah yekk.."
Akhirnya Hasya mengalah juaaa.. Tapi sure dia akan bertanya lagi dan lagi dan lagi....

Tuesday, July 22, 2008

Hidup dengan restu Bonda!

Hampir lupa aku dengan prinsip hidupku ini. Dulu .. dialah segalanya. Doanya kupohon, restunya kupinta untuk semua perkara, jangkauan yang akan kulakukan. Hampir ku melupainya setelah aku memiliki keluargaku ini.
Ku akui.. aku hanyalah insan kerdil, yang sentiasa perlu dijentik, disedarkan supaya bangkit dan sentiasa mengingati insan yang sentiasa menyayangiku ini..
Terima kasih bonda atas jasa dan restumu yang tak terbalas olehku ini. Hanya doa untuk Bonda dan Arwah Ayahanda dapat ku berikan semoga sentiasa di dalam rahmatNya..

Thursday, July 17, 2008

Makcik tua..

Hari ini.. aku lihat seorang makcik yang uzur tengah duduk berteduh di bawah pokok besar, keseorangan, di tepi sebuah basikal seperti beca yang amat buruk. Beca itu terlalu daif. Ku pandang atas.. terlihat ada payung pada beca itu. Tapi.. payung tu koyak rabak, hampir hancur dan patut dibuang jek. Aku pandang lagi dengan wajah sedihku. Dia cuba mengemas beca tu. Aku pun memanggilnya, menyapa dan bertanya khabar. Rupanya makcik demam, menunggu si suami mengambil duit di bank kiriman anak.
Tak lama kemudian, si suami balik mendekati isterinya. Ya Allah.. bertambah kesedihanku. Kalau tak kerana makcik tua itu bersamanya, mungkin aku menyangkanya orang gila. Rambut berserabai, bajunya teramat buruk yang patut diberi kepada pak menteri supaya mengerti penderitaan rakyatnya. Tak lama, mereka berundur pulang. Makcik tua duduk di atas beca beralas sofa merah dan kain buruk. Pakcik tua memulakan kayuhannya di dalam keadaan cuaca yang panas terik untuk pulang ke rumah yang terletak hampir 15 km..

Tuesday, July 15, 2008

Seat belt

Dalam perjalanan balik dari KT ke Kuantan, kami singgah sebentar di rumah baru Kemaman. Seronoknya dapat jumpa jiran baru. Ramai yang dah mula pindah. Puas hati dengan keadaan rumah, kami pun bergegas pulang.

Tetiba ada road block. Dengan confident dan bangga kami melepasinya.. chewahh.. Opp Opp tepi.. tepi... , arah seorang polis. Marah aku dengan polis ni.. dengki la tu tengok family aku happy n enjoy jerk dlm keta nih.. fikirku. "Alamak.. tali pinggang tak pakai laaa...",bisik dear. Arrggghh patutla ...!!!! Melayang 100 riyal

Dia is a Dear..

Someone ask me, "why did u put 'dia' to ur hubby? It's better if u type abah.".. Oic.. for me it's sooo special. Dia is a symbol for DEAR... my dear. It is his nick name at the time we were being couple! Time muda2 dulu... hahahaaaa. So, when I call dia or dear, I'll remembered it. A lot of sweet memories at Kuala Lumpur..... !!!

Friday, July 11, 2008

Baby boy..

Leka kami menonton tv channel 711 berkisar pregnancy model.. Lantas aku cuba menguji kakak.. "Apa dalam perut dia tu kakak?""Baby..""Mmm.. pandai kakak!".. .. "Ibu, kakak nak baby boy..!" Errkkk terkedu aku. "Kakak tanya abah yekk!", jawabku ringkas. "Abah, kakak nak baby boy..", ulang kakak. "Tunggu kakak besar dulu yek". "Kakak dah besar dahhhh!!", jerit Hasya sekuat hati. "Kakak dah boleh buat susu sendiri ker?""Takkkk". "Tunggu kakak boleh buat susu sendiri yek. Nanti sape nak buat susu untuk adik dan kakak?".. Kakak diam seribu bahasa..

Tunggu ibu habis master dulu yek.. kataku di dalam hati

Thursday, July 10, 2008

Kakak Hasya tuntut janji

"Kakak nak main kokong jap. 3 kali jer", jerit Hasya semasa aku mengambilnya di Intaz. Aku membiarkannya bermain dengan harapan dia akan lupa perjanjiannya dengan aku semalam. Leka aku melihatnya bermain.. dah besar anak ibu ni yekk.. comel! "Jom Ibu..", kata Hasya sambil memegang tanganku menuju ke kereta. Aku pun lantas menyampuk. "Kita terus balik ambik adik keh!"."Eh.. kita kan nak g tengok muda.. Ibu lupa kerr??". Aku mengiyakan aje. Terpaksala aku menunaikan jugak janjiku dengannya..

Wednesday, July 9, 2008

Sweet memories Addini..

Amna dah 9 bulan. Suka sangat jalan2 sambil org pegang 2 tgn dia ke atas.
Semalam, dia nak pergi main futsal. Hasya nak ikut. Last2 aku deal dgn dia. "Esok kakak g school dgn abah yek. Pastu ptg kan ibu bawa g tengok Muda kat teruntum". "Ok!".

Pagi ni, kakak tuntut janjiku. "Kakak nak g school dgn abah". "Mmm.. Abah g keje kemaman la sayang. Kakak g dgn ibu yek. Ptg kan kita g tgk muda". "Okla ibu. Janji yek!" Sian kakak.. terpaksa aku tipu sunat. Lain kali ibu tak tipu lagi kehh

Tuesday, July 8, 2008

Sweet memories Hasya Addini

Dalam perjalanan ke East Coast Mall, suasana sepi seketika... Tetiba terasa seperti ubun2ku disentuh.. "Kakak sayang Ibu", cetus Hasya.. "Apa kakak..?" tanyaku. "Kakak sayang Ibu". "Abah?""Kakak sayang abah dan adik jugak"..
Terharunya aku.. Rupanya kakak mencium kepalaku tadi..

06hb Julai 2008

Monday, July 7, 2008

Weekend with Blue Hyypoo!






Seronoknya bercuti walaupun 2 hari jer. Sabtu, lepak kat rumah, main2 dengan princess, tengok dia kemas rumah (heheheee.. tolong tengok jek), teman kakak main basikal, mandikan Amna, suap nestum, ronda2 motor... hilang semua tensen keje..


Ahad.. Jom kakak kita g east coast. jomm.. Macam biasa kakak kena jadi good girl. 'Ok, promise ibu!." Seperti dijanji, kakak memang menepati janjinya. Jumpa Blue Hyypo, tengok handbag baru, kasut, dia cam biasa tengok kasut sport baru, kakak lak main motor kat carefour dgn adik. Anyway.. we all enjoy the holiday!!
Gambar Amna, Hyypo n Dia.. semalam di east coast
Gambar Amna, Hyppo dan ibu.. December 2007 di Mydin Mall Trg

Friday, July 4, 2008

Anak borek bapa rintik

Smart boy Tengku Nur Ahmad Bt Tengku Anif with his dad Tengku Anif B Engku Yusof
Cameron Highland vacation..23 March 2008
7 months


Bonda


Great Bonda
Tengku Asmah @ Tengku Endong Bt Tengku Abdul Rahman

Handsome man wrote!

"Me & wife has never forget the sweetest day of out life. all that you has done are alwasy in our mind. When ever we watch back the video out my wedding, my tears will be there appreciating you all. Instead, our big, beautiful but SLIM tv has been rasmi with that video too. As per every 27th june," Thank to sis & bro, May Allah blass your all...
Note: on your 2nd sentence, it's not 28, it just 20yrs ago, but she's never alone. Her anak2 always make she smile...
Tengku Anif Che Ku Hamzah. (handsome man :)"

Wish us luck!

Today, InsyaAllah we are going to submit our second housing loan application to Public Bank Kuantan. Frustated with CIMB Kemaman, hopefully Allah memudahkan kami dalam urusan ini.

Semua yang berlaku ada hikmahnya..

Thursday, July 3, 2008

Happy belated Birthday!

To my Lovely Mom Tengku Asmah, Happy 62nd Belated Birthday. It was 20 years already. She became as a single mother. .. We are soo proud to have u as a Bonda. Thank you very much for everything that u have done to us.. We are always with you and try harder to make u happy, feel good, safe and enjoy...

Also to my youngest and handsome (ehemmm..) bro Tengku Anif, Happy 27th Belated Birthday. You are a man already. A father to Tengku Nur Ahmad, a husband to Nurlina, your life partner. An advisor to 5th of us.. so sad, its not 6. I remembered at the time u want to get married.. Do you care.. how much make up did i touch up the bridegroom, how much tears did we spend to the wedding...

May Allah bless you all. Thanks for sharing our memoriable life.. yesterday, today and tomorrow forever..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini