Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, July 17, 2008

Makcik tua..

Hari ini.. aku lihat seorang makcik yang uzur tengah duduk berteduh di bawah pokok besar, keseorangan, di tepi sebuah basikal seperti beca yang amat buruk. Beca itu terlalu daif. Ku pandang atas.. terlihat ada payung pada beca itu. Tapi.. payung tu koyak rabak, hampir hancur dan patut dibuang jek. Aku pandang lagi dengan wajah sedihku. Dia cuba mengemas beca tu. Aku pun memanggilnya, menyapa dan bertanya khabar. Rupanya makcik demam, menunggu si suami mengambil duit di bank kiriman anak.
Tak lama kemudian, si suami balik mendekati isterinya. Ya Allah.. bertambah kesedihanku. Kalau tak kerana makcik tua itu bersamanya, mungkin aku menyangkanya orang gila. Rambut berserabai, bajunya teramat buruk yang patut diberi kepada pak menteri supaya mengerti penderitaan rakyatnya. Tak lama, mereka berundur pulang. Makcik tua duduk di atas beca beralas sofa merah dan kain buruk. Pakcik tua memulakan kayuhannya di dalam keadaan cuaca yang panas terik untuk pulang ke rumah yang terletak hampir 15 km..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini