Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 31, 2009

Sentimental value..















Amna dah Hasya manjaku..

Alhamdulillah berakhir sudah final exam untuk semester 1 .. 2 minggu lepas. Tapi intensif kelas terus bermula pada ahad lepas... hehe.. kelas ni senang sikit. ada dalam 60 article.. presentation 3 kali..yang bestnya untuk test akan keluar 3 article dan final 5 article ajerk ..dan yg lg best..lecturer akan bagitau article mana yang akan keluar untuk final exam nanti.. yesss.. thanks Prof Nor Azam.. baik orangnyer.. ala2 islamik gitu.. sopan, tegas, lemah-lembut n good looking! cam anuar ibrahim lagaknyer.. betul..!

Dan.. aku ada banyak masa bergembira dengan Amna dan Hasya. Jelas ketara Amna selalu cuba menarik perhatianku.. hihikkss selalu panggil Buuuuuuuu Buuuuuuu! tersengih2 bila aku berikan responds

Haysa lak.. tiap malam yang kutinggalkannya untuk ke kelas.. akan ditanya pada abahnya.. 'Abah..bila ibu nak balik. ?' Pernah sekali dia menghubungiku semata2 untuk bagitau..'Ibu.. kakak sedih kat ibu. Nape sayang.. Kakak rindu kat ibu...' huhukkss terharunya aku. Dah 3 bulan aku tinggalkannya pada setiap minggu.. baru hari tu dia cakap dia rindu kat aku...
Dan Hasya.. seperti kata2 rindunya padaku itu.. sesampainya aku di rumah pukul 4 pagi.. dia terjaga dari tidurnya pukul 4.30 dan terus mencari 'abah.. ibu mana..? kemudian terus dia memeluk aku.. dan kemudian.. manjanya berterusan memintaku ku menepuk tido malamnya...

Ibu rindu semua sayang...!

Monday, March 23, 2009

Terima kasih..

Ku simpan kemas nota untuk semester yang berakhir semalam
Research Methodology, Public Sector Accounting dan Accounting for Specialised Industry
hmm...
terkilan aku seketika
untuk peristiwa semalam

Juga jutaan terima kasih tak terhingga
teristimewa untuk
Profesor Madya Dr Asmah
Profesor Madya Dr Nagathiru .. aku faham maksud researh skrg
dan
Profesor Madya Dr Faizah Darus..
idola ku..
hebat, bergaya, profesional
aku ingin menjadi sepertinya
aku ingin terus bersamanya
semoga impianku tercapai untuk..

Thursday, March 12, 2009

Rajukku pada si comel AMNA

Amna..
begitu keletah kini
pandai merajuk
kuat bermain
manja
dan mula bertutur..
suka bernyanyi riang
membaca bismillah seperti kakaknya
walaupun tak jelas butir katanya

tapi..
Amna juga
mula menunjukkan kerenahnya

Tidur malamnya mesti ditemani abah
dodoinya mesti dari abah
nyanyian malam mesti dari abah
pelukan malam mesti dari abah

Abahnya..
mesti menjadi teman tidurnya
mesti disebelahnya
mengulit manja tidurnya

dan aku..
hanya sebagai peneman bayangan tidurnya
walaupun puas aku berlagak seperti abahnya
abah tetap abahnya..
dan ibu hanya ibu..
teman permainan..

Semoga keadaan bertukar menjadi seperti sebelumnya
kerana aku rindu pada pelukan malam
dari puteri comelku

Doakan kejayaanku

Alhamdulillah..
minggu ulangkaji menjelma jua
setelah 10 minggu menempuh rintangan
bersama rakan seperjuangan

Kali ini..
tabii rakanku hampir sama dengan teman mesraku dulu
bersama mentelaah ilmu, memahami, menyayangi, dan saling memerlukan
ahakss... shidah dan zurai..
dua insan berbeza
tapi sangat penting dalam hidupku
dulu dan kini
seperti pengganti
anugerah dari Ilahi
sinonimnya sama.. dari Terengganu sepertiku

Yang pastinya ..
aku gembira dengan alam ilmiah ini
aku serasi
aku bersyukur dipermudahkan segalanya
oleh Yang Maha Penyayang..

Satu ingatan terindah untuk semester permulaan ini
yang mustahil untuk kulupakan
dari pendidik kegemaranku
pujian dan senyuman ikhlasnya
seseorang yang begitu mahal dengan gerak geri bermakna itu
serta tepukan gemuruh rakan taulan
setelah aku dan teman mesra baruku..
BERJAYA..!!
menurunkan, mempersembahkan,
mencurahkan, memperjuangkan,
bertarung
untuk yang terbaik.
dan akhirnya..
KAMI berjaya menempuhnya
dengan begitu cemerlang
Alhamdulillah
berkat doa bonda dan Dear yang kucintai..

Kali ini..
doakanlah sekali lagi
yang terbaik untuk kami
AMIN

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini