Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, March 12, 2009

Rajukku pada si comel AMNA

Amna..
begitu keletah kini
pandai merajuk
kuat bermain
manja
dan mula bertutur..
suka bernyanyi riang
membaca bismillah seperti kakaknya
walaupun tak jelas butir katanya

tapi..
Amna juga
mula menunjukkan kerenahnya

Tidur malamnya mesti ditemani abah
dodoinya mesti dari abah
nyanyian malam mesti dari abah
pelukan malam mesti dari abah

Abahnya..
mesti menjadi teman tidurnya
mesti disebelahnya
mengulit manja tidurnya

dan aku..
hanya sebagai peneman bayangan tidurnya
walaupun puas aku berlagak seperti abahnya
abah tetap abahnya..
dan ibu hanya ibu..
teman permainan..

Semoga keadaan bertukar menjadi seperti sebelumnya
kerana aku rindu pada pelukan malam
dari puteri comelku

1 comment:

Nora said...

ala.... ciannya... sebab ibu dia bz blajar kot... sbb tu amna nak abah dia je... sabar eh kak... tu sume dugaan tu...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini