Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, May 11, 2009

Hasya dapat no. 1..!

Dah seminggu Hasya tak pergi sekolah. Demam.. cirit birit.
Hari ni.. Aku hantar Hasya ke sekolah mcm biasa. Aku ajak makan nasi lemak ngan kuih kat warong dulu.. dh lama aku tak buat rutin ni sejak sibuk belajar.. lepas tu.. Hasya nak bungkus kuih dan beli nasi impit.. nak makan kat sekolah katanya. Air mineral pun aku belikan sekali..
Kemudian.. aku pun hantar ke skolah. Aku turun skali hantar sebab nak bayar yuran sekolah.
Cikgu Syam menyambut mesra Hasya.. Lalu bertanya kabar .. kenapa dah lama Hasya tak datang sekolah. Aku pun menjelaskan serba ringkas. Selepas membayar yuran sekolah, aku mohon balik. Kemudian Cikgu Syam tiba- tiba bersuara..
" Dah tahu ke Hasya dapat no berapa periksa..?
" No berapa cikgu..?" tanyaku sambil tersengih malu.. berapa je laa agaknya Hasya dapat.. Mesti rendah jer ni.. fikirku..
"Hasya dapat no . 1... Kan cikgu Norjan?"
" Ha ahh.. Hasya dapat No. 1!!".. Jerit cikgu Norjan.. cikgu kelas Hasya..

Teringin aku memeluknya..tapi Hasya dah berlalu membawa beg besarnya menaiki tangga..
Sampai di ofis, terus aku menelefon Dear.. 'Hasya dapat No. 1'.. 'Alhamdulillah.. kena beli hadiahla untuk kakak.."

Tak sangka aku.. Semoga Hasya mengikut sejarah sekolah rendahku dulu.. Juara bertahan!

1 comment:

Nora said...

wah... congratulation to kakak... ala... auntie nora terharu la... bergenang air mata.... seronoknya dpt no 1 dlm kelas....!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini