Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, May 25, 2009

Memories.. arwah abah

Aku ingat2 lupa tentang kenanganku bersama arwah abah. Yang pasti abah tegas orangnya. Tak pernah menunjukkan kemesraannya seperti bapa zaman sekarang yg begitu mesra dgn anak mereka. Tapi aku tahu.. abah begitu menyayangi kami..

Kenangan 1
Abah membawa kami cari etok2 di pantai serada.. Aku sunguh gembira saat ini sebab dpt main air..

Kenangan 2
Abah bawa aku ronda2 moto.. kt depan moto anif kut, abah, aku, kt belakang aku..arif kut or atan.. aku tak ingat. Yang aku ingat adalah pelukan kuatku kat perut abah. Terbayang2 lagi deras nafas abah dan ombak nafasnya kat perut.. Dan aku begitu seronok naik moto sambil mendengar alunan merdu abah mengalunkan ayat suci al-quran

kenangan 3
Abah memberikan kami hadiah jam tangan. Setiap seorang dari kami dpt jam ni.. dan kami semua happy sangat. Aku tak ingat berapa lama kami pakai jam ni.. yg aku ingat, jam ni rosak time kami nak pakai pada pagi raya. Sebab abah dh simpan terlalu lama dalam almari atau bawah katil.. Dan kami sungguh kecewa di pagi raya tu..

kenangan 4
Abah suka bawa kami pergi tengok acara sukan oleh pasukan polis.. 'tonto' or ape ke napa dia.. Dalam acara ni.. polis akan buat aksi lompat dlm api, aksi moto lasak.. dan mcm2 lagi. Biasanya acara ni bermula malam sehingga larut malam. Dan abah mesti bawa aku, atan, arif, k tina, anif..? tak ingat.. dan abah juga mesti jemput adik kesayangannya di Losong. Kami akan bergembira di sini sehingga penat.. dan aku pun lupa kenangan2 di sini.. takde gambar yang dapat kuimbas kembali.

kenangan 4
Aku tak tau dan tak ingat apa reaksi abah setiap kali melihat buku rekod kemajuan aku. Setiap tahun aku dapat no 1 dari tahun 1 .. hinggalah darjah 5.. sebelum abah meninggalkan kami selama2nya.. Aku tak tau apa perasaannya dan aku tak ingat sebarang hadiah yg aku dpt ..

Kenangan 5
Semasa Ma selamat melahirkan Anif.. aku, atan dan arif sibuk bertanyakan abah..
"Abah.. kita nk bagi nama apa..?"
"Perempuan ke lelaki..?
"Lelaki.."
"Nama Tengku Anif..."
Dan kami pun bergembira dgn baby baru ini..Aku betul2 ingat saat2 indah ini..

Kenangan 6
Aku selau menangis pada masa kecik. Tambah2 lg dengan usikan atan n arif. Dan pernah sekali abah menghukumku dgn mencampakkanku dalam lubang yang dipenuhi dengan sampah.. Dan akhirnya aku berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesusahanku..
Kenangan 7
Abah selalu pulang lewat malam bila bekerja shift. Dan kadang2 abah akan belikan satay kegemaran kami.. Kami akan makan pada keesokan paginya dengan satay yg dh sejuk dan keras. Tapi.. aku tetap gembira..Yea yea,, jeritku keriangan di dalam hati. Aku tak berani untuk meluahkan kata2 kegembiraanku pada abah..

Kenangan 8
Saat terakhir sebelum abah jatuh sakit.. abah membawa kami jalan2 dgn kereta. Aku tak ingat hala tuju perjalanan kami. Yang aku ingat.. aku, atan, arif kut.. or aku n arif, bergembira sakan di dalam kereta.. berlakon lagak seorang pemandu.. sambil membunyikan vroooommm.. hingar bingar di dalam kereta.. tapi abah tak marah seperti selalu.. abah membiarkan kami dengan keseronokan tu samapi tiba di rumah

Aku tak berapa ingat kenangan2 indah lain. Ma pernah bgtau.. abah akan selalu bakar lemang dan kacau dodol bawah bangsal kereta..
Dan Ma mesti ada banyak lagi kenangan indah bersama arwah Abah.
Aku doakan semoga arwah ditempatkan bersama org beriman.. Al-Fatihah!
Aku juga tak sanggup untuk kehilangan teman hidupku ini seperti Ma yang kehilangan Abah..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini