Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, June 25, 2009

Happy Birtnday Bonda!

Semalam birthday Bonday ke 63. Setelah ucapkan selamat hari jadi bonda berkata sesuatu..
"Terima kasih. Ma pun nak minta sesuatu ni.."
"Apa dia.." aku seperti menghidu sesuatu
"Sebelum ma mati ni, ma nak tengok semua anak ma berbaik2 macam dulu. Setiap kali ada sesuatu, mesti tertinggal seorang. Ma sentiasa berdoa. Tapi.."
Ma mula menangis. Aku pun menangis. Ma jarang dan seingatku tak pernah menangis meluahkan isi hatinya begitu. Munkin Ma dah tak mampu untuk berselindung menyorok isi hatinya.

Ya Allah..lembutkanlah hatinya

sooo cute!


Monday, June 22, 2009

Balik kampung

3 hari balik kampung mertua.. lain benar rasanya. Ini kali kedua aku balik kampung untuk tahun ni semenjak sibuk belajar. Rumah mak dah besar, cantik,berbeza dgn rumah lama. Aku jugak lupa yang rumah mak dah jadi rumah orang lain juga.

Hasya..
Sebelum balik kampung, aku selalu bercerita kat Hasya.
"Ayah kakak sape?""Abah..." Mak kakak sape?""Ibula.."
"mm mak ibu sape?""Tokma. Ayah Ibu sape?".."Ntah sape ibu..?"
"mmm.. ayah ibu dah meninggal.. kesian ibu.. ayah ibu adalah tokki kakak"jelasku cuba memahamkannya.
Sejak hari tu, dia sentiasa bertanya pasal arwah tokkinya ni.
"Ayah ibu dah mati kan. Ibu sedih tak?Ayah ibu kena tanam dalam tanah kan?"
Aku cuma menjelaskan serba sedikit.
2hari lepas masa tengah makan2 dengan mak dan pak, Hasya bercerita..
"Ayah ibu saya dah mati. Tokma saya tinggal sorang2 jer.." Aku sedih.. begitu banyak yang dia faham rupanya.

Pak..
Sebelum balik Kuantan, aku bersalam dengan mak sambil berkata.."Nanti mak doa dapat A lagi yer""InsyaAllah". Kemudian aku bersalam dengan Pak. Sebelum sempat aku berkata2, Pak bersuara.."Pak selalu solat hajat setiap malam Jumaat berdoa" Aku terharu.. teringin aku memeluknya tetapi segan dikelilingi ipar duai. Aku rasa puas balik kali ni.. sebab aku sempat hidangkan nasi dan sediakan air kopi kegemaran Pak

Thursday, June 18, 2009

Merraa

Baru lagi aku bercerita pasal Merra ni.. tup tup pagi dpt mesej dari dia.. selamat melahirkan baby boy semalam. Alhamdulillah. 2004, aku mengunjunginya melihat seorang baby lelaki yang cukup comel.. Setahun kemudian, aku menerima mesej darinya..'Tini, aku cuba call mu 2-3 kali tak dapat.. Anak aku meninggal Tini..". Terkejut aku lantas menghubunginya.. Dan aku cukup bersimpati. Anak meninggal diribaan. Bermacam nasihat cuba kuberikan. Tapi yela.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Lama kami berhubungan..dari Kuantan ke Sabah.

Berbulan2 aku mengikuti perkembangannya.. Katanya lagi..
"Aku dah merasa mati ayah, pastu mati abang, mati mak, nenek.. tapi mati anak ni tak sama Tini. Aku tak kuat.."

2006 dia dikurniakan cahaya mata perempuan. 2007 aku dikurniakan cahaya mata perempuan dan dia datang mengunjungiku dengan Nor Hafizah.. lawa, tapi mungkin tak sama dengan yang dah pergi.
Semalam, alhamdulillah penggantinya sama seperti wajah arwah. Semoga dia akan terus tersenyum..

Wednesday, June 17, 2009

Amarah

Sudah 2 hari aku seperti dikelilingi perasaan amarah.. terutama bila berada di dalam rumah. Hasya menangis dipukul Amna, Hasya melengah2kan pakai seluar selepas ke toilet, Hasya menyepahkan botol susunya, Hasya tidak mengemas permainannya, Amna yang manja menangis inginkan susu, Amna minta diberikan perhatian, Amna menangis malam.. semua dimarahi dan terkadang dengan nada yang tinggi. Aku menghubungi Dear yang bermalam di Kemaman, dia cuma menasihatiku supaya bersabar.. kemudian kupohon maaf pada Hasya dan Amna, aku mencium mereka dengan penuh kasih
Semalam aku marah2 lagi... Amna dan Hasya dengan keletah mereka di kedai makan.. bermain, melambatkan2 makan, dahla nyamuk banyak kat kedai tu.. Kemudian ke Tunas Manja, aku masih boleh bersabar dengan karenah Hasya .. Tapi amarahku memuncak apabila aku terhidu bau shieldtox yang dispray di dalam bilik tidur juga di sekeliling rumah sejurus ketika nak tidur. Bermacam perasaan masa tu.. marah, geram, busuk.. tapi syukur aku dapat mengawal dan cuma melepaskan perasaan didalam hati..
Kenapa yer.. jarang dan sungguh jarang aku berkelakuan begitu. Puas aku muhasabah diri lewat tengah malam. Akhirnya kutemui jawapan. Syaitan mula menguasai diri. Aku terlalu banyak membaca dan belajar sesuatu dari blog Ustaz Nawawi, Manzlie dan Prof MKI. Telah hadir sesuatu ketika aku tekun menghayati blog mereka. Dan aku pasti, syaitan telah mula memainkan peranannya, menghasut dan mempengaruhi Hamba Allah ini supaya hancur kehidupannya.
Pagi ni dia berjaya melalaikanku. Terjaga dari lena yang indah jam 7.43 am. Subuh entah kemana. Aku sampai ke ofis jam 9 am..
Jahatnya si syaitan laknatullah ni. Hancurkanlah mereka ni. Jauhkanlah aku darinya Ya Allah..

Ikhlas

Aku cuba jadikan diriku iklas dalam setiap perbuatan. Aku ikhlas dalam perbuatanku. Aku ikhlas berkawan, tidak berprasangka buruk pada kawan, sentiasa berfikiran positif pada setiap tindakan kenalan. Tapi tula.. bila kita sentiasa lurus.. kita kena sedar bahawa tak semua orang seperti apa yang difikirkan. Kini aku belajar untuk mengenal sikap manusia. Ada yang berpura2, ada yang menjauhi, ada yang sekadar melepaskan batuk di tangga, ada yang dalam keterpaksaan dan sebagainya..
Kenapa manusia dilahirkan begitu..?

Tuesday, June 16, 2009

Akrab

Dulu aku begitu akrab dengannya. Banyak kisah suka dukaku dengannya. Dia sentiasa dihatiku. Semasa aku terbang jauh meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu, dialah yang begitu mengambil berat tentangku. Saban minggu yang terluang, dia akan membawaku bersiar2, makan2, selalu menghulurkan tangannya untukku. Kalaulah masa tu dilengkapi kemudahan internet dan handphone, pasti lagi manja aku bersamanya.. Dia banyak memberikan kata peransang, memujukku dikala aku kerinduan pada bonda.
Dialah satu2nya didalam hidupku. Dialah jua yang telah mewalikanku. Bukan semua orang berpeluang memilikinya. Dan akhirnya dia dimiliki seseorang.. mungkin dia amat bahagia..dan aku mula terasa sesuatu yang menjauhkan kami.. keakraban kami akhirnya makin layu.. sesuatu berlaku menjarakkan lagi kami..
Ya Allah, satukanlah semula kami sekeluarga..

Monday, June 15, 2009

Bosan..

Dulu aku cukup meminati novel2 cinta.. kisah rindu antara 2 insan.. tapi kini, aku cukup bosan untuk menelitinya. seakan terasa jengkel. Kenapa yer.. mungkin kerana aku telah menemui cintaku.. aku mempunyai kisah rinduku sendiri, kebahagianku sendiri.. Aku takut untuk membaca novel2 cinta2 itu. Kerana.. biasanya novel itu akan diindahkan bahasanya dengan dendam kesumat, hati lara, perpisahan, orang ketiga, cemburu, sangsi dan pastinya akan memaksaku untuk menitiskan air mata kesedihan yang teramat. Aku tak mahu semua tu hadir dalam kebahagianku sekarang.. Aku hanya ingin ditemani keriangan, mabuk di syurga duniaku.. yang dianugerahkan Ilahi ini..
Aku menyintai Mahayudin, Amna Addini, Hasya Addini, Tengku Asmah dan semua yang juga menyintai dan mempunyai perasaan rindu terhadapku
Semoga berkekalan Ya Allah

Friendship

Masa di sekolah rendah.. best friendku adalah Wan Mahira ataupun Mira atau Merra panggilanku. Semasa aku berada dalam Darjah 5, Siti cuba nak berkepit.. jadikan aku sebagai bestfriendnya. Lantas Merra mempunyai gengnya sendiri, Zurina, Mahani. Aku kurang menyenangi Siti.. dan perhubungan kami hanya sekadar suam2 kuku

Masa di Tingkatan 1, aku masih sekelas dengan Merra. Tp aku tak punya best friend di sekolah. Aku tinggal di asrama Anak2 Yatim Darul Falah. Best friendku adalah Zuriah Mokhtar. Kemudian aku tak paham kenapa Kak Junainah dan Kak Syamsiah beria2 nak jadikan aku adik angkat mereka. Aku dijaga, dibelai, dimanja hehee... best jer masa ni. Kemudian Zuriah mula mesra dengan Siti.. (siti lagi..).

Tingkatan 2, sekelas dgn Merra lg. Aku masih takde bestfriend. Aku cuma menumpang kemesraan Wan dan Cik.

Tingkatan 3, (masih sekelas dgn Merra) tetiba Salmi datang memohon keizinan untuk berkawan denganku. Ahakss lawak masa ni. Aku tau sebabnya.. Angkara kawan makan kawan.. Tapi persahabatan kami seperti ada sesuatu yang tak kena. Aku sebenarnya teringin berkawan dengan Syikin, best student kelaas kami..

Tingkatan 4, (masih sekelas dgn Merra) , Salmi meninggalkanku ke Sekolah Berasrama Penuh. Alhamdulillah, Zan muncul untuk menjadi member kamcingku. Tapi hanya untuk sementara kerana dia pun terpilih ke Sekolah Teknik. Nik Suzila yang jelita menjadi temanku. Dan aku cemburu lagi kali ini dengan Nadiah. Persaingan sihat antara kami berlaku.

Tingkatan 5, (masih sekelas dgn Merra) , Nadiah adalah my partner table di kelas dan partner table di room study kat hostel. Tapi Nadiah tetap dengan perangainya.. gedik manja yang semulajadi. Tapi dia disukai ramai dan dipuji ramai terutama Sedi & Hashim. Nadiah, Mawar Afizan & Kasmaliza.. satu group. Merra dengan Suhaila, Mahani. Aku.. sekejap dgn group Nadiah, sekejap dgn group Merra. Dan kami masih berhubungan hingga kami.. aku & Merra

Matrikulasi Seremban.. Kami berpisah semua. Aku berjumpa kenalan baru. Rashidah or Shid. Agak serasi, kamcing gila.. tapi dia kelihatan sedikit mementingkan diri. Aku terima seadanya. Kemudian Nani.. kami bertiga bersama.

UKM.. sem 1. Aku tinggal berlainan kampus dengan Shid. Tapi hubungan tetap utuh. Nani terpisah di kampus lain.

Sem 2-.. tak ingat berapa semester kami disini. Taman Bukit Mewah Kajang. Aku, Syinaz, Hani & Shid.
Sem berikutnya.. Aku, Syinaz, Hani, Shid & Yung.. satu rumah. Akrab.. tapi tetap berakhir dgn perpisahan pada semester 6

Rumah sewa 1 , Kerja 1- KL.. Aku tinggal di Selayang dengan Kak Teh yang baik & Izan yang tipu duitku. Semoga Allah membalas atas kejahatannya. Bestfriend..? mmm.. takut tertipu dgn kawan.. aku berkawan gitu2 jer

Rumah sewa 1, Kerja 2 - Batu Caves.. Kawan baru, ani, Jee, Izan penipu, boss, En Kamal (yang suruh aku doakan dia berjumpa cinta hati baru selain isterinya yang baik chesss dan yg ada hati nak isi borang kekosonganku masa tu.. tapi aku tetap suka dgn dia. maybe sebab dia ada karakter pilihanku, begitu mengambil berat & bertanggungjawab.. nasib baik dia tak pakai ubat guna2.. kalau tak meraungla aku sampai sekarang sbb rasanya dia ada masalah kewangan.. pernah beberapa kali pinjam duit aku, tetapi tetap bayar beransur.. mm aku rasa aku rindula kat dia.. rindu sebagai seorang kenalan, bekas pekerja dan sekadar ingin tau perkembangannya.. syyyy), dan heheee... iskk malu... disini jugak aku bertemu jantung hatiku.. my truly best friend.. Mahayudin

Rumah sewa 2, kerja 3, hanya sementara.. 1 bulan ++.. disinilah hatiku terbuka untuk menerimannya .. seadanya.. atas kesabarannya & kesungguhannya. Aku memilihnya juga setelah hati meronta2 mengatakan ya walaupun lidah mengatakan tidak.. Sebenarnya hati tak pernah menipu dan tak akan menipu.. Syukur diatas petunjukMu ..

Rumah sewa 3, kerja 4.. Kenalan baru lagi.. Eda, Ati &... sorry tak ingat nama. Kami bersahabat. Aku respect dengan pengurusnya.. Tunku Manja Suria. Tapi dia hanya sementara denganku. Dipindahkan lalu mohon diberhentikan.. Orang baik selalunya macam tula.. mesti ada si pendengki dan si pengkhianat. Kemudian aku ditugaskan di bawah si hensem Nash.. mmm cuba mengorek rahsia diri.. rupanya dah berpunya.. hu huuuu Tapi aku tetap bersama Si Dia pilihan hati..

Rumah sewa 4, kerja 4.. Aku berpindah ke rumah Ati & geng. Kami bertambah rapat. Hampir 2 tahun aku disini.. akhirnya aku mengasingkan diriku diriku dari mereka.. Ada sesuatu yang berlaku.. atau mungkin juga kerana aku terlalu leka dengan Si Dia..

Rumah sewa 5, kerja 5.. Aku berpindah ke Kuantan selepas 2 minggu majlis pernikahan. Pengalaman mengajar sementara bersama Siti Nur, Kak ... (sorry tak ingat lagi..), kemudian bekerja bersama Afni..

Rumah sewa 6, kerja 6.. Pindah lagi dan kali dengan kerja tetap. Kak Ilah, Ina, Kak Ja, Huda.. hubungan kami kekal hingga sekarang..

Rumah sendiri 1, kerja 7.. tukar keje lagi sebab kolej tutup. kebanyakannya non muslim.. so, just a friend with them

Rumah sendiri 1, kerja 8.. kolej tutup lagi. Tempat kerja baru agak menarik dengan janji2 manis majikan. Aku bertemu sahabat baru.. Aswa, Ina, Zawati, Ayu, Laila. Aswa & Laila... still as my bestfriends..

Rumah sendiri 1, kerja 9.. kontrak tamat.. hilang sudah janji2 manis majikan dulu. Kali ni, di tempat baru dengan suasana berbeza, stress berbeza.. aku banyak belajar. Tapi sahabatku tak ramai. Boleh kuhitung dengan jari. Berkali aku cuba menjadi terbaik, berusaha, tapi sahabatku tetap itu sahaja.. jadi aku terus meneruskan kehidupanku dengan cara begini.. tanpa mengganggu sesiapa.. hidupku untuk mereka yang sudi untuk mengenaliku..

I Love Kemaman

Pintu pagar utama
Syiling kapur cantik

Aku suka design kat tingkap tu.. bukan si baju merah tu hehee.. sekadar hiasan


Bahagian tepi.. saiz tanah kat tepi hampir 2 kali ganda dari foto



Nice.. i love it!
Malam minggu kami tidur di rumah Kemaman. Ini kali ke-2 aku tidur sini untuk tahun ni. Bila stay kat sini.. rase mcm tak sabar jer nak pindah. Nak hias rumah..nak bina taman, nak renovate dapur, nak buat balcony, nak letak perabut baru, nak tanam mempelam favouriteku, nak lepak kat pondok cantik di taman yang ada air terjun.. dan macam2 lagi

Dulu masa kami membuat keputusan untuk beli rumah ni, aku bersungguh untuk cari kerja dan pindah sini. Jadi orang Kemaman yang hampir dengan hometownku. Kami memasang angan2 indah di sini. Rumah semi banglonya yang sangat luas.. hampir 2 kali ganda dengan rumahku di Kuantan. Lamannya yang tersangat besar hingga boleh memuatkan 2 gelanggang takraw atau 6 biji kereta atau sebuah rumah baru. Macam2 perancangan untuk rumah ini.

Tapi aku memohon keampunannya. Aku belum mampu untuk menunaikan hasrat itu. Aku mempunyai komitmen atas kerjaya dan juga matlamat utama sarjanaku. Tapi aku juga mempunyai matlamat lain setelah tamat pengajian... Hmm.. susahnya untuk memikirkan antara kerjaya, impian dan suami tercinta.

Adakah aku melebihkan kepentingan diri sendiri dari keluarga .. Aku cuba untuk bersikap adil.. tapi aku tak mampu berfikir. Aku memohon untuk Allah memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga..

Dilema..

1. Motorola rosak gara2 amna main air.. so buat sementara pakai samsung lama. tapi mcm tak ada life langsung. bleh guna untuk call & sms jerk.. no camera & video.. nak baiki tak bleh dah rasenya bab masuk air ni. Nak beli baru, at least 500++ gak.. hussshhhh camner nihh

2. Road tax mati 18 June. At least 400 .. Plan nak tukar Myvi sblom renew road tax. Ntahla jadi ke tak.. yg pasti duit lagi..

3. Air cond kancil rosak. Bulan lepas dah baiki radiator & geng2 dia 350. ushh.. nak baiki aircond nih.. 420 pulak

4. Contact lens dh expired. Nak tempah baru.. 300 lagi

5. Nak beli baju raya .. hehee mintak Dear jer

6. Nak borong kat Rantau Panjang.. mmm kena bawa bekal banyak nih.. brape ekkk

Huhuhuuuuu duit.. dimana kau duit..
Bulan depan dah start belajar. Tambang bas lagi. Tapi biasanya time belajar ni.. banyak ada duit lebihan. Sebab takde masa nak g rendett shoping2.. tengok kertassss & komputer jerr...

Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga.. Amin

Friday, June 12, 2009

Family gathering.. 070609

semua berebut nak duduk dekat tokma sampaikan adam merajuk
Best friend.. Hasya & Amna potong kek

Semua ada kecuali.. Wan, orang jauh dan Ajmal yang tidur


My family



Kak Tina & Family




Anif & family

Arif & family



Suka gambar ni.. ada peristiwa sedih di sebalik kehadiran Ajmal.. setiap kali memegangnya, pasti terasa syahdu..

Koleksi hadiah untuk budak2

Meriah seolah perlu dijadikan acara tahunan..

Hati gembira..
















Baru dapat panggilan dari teman seperjuangan.. Alhamdulillah, result cun jugak.
Dan hari ni barulah aku bersemangat meneruskan penulisan di blog ni
Banyak hal2 indah berlaku sekitar minggu2 lepas.
30 May.. Annyversayku ke 6 dan birthday Hasya ke 4. Aku sempat mengadakan birthday party di rumah

Alhamdulillah..

Semalam adalah satu hari yg amat memenatkan dan menyeksakan. Setelah tarikh keputusan peperiksaan diumumkan semalam.. aku berniat untuk menunggu keputusan kawan2 terlebih dahulu sebelum melihat keputusanku. Aku ingin melihatnya lewat petang atau lewat hari..

Ditakdirkan keputusan tidak muncul2. Aku mencuba dan terus mencuba.. hampa, tiada sebarang berita. Akhirnya dimaklumkan semula keputusan akan keluar selepas pukul 5.. lewat petang seperti niatku yang asal.

Allah Maha Kuasa. Aku terus menunggu jam 5. Tiada lagi.. 5.15, 5.20,5.30, 5.40.. aku mengira detik. Dan aku dan kawan2 terus hampa. Aku pulang ke rumah dengan hati yang kosong. Tetiba jam 6 lebih, aku dimaklumkan result dah keluar. Kupohon jasa baik kawan untuk menyemak kerana ketiadaan kemudahan internet di rumah..

Aku menunggu penuh debar. ..kedengaran tone mesej di telefonku. Haaa takutnyaa.. Ku minta Dear untuk membaca mesej dengan ingatan.. 'kalau result ok bagitau cepat, kalau tak ok bagitau lambat'

Aku bergegas menyorok di dapur. Pura2 membuat air sambil mengintai di celah rak dapur. Aku nampak senyuman terukir.. Ku harap berita baik muncul.. 'Tahniah akak dapat 3.**....' Bacanya dengan kuat. Dan aku terus menjerit kegirangan..

Alhamdulillah.. mesej kedua menyusul. 'Akak dapat ** untuk semua subjek. Tahniah kak' Kali ni, aku yang membacanya..Dengan perasaan yang tak berbelah bagi, aku bercerita pada Amna perihal kegembiraanku ini. Hehe.. Amna hanya tercengang tapi kemudian menyanyi gembira sambil goyang kepala lagu Happy Birthday kegemarannya.. Ku bagitau Hasya.. Ku bagitau bonda..

Terima kasih semua. Aku amat menyayangi kalian semua. Terima kasih juga untuk yang tersayang atas ucapan tahniah dan senyuman ikhlas atas kejayaan ini..

Alhamdulillah Ya Allah kerana memakbulkan doaku untuk mendapat A bagi semua subjek tanpa mengira apa jenis A tersebut (A+, A or A-).. yang pasti tergolong dalam kategori A. Dan aku wajib menunaikan nazarku untuk memberikan hadiah kepada pensyarah yang mendidikku sehingga mendapat kejayaan ini

Aku tidur dengan senyuman semalam. Teringat mesejku dengan Pensyarah kegemaran.. PM Dr Faizah Darus..
' Salam Dr. Thank you very much. I got ** for ACC721. Thanks a lot Dr'
'Congrats, U have worked hard fot it'
Dan senyumanku makin lebar kini....

Wednesday, June 10, 2009

Doakan kejayaan kami..

Esok.. result periksa sem 1 akan keluar. Semua berdebar ketakutan. Tak dapat meneka cara pemarkahan dan pemeriksaan untuk program master.. Dan aku hanya mampu berdoa..

Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kami hanyalah hambaMu yang dicipta untuk menurut perintah dan ajaran agamaMu yang suci. Kami telah cuba melakukan yang terbaik didalam meneruskan perjuangan kami. Kami telah berusaha, beramal dan kini kami bertawakal di atas kuasaMu yang Maha Besar dan Maha Agung..
Atas limpah rahmatMu yang Maha Pengasih dan Penyayang, kami memohon untuk beroleh kejayaan cemerlang diatas peperiksaan untuk semua matapelajaran yang diambil, permudahkanlah kami dalam meneruskan pengajian dan kehidupan kami ini..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Bonda.. doakan untukku.., bisikku

Tuesday, June 2, 2009

Seronok membaca blog insan2 yg kukenali..
membuatkan aku lebih memahami dan mengenali mereka..
dan aku aku juga suka membacanya..
kerana membuatkan aku lebih banyak berfikir, berimaginasi
walhal banyak yang ingin kukongsikan perihal diriku disini..
untuk sementara kuhentikan penulisan ini..
kerana belajar memahami lebih seronok dari belajar menjadi penglipur lara..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini