Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, June 16, 2009

Akrab

Dulu aku begitu akrab dengannya. Banyak kisah suka dukaku dengannya. Dia sentiasa dihatiku. Semasa aku terbang jauh meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu, dialah yang begitu mengambil berat tentangku. Saban minggu yang terluang, dia akan membawaku bersiar2, makan2, selalu menghulurkan tangannya untukku. Kalaulah masa tu dilengkapi kemudahan internet dan handphone, pasti lagi manja aku bersamanya.. Dia banyak memberikan kata peransang, memujukku dikala aku kerinduan pada bonda.
Dialah satu2nya didalam hidupku. Dialah jua yang telah mewalikanku. Bukan semua orang berpeluang memilikinya. Dan akhirnya dia dimiliki seseorang.. mungkin dia amat bahagia..dan aku mula terasa sesuatu yang menjauhkan kami.. keakraban kami akhirnya makin layu.. sesuatu berlaku menjarakkan lagi kami..
Ya Allah, satukanlah semula kami sekeluarga..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini