Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah..

Semalam adalah satu hari yg amat memenatkan dan menyeksakan. Setelah tarikh keputusan peperiksaan diumumkan semalam.. aku berniat untuk menunggu keputusan kawan2 terlebih dahulu sebelum melihat keputusanku. Aku ingin melihatnya lewat petang atau lewat hari..

Ditakdirkan keputusan tidak muncul2. Aku mencuba dan terus mencuba.. hampa, tiada sebarang berita. Akhirnya dimaklumkan semula keputusan akan keluar selepas pukul 5.. lewat petang seperti niatku yang asal.

Allah Maha Kuasa. Aku terus menunggu jam 5. Tiada lagi.. 5.15, 5.20,5.30, 5.40.. aku mengira detik. Dan aku dan kawan2 terus hampa. Aku pulang ke rumah dengan hati yang kosong. Tetiba jam 6 lebih, aku dimaklumkan result dah keluar. Kupohon jasa baik kawan untuk menyemak kerana ketiadaan kemudahan internet di rumah..

Aku menunggu penuh debar. ..kedengaran tone mesej di telefonku. Haaa takutnyaa.. Ku minta Dear untuk membaca mesej dengan ingatan.. 'kalau result ok bagitau cepat, kalau tak ok bagitau lambat'

Aku bergegas menyorok di dapur. Pura2 membuat air sambil mengintai di celah rak dapur. Aku nampak senyuman terukir.. Ku harap berita baik muncul.. 'Tahniah akak dapat 3.**....' Bacanya dengan kuat. Dan aku terus menjerit kegirangan..

Alhamdulillah.. mesej kedua menyusul. 'Akak dapat ** untuk semua subjek. Tahniah kak' Kali ni, aku yang membacanya..Dengan perasaan yang tak berbelah bagi, aku bercerita pada Amna perihal kegembiraanku ini. Hehe.. Amna hanya tercengang tapi kemudian menyanyi gembira sambil goyang kepala lagu Happy Birthday kegemarannya.. Ku bagitau Hasya.. Ku bagitau bonda..

Terima kasih semua. Aku amat menyayangi kalian semua. Terima kasih juga untuk yang tersayang atas ucapan tahniah dan senyuman ikhlas atas kejayaan ini..

Alhamdulillah Ya Allah kerana memakbulkan doaku untuk mendapat A bagi semua subjek tanpa mengira apa jenis A tersebut (A+, A or A-).. yang pasti tergolong dalam kategori A. Dan aku wajib menunaikan nazarku untuk memberikan hadiah kepada pensyarah yang mendidikku sehingga mendapat kejayaan ini

Aku tidur dengan senyuman semalam. Teringat mesejku dengan Pensyarah kegemaran.. PM Dr Faizah Darus..
' Salam Dr. Thank you very much. I got ** for ACC721. Thanks a lot Dr'
'Congrats, U have worked hard fot it'
Dan senyumanku makin lebar kini....

2 comments:

Nora said...

wah bestnya... hepi tuk akak... TAHNIAH... work smart lagi tau...!!

Engku Artini said...

Alhamdulillah.. berkat doa kawan2 dan bonda. Thanks a lot for ur support!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini