Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, June 17, 2009

Amarah

Sudah 2 hari aku seperti dikelilingi perasaan amarah.. terutama bila berada di dalam rumah. Hasya menangis dipukul Amna, Hasya melengah2kan pakai seluar selepas ke toilet, Hasya menyepahkan botol susunya, Hasya tidak mengemas permainannya, Amna yang manja menangis inginkan susu, Amna minta diberikan perhatian, Amna menangis malam.. semua dimarahi dan terkadang dengan nada yang tinggi. Aku menghubungi Dear yang bermalam di Kemaman, dia cuma menasihatiku supaya bersabar.. kemudian kupohon maaf pada Hasya dan Amna, aku mencium mereka dengan penuh kasih
Semalam aku marah2 lagi... Amna dan Hasya dengan keletah mereka di kedai makan.. bermain, melambatkan2 makan, dahla nyamuk banyak kat kedai tu.. Kemudian ke Tunas Manja, aku masih boleh bersabar dengan karenah Hasya .. Tapi amarahku memuncak apabila aku terhidu bau shieldtox yang dispray di dalam bilik tidur juga di sekeliling rumah sejurus ketika nak tidur. Bermacam perasaan masa tu.. marah, geram, busuk.. tapi syukur aku dapat mengawal dan cuma melepaskan perasaan didalam hati..
Kenapa yer.. jarang dan sungguh jarang aku berkelakuan begitu. Puas aku muhasabah diri lewat tengah malam. Akhirnya kutemui jawapan. Syaitan mula menguasai diri. Aku terlalu banyak membaca dan belajar sesuatu dari blog Ustaz Nawawi, Manzlie dan Prof MKI. Telah hadir sesuatu ketika aku tekun menghayati blog mereka. Dan aku pasti, syaitan telah mula memainkan peranannya, menghasut dan mempengaruhi Hamba Allah ini supaya hancur kehidupannya.
Pagi ni dia berjaya melalaikanku. Terjaga dari lena yang indah jam 7.43 am. Subuh entah kemana. Aku sampai ke ofis jam 9 am..
Jahatnya si syaitan laknatullah ni. Hancurkanlah mereka ni. Jauhkanlah aku darinya Ya Allah..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini