Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, June 22, 2009

Balik kampung

3 hari balik kampung mertua.. lain benar rasanya. Ini kali kedua aku balik kampung untuk tahun ni semenjak sibuk belajar. Rumah mak dah besar, cantik,berbeza dgn rumah lama. Aku jugak lupa yang rumah mak dah jadi rumah orang lain juga.

Hasya..
Sebelum balik kampung, aku selalu bercerita kat Hasya.
"Ayah kakak sape?""Abah..." Mak kakak sape?""Ibula.."
"mm mak ibu sape?""Tokma. Ayah Ibu sape?".."Ntah sape ibu..?"
"mmm.. ayah ibu dah meninggal.. kesian ibu.. ayah ibu adalah tokki kakak"jelasku cuba memahamkannya.
Sejak hari tu, dia sentiasa bertanya pasal arwah tokkinya ni.
"Ayah ibu dah mati kan. Ibu sedih tak?Ayah ibu kena tanam dalam tanah kan?"
Aku cuma menjelaskan serba sedikit.
2hari lepas masa tengah makan2 dengan mak dan pak, Hasya bercerita..
"Ayah ibu saya dah mati. Tokma saya tinggal sorang2 jer.." Aku sedih.. begitu banyak yang dia faham rupanya.

Pak..
Sebelum balik Kuantan, aku bersalam dengan mak sambil berkata.."Nanti mak doa dapat A lagi yer""InsyaAllah". Kemudian aku bersalam dengan Pak. Sebelum sempat aku berkata2, Pak bersuara.."Pak selalu solat hajat setiap malam Jumaat berdoa" Aku terharu.. teringin aku memeluknya tetapi segan dikelilingi ipar duai. Aku rasa puas balik kali ni.. sebab aku sempat hidangkan nasi dan sediakan air kopi kegemaran Pak

1 comment:

Nora said...

pandai dah hasya ni... sedih lak baca... huuhuhu

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini