Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, June 15, 2009

Friendship

Masa di sekolah rendah.. best friendku adalah Wan Mahira ataupun Mira atau Merra panggilanku. Semasa aku berada dalam Darjah 5, Siti cuba nak berkepit.. jadikan aku sebagai bestfriendnya. Lantas Merra mempunyai gengnya sendiri, Zurina, Mahani. Aku kurang menyenangi Siti.. dan perhubungan kami hanya sekadar suam2 kuku

Masa di Tingkatan 1, aku masih sekelas dengan Merra. Tp aku tak punya best friend di sekolah. Aku tinggal di asrama Anak2 Yatim Darul Falah. Best friendku adalah Zuriah Mokhtar. Kemudian aku tak paham kenapa Kak Junainah dan Kak Syamsiah beria2 nak jadikan aku adik angkat mereka. Aku dijaga, dibelai, dimanja hehee... best jer masa ni. Kemudian Zuriah mula mesra dengan Siti.. (siti lagi..).

Tingkatan 2, sekelas dgn Merra lg. Aku masih takde bestfriend. Aku cuma menumpang kemesraan Wan dan Cik.

Tingkatan 3, (masih sekelas dgn Merra) tetiba Salmi datang memohon keizinan untuk berkawan denganku. Ahakss lawak masa ni. Aku tau sebabnya.. Angkara kawan makan kawan.. Tapi persahabatan kami seperti ada sesuatu yang tak kena. Aku sebenarnya teringin berkawan dengan Syikin, best student kelaas kami..

Tingkatan 4, (masih sekelas dgn Merra) , Salmi meninggalkanku ke Sekolah Berasrama Penuh. Alhamdulillah, Zan muncul untuk menjadi member kamcingku. Tapi hanya untuk sementara kerana dia pun terpilih ke Sekolah Teknik. Nik Suzila yang jelita menjadi temanku. Dan aku cemburu lagi kali ini dengan Nadiah. Persaingan sihat antara kami berlaku.

Tingkatan 5, (masih sekelas dgn Merra) , Nadiah adalah my partner table di kelas dan partner table di room study kat hostel. Tapi Nadiah tetap dengan perangainya.. gedik manja yang semulajadi. Tapi dia disukai ramai dan dipuji ramai terutama Sedi & Hashim. Nadiah, Mawar Afizan & Kasmaliza.. satu group. Merra dengan Suhaila, Mahani. Aku.. sekejap dgn group Nadiah, sekejap dgn group Merra. Dan kami masih berhubungan hingga kami.. aku & Merra

Matrikulasi Seremban.. Kami berpisah semua. Aku berjumpa kenalan baru. Rashidah or Shid. Agak serasi, kamcing gila.. tapi dia kelihatan sedikit mementingkan diri. Aku terima seadanya. Kemudian Nani.. kami bertiga bersama.

UKM.. sem 1. Aku tinggal berlainan kampus dengan Shid. Tapi hubungan tetap utuh. Nani terpisah di kampus lain.

Sem 2-.. tak ingat berapa semester kami disini. Taman Bukit Mewah Kajang. Aku, Syinaz, Hani & Shid.
Sem berikutnya.. Aku, Syinaz, Hani, Shid & Yung.. satu rumah. Akrab.. tapi tetap berakhir dgn perpisahan pada semester 6

Rumah sewa 1 , Kerja 1- KL.. Aku tinggal di Selayang dengan Kak Teh yang baik & Izan yang tipu duitku. Semoga Allah membalas atas kejahatannya. Bestfriend..? mmm.. takut tertipu dgn kawan.. aku berkawan gitu2 jer

Rumah sewa 1, Kerja 2 - Batu Caves.. Kawan baru, ani, Jee, Izan penipu, boss, En Kamal (yang suruh aku doakan dia berjumpa cinta hati baru selain isterinya yang baik chesss dan yg ada hati nak isi borang kekosonganku masa tu.. tapi aku tetap suka dgn dia. maybe sebab dia ada karakter pilihanku, begitu mengambil berat & bertanggungjawab.. nasib baik dia tak pakai ubat guna2.. kalau tak meraungla aku sampai sekarang sbb rasanya dia ada masalah kewangan.. pernah beberapa kali pinjam duit aku, tetapi tetap bayar beransur.. mm aku rasa aku rindula kat dia.. rindu sebagai seorang kenalan, bekas pekerja dan sekadar ingin tau perkembangannya.. syyyy), dan heheee... iskk malu... disini jugak aku bertemu jantung hatiku.. my truly best friend.. Mahayudin

Rumah sewa 2, kerja 3, hanya sementara.. 1 bulan ++.. disinilah hatiku terbuka untuk menerimannya .. seadanya.. atas kesabarannya & kesungguhannya. Aku memilihnya juga setelah hati meronta2 mengatakan ya walaupun lidah mengatakan tidak.. Sebenarnya hati tak pernah menipu dan tak akan menipu.. Syukur diatas petunjukMu ..

Rumah sewa 3, kerja 4.. Kenalan baru lagi.. Eda, Ati &... sorry tak ingat nama. Kami bersahabat. Aku respect dengan pengurusnya.. Tunku Manja Suria. Tapi dia hanya sementara denganku. Dipindahkan lalu mohon diberhentikan.. Orang baik selalunya macam tula.. mesti ada si pendengki dan si pengkhianat. Kemudian aku ditugaskan di bawah si hensem Nash.. mmm cuba mengorek rahsia diri.. rupanya dah berpunya.. hu huuuu Tapi aku tetap bersama Si Dia pilihan hati..

Rumah sewa 4, kerja 4.. Aku berpindah ke rumah Ati & geng. Kami bertambah rapat. Hampir 2 tahun aku disini.. akhirnya aku mengasingkan diriku diriku dari mereka.. Ada sesuatu yang berlaku.. atau mungkin juga kerana aku terlalu leka dengan Si Dia..

Rumah sewa 5, kerja 5.. Aku berpindah ke Kuantan selepas 2 minggu majlis pernikahan. Pengalaman mengajar sementara bersama Siti Nur, Kak ... (sorry tak ingat lagi..), kemudian bekerja bersama Afni..

Rumah sewa 6, kerja 6.. Pindah lagi dan kali dengan kerja tetap. Kak Ilah, Ina, Kak Ja, Huda.. hubungan kami kekal hingga sekarang..

Rumah sendiri 1, kerja 7.. tukar keje lagi sebab kolej tutup. kebanyakannya non muslim.. so, just a friend with them

Rumah sendiri 1, kerja 8.. kolej tutup lagi. Tempat kerja baru agak menarik dengan janji2 manis majikan. Aku bertemu sahabat baru.. Aswa, Ina, Zawati, Ayu, Laila. Aswa & Laila... still as my bestfriends..

Rumah sendiri 1, kerja 9.. kontrak tamat.. hilang sudah janji2 manis majikan dulu. Kali ni, di tempat baru dengan suasana berbeza, stress berbeza.. aku banyak belajar. Tapi sahabatku tak ramai. Boleh kuhitung dengan jari. Berkali aku cuba menjadi terbaik, berusaha, tapi sahabatku tetap itu sahaja.. jadi aku terus meneruskan kehidupanku dengan cara begini.. tanpa mengganggu sesiapa.. hidupku untuk mereka yang sudi untuk mengenaliku..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini