Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, June 15, 2009

I Love Kemaman

Pintu pagar utama
Syiling kapur cantik

Aku suka design kat tingkap tu.. bukan si baju merah tu hehee.. sekadar hiasan


Bahagian tepi.. saiz tanah kat tepi hampir 2 kali ganda dari foto



Nice.. i love it!
Malam minggu kami tidur di rumah Kemaman. Ini kali ke-2 aku tidur sini untuk tahun ni. Bila stay kat sini.. rase mcm tak sabar jer nak pindah. Nak hias rumah..nak bina taman, nak renovate dapur, nak buat balcony, nak letak perabut baru, nak tanam mempelam favouriteku, nak lepak kat pondok cantik di taman yang ada air terjun.. dan macam2 lagi

Dulu masa kami membuat keputusan untuk beli rumah ni, aku bersungguh untuk cari kerja dan pindah sini. Jadi orang Kemaman yang hampir dengan hometownku. Kami memasang angan2 indah di sini. Rumah semi banglonya yang sangat luas.. hampir 2 kali ganda dengan rumahku di Kuantan. Lamannya yang tersangat besar hingga boleh memuatkan 2 gelanggang takraw atau 6 biji kereta atau sebuah rumah baru. Macam2 perancangan untuk rumah ini.

Tapi aku memohon keampunannya. Aku belum mampu untuk menunaikan hasrat itu. Aku mempunyai komitmen atas kerjaya dan juga matlamat utama sarjanaku. Tapi aku juga mempunyai matlamat lain setelah tamat pengajian... Hmm.. susahnya untuk memikirkan antara kerjaya, impian dan suami tercinta.

Adakah aku melebihkan kepentingan diri sendiri dari keluarga .. Aku cuba untuk bersikap adil.. tapi aku tak mampu berfikir. Aku memohon untuk Allah memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini