Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 31, 2009

Hooreeyyyy







Horeeyyy horeyyyy horeyyyyyyy!!

Aku org yg paling gumbira semalam .. Handphone lama dah berganti baru. Complete with touch screen walkman, radio, camera.. and yang penting... purple.
Memang telefon motorolaku rosak. So terpaksa gunakan telefon lama LG.. yg agak konservatif penggunaanya., yela without camera, video, mp3 pun takde.. uhukkss tapi aku tak pernah bersungut. Aku bersyukur jer masih ada phone spare sementara nak baiki motorola.

Tup tup.. semalam.. setelah dah puas korek rahsia hadiah untukku. Jawapan Dear.. handbag baru & selipar baru.. Aku menjerit gumbira.. tetapi gembira tu hilang bila hadiah tu hanyalah handbag & selipar baru BARBIE katanya. Puas jugak dia mengusik aku.. itu jer jawapannya. Katanya.. syukurla org nak bagi hadiah. Hadiah tu tak boleh dipaksa.. terima jer seadanya. Mana boleh paksa orang bagi hadiah.. uhuhuuu.. aku merajuk sepetang semalammm

Tapi.. jeng jenggg... rupanya hadiah ni adalah komplot Dear dengan Hasya. Oooo pandai Hasya simpan rahsia yerkk
Anyway, thanks dear.. really appreciate it.. I love you all sooo much.

Kenapala 30hb July tu sekali jer setahun..?

Thursday, July 30, 2009

Happy Birthday!

30hb Julai 2009.. It's my beautiful day!

Today.. 12am.. dalam lena, aku dikejutkan call.. oh my dear rupanya.. maybe call biasa untuk mengejutkan aku study.. tetiba terdengar suara yang kurindui itu..
'Assalamualaikum... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Lahir ke 32. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga terus menjadi isteri yang baik, jadi ibu yang penyayang kepada anak-anak kita...
..diikuti lagu happy birthday to me..


Thanks my dear.. soo sweet & really love u!


Pagi hari ..

Kubaca mesej from Anif & Arif, aku tersenyum ceria

Tengahari.. call bonda.. dan bonda.. semakin banyak mengadu domba, mengadu kepedihan hati, kesedihan yang disimpan.. Dan aku.. cuma mengiakan jer. Tak mampu berkata kerana air mata dah mula bergenang.. Bersabarlah bonda. Aku hanya mampu menjadi pendengar setia..

Banyak mesej yang kuterima dan kata ucapan Happy Birthday .

Kak Tina, Emi, Ja, Liza, Zurai, Shakira, Huda, Fida, Tini, Akmal, Ita dan beberapa orang lagi..Semoga doa mereka dimakbulkan Allah..

Harapanku..

Aku berjaya mencapai impian di dalam kerjaya dan ilmu yang dicari.

Silaturrahim kami bertambah erat.. di sebelah bonda juga di sebelah mak. Terasa rindu pada pak di kampung..

Aku akan terus tersenyum berharap untuk yang satu itu..

Kebahagiaan kami berkekalan dan Allah merahmatinya

Kesihatan kami berpanjangan dan di dalam redhaNya selalu

Sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan olehNya

Dan pelbagai impian lain untuk menjadi yang terbaik

Cuma aku tertanya-tanya.. perlukah aku meneruskan peganganku yang satu ni..

"Walaupun hari-hari aku terima batu yang keras dan busuk, aku tetap berikan mereka bunga yang indah dan wangi".. " seakan terasa begitu banyak bunga yang dah kuhulurkan, tetapi batu itu seakan makin busuk dan sengaja dicampakkan untukku.. arghhh aku bingung!

Sambutan tahun ni terasa lebih bermakna kerana Hasya beria2 meraikan Harijadiku.. dengan janji manisnya "VIOS yang ada tv untuk ibu.." Bila ku tanya mana VIOS ibu?.. Ibu ni.. sabarla.. ibu ni tak sabarla.." Hingga kami tertidur dalam kepenatan semalam.. masih itu juga jawapannya.. uhukss..

Semoga aku berkesempatan untuk tahun hadapan dan menuntu semula VIOS TV ku itu.. ha haaa

Wednesday, July 29, 2009

Dear all my visitors

Salam semua..

Bilangan pengunjung semakin hari makin bertambah. Semuanya terbukti melalui bilangan nombor di hit counter.. terima kasih my friends.
Dan jikalau sudi.. my lovely visitors.. just say hello to me.. hanya sebagai salam perkenalan.. untuk merapatkan silaturrahim.
Jika keberatan memperkenalkan nama.. just introduce yourself as anynomous. At least i know.. ada seseorang.. yg sudi berkongsi keluh resah dan kegembiraanku.

Please yek..
thanks.. i love u!

Tomorrow..

One day more..

Tuesday, July 28, 2009

Vicky & Jonny

Sekadar untuk melupakan sekejap stress yg tak henti-henti datang bertamu..

Kami suka cerita Vicky & Jonny. Hasya dan Amna akan berlari-lari memanggilku untuk menonton cerita ni. Kami tengok cerita ni pada setiap hari.. Kami akan ketawa terbahak2 tengok cerita ni.. ha ha haa haaa...kami akan ketawa hingga tamat cerita.. Kemudian, Amna akan sambung cerita ni dengan bunyi..."toing.. toing.. toingg..." dan kami akan ketawa lagi... ha ha haaa

How sweet we are at this moment.. I love it

Friday, July 24, 2009

Stress

Semalam.. tido semalam.. pagi ni.. terasa semacam.. Aku tau apa tu. Stress.. dia dah mula.. dia dah datang menjengah di pintu.
Hushhhh aku ingin menarik nafas ... panjanggg... hushhh tapi masih belum boleh menarik nafas lega..
Hahh lagi 8 minggu!!
Pray for me yea .. bonda, my dear, my family, my friends..

Friday, July 17, 2009

Aku rindu lagi

Amna yang suka tersengih2, memanggil ibuuu ibuuuu untuk menarik perhatian, Hasya yang selalu berkongsi cerita, dan my Dear... mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
semua balik kampung. Hari ni, esok, lusa, tulat...
Lamanya...
Pagi ni aku pergi kerja sorang2.. takde peneman dalam kereta.
Uhuuu aku rindu Amna, rindu Hasya.. dan oh my dear
I miss u all a lots!!

Monday, July 13, 2009

She smiles at me..

New semester began.. new lecturers.. okla not bad, new friends too.. especially junior.


1. Uhukss berita yang paling ditunggu2.. Date for final exam.. uhukss is on Hari Raya 6. So how..? Can u imagine it? Sabtu lepas sakan aku shoping baju raya putri2 kat sogo.. tapi, camne ni... uhuuuu


2. Thanks to all my beautiful friends there. I miss u all!! Thanks to make me laugh.. laugh.. and laugh.. all the day except for pray and lecture


3. She smiled at me..!! Big smile from her to me... Yeaaah!!.. she waived me back.. through the door. What miracle you have.. i don't know. But it make me smile during the terrible journey last night.. during my nite.. and also during my day.. hopefully until i get your smile back next week yeah.. I miss u !

Friday, July 10, 2009

My soul

Ini hanyalah untuk kenangan dan ingatanku sebelum aku sibuk mentelaah esok..

Hasya
1. Lancar baca doa beserta terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris... hehee aku sedikit bangga pasal ni
2. Bangun pagi dengan senyuman sebab dengar suara sumbang ibu dia nyanyi lagu rama-rama, teko comel, twinkle2 litle star. Hasya dah tak nangis bangun pagi... kadang2 aku saje nanyi lagu dgn lirik salah, pastu dia akan betulkan dan nyanyi semula pastu terus bangun mandi.
3. Setiap petang lepas sekolah, mesti singgah beli dadih. Setiap hari dadih dia bertukar warna pilihan. Coklat, purple, pink, hijau, putih.. hitam dan biru jer takde. Aku dah try buat dadih sendiri kat rumah, tapi dia tetap nak beli atas alasan nak makan dlm kereta.. uhuuu dadih tu mahal .. kadar keuntungan bisnes dadih ni 50% tau.
4. Pandai eja dan suka belajar ngeja.. abah, ayah, ibu, adik, kakak, buku dll. Kadang2 penat aku nak layan eja semua
5. Suka tengok buka, buat latihan kat buku. Macam biasa, aku selalu jadi mangsa tolong dia buat latihan ni

Amna
1. Suka menyanyi ala-ala pelat dia. Happy birthday, Selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu, twinkle2 little star, rama2, jim jam
2. Pandai nanyi ABC sampai berterabur dan bilang we, tiga, empat, mmaa, ujuh, apan, lan, luhhh
3. Masih gatal2 ekzema.. jap baik, jap gatal .. sian amna
4. Suka tengok vicky & johnny, jim jam & sunny, tom tom bak
5. Dah gemukkk.. berat. penat angkat dia pagi2 letak dlm car seat
6. Suka nangis ngada2 dengan mimik muka untuk tarik perhatian
7. Manja dan inginkan peneman masa minum susu.. biasanya nak suruh orang letakkan tangan kat atas badan dia ajer
8. Suka main sudu.. pantang tengok sudu mesti dia nak. Bersepah rumah aku dengan sudu dia ni
9. Masih tak nak makan nasi. Makan nestum walaupun umur dah 1 tahun 8 bulan

Warna kegemaran..

Semua orang ada warna yang mereka suka. Putih, hitam, merah, coklat, biru, pink, hijau, coklat, oren dan sebagainya. Ada orang tu setia pada satu warna sepanjang hidup mereka. Adakah itu tandanya mereka seorang yang setia? Bagiku, warna kegemaranku sentiasa berubah mengikut mood. Tak pernah setia pada satu warna. Ahahaa... adakah aku seorang yang suka mempermainkan seseorang? Tak.. aku pun jenis yang setia..

Satu ketika masa aku kecik2 dulu, aku begitu minat pada warna biru. Sebabnya.. hehee ada seseorang tu pun suka biru. Semua barang dia biru. Pernah aku ke rumahnya dulu, semua biru. Dari peralatan bilik, lilin, cadar, kereta pun biru. Sekarang pun adikku minat pada biru. Pernah juga dia mengangankan kereta biru.. hehe okla tu sis.. dah dapat pun.

Kemudian aku minat warna merah. Aku rasa merah tu tanda bersemangat, ceria dan berani. Banyak koleksi pakaianku merah. Dan tika ni aku cukup alergik pink colour. hehee sorry my friend ita.. tu dulu la.. sekarang dah suka warna pink. Semenjak ada 2 org puteri comel, barang dan pakaian mereka banyak sgt pink. Aku pun dah ada serba sedikit koleksi pink.

Lepas merah, minatku bertukar coklat. Rumah dicat coklat, tema raya tahun ni pun coklat seakan peach. Tapi sejak akhir-akhir ni.. hatiku macam terpaut warna purple pulak... light purple.. cam sweet je. ha ha haa what kind of habit aku ni..

Sesuatu..

Sucinya hati mereka. Membuka akaun Tabung Haji untuk anak didik. Amaunnya cuma RM2 untuk setiap seorang. Tak kisahlah berapa ramai anak ddik itu. Nilai tu mungkin hanya dipandang rendah oleh anak-anak muda sekarang. Tapi aku terpaut dengan kata ikhlas mereka.

"30 tahun nanti, mungkin mereka sudah menemui Yang Maha Berkuasa atau mungkin masih cuba menghabiskan sisa hidup mereka di muka bumi Allah ini. Tapi, mungkin anak didik mereka itu telah pergi menunaikan Rukun Islam ke-5. Dan ada sedikit sumbangan mereka di dalam pemergian anak didik itu. "

Bukankah besar sumbangan mereka itu.. Aku tak pernah terlintas tentang signifikannya RM2 itu. Betapa jauhnya fikiran mereka untuk bekalan kelak. Dan aku.. apa yang boleh dilakukan untuk RM2. Anak didikku tak akan ingin duit sebanyak tu. "Puan Tini kedekut'.. mesti di fikiran mereka. Apa yang boleh dilakukan..?

Ustaz Zaharudin memberitahuku dan semua pembaca blognya.. Melalui blog, alhamdulillah beliau akan berterusan mendapat pahala. Semasa tidur, dalam perjalanan, rutin kerja, ketika makan dan sebagainya. Maklumat yang disampaikan melalui web akan berterusan dibaca dan dihayati oleh semua pembaca yang inginkan maklumat. Tanpa perlu membuat sebarang aktiviti, ceramah dan sebagainya.. dia memperolehnya sebagai bekalan.

Aku teringat pada blog sahabat mekah. Hanya melalui foto, dia juga beroleh keberkatan. Ramai orang mendoakannya sebagai ucapan terima kasih tak terhingga atas pengalamannya yang tinggal di kota Mekah. Tak inginkah kalian.. setiap detik terpandang kaabah.. Kaabah itu hanya di depan pintu biliknya. Mungkin hanya beberapa minit untuk sampai di Kaabah. Bebas melakukan umrah pada bila-bila masa.

Ikhlasnya hati mereka. Jadikanlah hatiku sesuci dan seikhlas mereka Ya Allah

Wednesday, July 8, 2009

Yeaa dapat hadiah favourite!!





Minggu lepas minggu terakhir kami bercuti sebelom start kuliah minggu ni. Kami menghabiskan masa sehari suntuk di Rantau Panjangg... here we come...!!

Dan... aku ternampak sesuatu.. jeng jengg
Woowwww aku rase aku suka dgn benda ni. Mcm hobi baru.. so aku pun ehem2 kt dear.. hehee.. dia mcm suka jer koleksi ni.. aku pun ehem2 lg.. dan.. yeahhhh Dear belikan for me as hadiah exam aritu..

Aku dah simpan elok2 dlm kabinet cermin. Belom ada tetamu yg datang.. silap haribulan aku hidang untuk aku dan Dear jer laa ... tak salah kan.. kan..

I like thiss soo much. Thank you Dear.. and of course I love You tooo!!




























Monday, July 6, 2009

Aiyookkk tak tauuu

Esok Selasa, lusa Rabu, tulat Khamis, pastu Jumaat... uhukss aku mcm tak berapa bersedia... belum bersedia sepenuhnya. Huhhhh...dah puas aku buat mental preparation.. masih tak berkesan. Ada tak ubat paling mujarab untuk tune mood? Aiyookkkkk tak tauuu

Please Artini.. be ready for 11th July!

Thursday, July 2, 2009

Balik kampung lagi

Minggu ni minggu terakhir kami bercuti2 balik kampung. Maklumla minggu dpn dah start kelas. Tapi kan.. rasa mcm berat hati jer nak balik jumpa bonda mlm ni. Aku rasa mcm berhutang sesuatu dengan dia..Hajat dia, impian dia.. aku tak tau bila akan tercapai. Aku tak tau bila akan ditunaikan.. Aku pun kerinduan seperti dia. Tapi, how to make it happen..?

Kalau angin tak bertiup, pokok2 tu takkan bergoyang dengan sendirinya..

Oh angin..
jika kau dengar bicara hati bonda itu
pergilah engkau .. hebahkan tentang gundah hati bonda
Bonda berkeseorangan..
penemannya cuma berita indah
yang pasti akan sentiasa menceriakan hatinya

Oh bulan, bintang, matahari
engkau sama sepertiku
diperlukan dan saling memerlukan
aku telah kehilangan dua bintang dalam kehidupanku
aku tak mahu lagi kehilangan sang matahari
yang dulu amat bersinar.. tapi kini redup disebalik awan

oh bulan .. khabarkan kepada semua
ini bukan kisah dongeng semata
tapi seakan kisah pungguk yang rindukan bulan

Siti Nurhaliza

Mmmm .... aku rasa aku dah angau nk tgk konsert SATU siti ni. Aku bukanla fanatik gila kat dia. Aku tak pernah beli dan tak pernah ada koleksi CD ker, kaset ker ape2laa berkaitan siti ni. Tapi dalam2 org duk mengutuk dia, termasuklah aku kadang2.. hehee aku tetap suka dia. Aku cukup minat dia. Duluu aku amat suka lagu ni.. purnama merindu. Masa ni aku tengah study kt UKM, duduk rumah sewa kat kajang.. sakanla aku menghafal lagu dia ni

Pastu aku suka dengan lagu ni.. Cahaya Cinta. Bila aku stress giler, depress ker, sedih ker, rindu ker, marah ker, sakit hati ker, aper2 ker yg berkaitan tu.. pasti semuanya hilang tak kala aku terdengar lagu ni. Pernah sekali tu, aku baru balik workshop dari UTM KL, penatnyer badan, dahla tensen keje tak reda lagi.. tetiba terdengar lagu ni... husshhhh lentok aku.. terus tersenyum. Kuat betul penangan lagu ni.

Pastu sejak lagu Wanita mula glamer.. aku pun mula la sibukkan diri cari lagu ni. Puas aku suruh kawan download lagu ni. Kalau nak tahu, dalam lappy aku ni hanya ada lagu ni dan lagu Lelaki ini sahaja... sebab aku bukan kaki simpan lagu heheee .


Mmmmmm.... kalaula ada sesape yang teringin nak kasi hadiah kat aku, hadiah hari jadi ker , hadiah periksa ker, hadiah rindu ker oppss ade ker org nak bg.. hadiah persahabatan ker, hadiah untuk Hasya dan Amna ker atau ape2 hadiah jerla.. tak payah pening2 kepala. Beli jer CD siti yang ada lagu cahaya cinta or wanita or yg paling aku suka sekali mestila VCD konsert SATU siti coming soon ni.. ushhhh aku sayanggg kat sape2 yg nak bg hadiah ni. Tapi sape yang nak bagi ni..


Dulukan... dulu2la.. ada org tu suka beli or pinjamkan tape2 cerita best untuk kami tgk kat kg. Dulu cerita famous.. sembilu, tragedi oktober, senario dan mcm2 lg la.. Org tu kan suka belikan aku hadiah. Baju raya, belanja aku makan, bawak aku g jln2.. tapi, sekarang ni dia... mmmm mesti mmmm... ntahler.. Kalaula dia yg bagi CD ni kat aku, mestila aku org yg paling gumbira di dunia ni.. tapi..


Tapi kan.. nak mintak kat sape belikan hadiah ni.. Takkanla aku beli hadiahkan untuk diri sendiri. Kan aku dah kata, aku tak pernah beli benda2 ni. Dear... belilah satu for me...yekkkk.. or you all pembaca blog ni.. sebagai hadiah perkenalan.. dahla tgk blog aku free ajer, dahla aku tak tau sape yg baca blog ni kecuali 2-3 org yg beri komen tu jerkkk

Heheheee plssss .. aku dah kemaruk nak dengar lagu Siti ni.. hahahaaaa

I like..




Hasya & Amna memang suka bunga Kak Leha, pengasuh Amna. Setiap petang masa nak balik, mesti Amna cukai kak leha.. nak ngee.. nak ngeee.. hehee hiiihiiii

More rtny.. more !!

Ini adalah senarai yg aku buat sebelum start cuti semester.

List to do during semester break (04.05.09 – 10.07.09) 10 weeks
Must Do..

1. Find out & update Literature review
Title : Internet financial reporting among public listed Shariah companies
Min : 2 articles per weak
I /2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10/ 11/ 12/ 13/ 14/ 15/ 16/17/18/19/20
Progress : 1 or 2 only. More moreeee plsss

2. Find out creative & interesting background for power point presentation
Min : 10
Progress : lebih 10.. good!!

3. Update Uitm’s file for part 1 to burn in a CD
PSA / RAC / ACC / AIS
Progress : Updated but doesn’t burn to CD yet

4. Study .. ‘How to use End Note’
Progress : Already install, study... 65%

5. Finish up your project “Nice curtain for new house”
Progress : 40% done.. balance next week

Personnel
6. Filing : Uitm’s documents & house’s documents
Progress : UiTM part-1 - done

7. Preparation for Hari Raya..
Din + Tini = Eldest Addini + Youngest Addini
Progress : tempahan 100%, shopping.. this week

Personnel
8. Continue ‘kuih raya project’.. cornflake, kiss chocolate, almond london, kuih siput
Progress : Terbengkalai.. la la laai

9. Be ready for ISO, teaching plan, quizzes and test questions for coming semester
Progress : 20 %. COME ON RTNYYYY

10. Update : Mentor’s file, Graduat’ file
Progress : 80%

11. Days to play with sweethearts..Every weaks
Progress : Enjoy ..

12. Special day to celebrate anniversary with LOVE’s one..Where..? 30.05.09
mmm..

13. Birthday parties for cute girls! .30.05.09
Done

14. Looking for semester 1 result..? June
Alhamd..

15. Registration for semester 2.. June
Done

16. EPF withdrawal OR apply Yayasan Trg loans? June
Progress : In progress

17. Others ..mental preparation
Progress : 18%

Ke pantai Batu Hitam


Comel..

Kutip kerang sambil nyanyi lagu ..


sayangg adik



Adik kena cepat besar lg tau




Wednesday, July 1, 2009

Sejuk perut ibu mengandungkan Kakak Hasya..

Ahad lepas, kami balik kampung lagi. Aqila mengajak Hasya ke birthday party anak jiran sebelah, Kimi. ok.. be good girl, makan banyak2 tau.. usikku kerana Hasya ni biasanya malu nak makan di rumah orang.
Selesai acara, aku bertanya kakak.. makan apa.? makan kek, nasi kunyit.. sedap., katanya. Hasya makan banyak... kata Aqila menambah.
Hampir sejam berlalu cerita birthday party tu.. aku pun macam dh hampir lupa sebab bagiku ia hanyalah party yang biasa saje.. Tetiba sedang aku bersembang bersama mertua, ipar, Dear.. Izudin (sepupu Hasya yang turut ke party) bersuara..
"Tadi.. Hasya yang baca doa makan kat rumah Kimi. Mak Kimi yang suruh. Haysa baca sampai terjemahan dia sekali"..
Seketika aku memanggil Haysa bertanya kebenaran. Katanya..
"Semua orang diam masa kakak baca doa bahasa melayu ibuuu."..

Dan aku... kembang kuncup mendengarnya di depan mertua dan ipar. Terasa seperti air batu berendam dalam perut..

Bebanan mula terasa..

Setelah hampir 2 bulan berhoneymoon di ofis, akhirnya semester pengajian makin hampir bermula. 2 minggu lagi bermulalah semula siri pengembaraanku Kuantan-Shah Alam. Bulan depan semester pengajian pelajar kolej akan bermula. Bermula mingu ni, beban kerja dah makin terasa. Meeting, discussion, draft dah bermula. Minggu depan, sesi yang makin rancak. 2 minggu lagi, kepala kena dibahagi 2 opss 3. 45% kerja, 50% study & mcm semester lepas, hanya 5% boleh diperuntukkan untuk Amna dan Hasya kesayanganku. Aku akan kerinduan seperti dulu..


Aku cuba membuat persedian mental dari semalam. Yupp.. ianya satu perkara yang amat penting. Perubahan mendadak akan dialami sejurus kuliah bermula. Pengalaman semester lepas membuatkan aku lebih bersedia kali ni. Aku seboleh mungkin menghabiskan semua masa yang ada untuk bersama mereka sahaja. Amna, Hasya dan Dear.


Dulu, aku hanya mampu untuk tersenyum dari jauh memandang keletah. Aku tidak ada masa walau seminit untuk menghiburkan mereka. 3 bulan pertama aku terpaksa hanyut dalam duniaku tersendiri. Rutin harian isnin-khamis ..balik kerja, study, makan. 8.30 aku kena pastikan yang kepalaku dah berada di atas bantal empuk untuk beradu. 4 pagi bangun semula untuk solat dan study. Jumat, rutin berbeza. 3 orang kesayanganku harus kutinggalkan. 10 mlm aku akan menaiki bas Sani yang cukup mewah seat 38 menuju ke Shah Alam. Keperluan utama adalah bantal U, sweather & stokin. Aku akan set dalam mindaku untuk tido selena2nya di dalam bas. 2 pagi sampai di Shah Alam, ipar yang banyak berjasa setia menunggu.

Sabtu, tidoku lena bercampur kerinduan di rumah kakak. MyVi kegemaranku menjadi kereta sewa percumaku untuk ke kuliah. Bermacam cerita disini. Tension, tertekan, sedih, pedih, kecewa, dan bermacam lagi. Ahad malam, aku menaiki bas Sani lagi seat 38 lagi untuk balik rumah.. bertemu buah hati yang sedang mencari ibu.. hu huuu sedih.. kesian mereka. Aku akan sampai ke rumah pada pukul 3 pagi, tido sekejap sebelum memulakan rutin harian mcm biasa ...


Alhamdulillah bulan ke-4 pengajian agak berbeza. Ia hanyalah untuk intensive subjek. Banyak masa terluang bersama keluarga.

Macam mana yek.. Amna cukup manja bersamaku. minum susunya mesti bertemankan aku, tidurnya mesti dalam pelukanku dan tepukan manjaku, gurauannya mesti bersambut. Nanti.. Amna perlu belajar bermanja dengan kakak yer.. untuk 3 bulan jer.. plss sayang

Hasya yang suka merajuk dan suka dipujuk.. Seakan satu perasaan lain timbul semasa memandikannya saban pagi ke sekolah. Aku amat suka memandikannya.. bangga, sayang, kasih, dan bermacam perkara terlintas. Nanti.. kakak kena belajar mandi sendiri.. jangan suka merajuk lagi tau..

Kali ni.. doakan aku semakin kuat dan tabah. Semester kedua semakin sukar, semakin mencabar. Aku perlukan kekuatan, doa dan semangat dari kalian yang menyayangiku..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini