Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, July 1, 2009

Bebanan mula terasa..

Setelah hampir 2 bulan berhoneymoon di ofis, akhirnya semester pengajian makin hampir bermula. 2 minggu lagi bermulalah semula siri pengembaraanku Kuantan-Shah Alam. Bulan depan semester pengajian pelajar kolej akan bermula. Bermula mingu ni, beban kerja dah makin terasa. Meeting, discussion, draft dah bermula. Minggu depan, sesi yang makin rancak. 2 minggu lagi, kepala kena dibahagi 2 opss 3. 45% kerja, 50% study & mcm semester lepas, hanya 5% boleh diperuntukkan untuk Amna dan Hasya kesayanganku. Aku akan kerinduan seperti dulu..


Aku cuba membuat persedian mental dari semalam. Yupp.. ianya satu perkara yang amat penting. Perubahan mendadak akan dialami sejurus kuliah bermula. Pengalaman semester lepas membuatkan aku lebih bersedia kali ni. Aku seboleh mungkin menghabiskan semua masa yang ada untuk bersama mereka sahaja. Amna, Hasya dan Dear.


Dulu, aku hanya mampu untuk tersenyum dari jauh memandang keletah. Aku tidak ada masa walau seminit untuk menghiburkan mereka. 3 bulan pertama aku terpaksa hanyut dalam duniaku tersendiri. Rutin harian isnin-khamis ..balik kerja, study, makan. 8.30 aku kena pastikan yang kepalaku dah berada di atas bantal empuk untuk beradu. 4 pagi bangun semula untuk solat dan study. Jumat, rutin berbeza. 3 orang kesayanganku harus kutinggalkan. 10 mlm aku akan menaiki bas Sani yang cukup mewah seat 38 menuju ke Shah Alam. Keperluan utama adalah bantal U, sweather & stokin. Aku akan set dalam mindaku untuk tido selena2nya di dalam bas. 2 pagi sampai di Shah Alam, ipar yang banyak berjasa setia menunggu.

Sabtu, tidoku lena bercampur kerinduan di rumah kakak. MyVi kegemaranku menjadi kereta sewa percumaku untuk ke kuliah. Bermacam cerita disini. Tension, tertekan, sedih, pedih, kecewa, dan bermacam lagi. Ahad malam, aku menaiki bas Sani lagi seat 38 lagi untuk balik rumah.. bertemu buah hati yang sedang mencari ibu.. hu huuu sedih.. kesian mereka. Aku akan sampai ke rumah pada pukul 3 pagi, tido sekejap sebelum memulakan rutin harian mcm biasa ...


Alhamdulillah bulan ke-4 pengajian agak berbeza. Ia hanyalah untuk intensive subjek. Banyak masa terluang bersama keluarga.

Macam mana yek.. Amna cukup manja bersamaku. minum susunya mesti bertemankan aku, tidurnya mesti dalam pelukanku dan tepukan manjaku, gurauannya mesti bersambut. Nanti.. Amna perlu belajar bermanja dengan kakak yer.. untuk 3 bulan jer.. plss sayang

Hasya yang suka merajuk dan suka dipujuk.. Seakan satu perasaan lain timbul semasa memandikannya saban pagi ke sekolah. Aku amat suka memandikannya.. bangga, sayang, kasih, dan bermacam perkara terlintas. Nanti.. kakak kena belajar mandi sendiri.. jangan suka merajuk lagi tau..

Kali ni.. doakan aku semakin kuat dan tabah. Semester kedua semakin sukar, semakin mencabar. Aku perlukan kekuatan, doa dan semangat dari kalian yang menyayangiku..

2 comments:

eiyta_ysp said...

saya selalu rasa sayala org paling penat biler kena keje sambil belajar...org tgh tido kiter dh kena bgn kn...tp rupanya k tinie lg penat...heheheh

Engku Artini said...

kita sama jer ita. cuma mungkin sbb k tini dah ada family.. so beban lebih kepada terhutang pada family. hehee.. kita serupa, travel, tido dlm bas, tido di perantauan . semoga kita sama2 berjaya chaiyokk2

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini