Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, July 30, 2009

Happy Birthday!

30hb Julai 2009.. It's my beautiful day!

Today.. 12am.. dalam lena, aku dikejutkan call.. oh my dear rupanya.. maybe call biasa untuk mengejutkan aku study.. tetiba terdengar suara yang kurindui itu..
'Assalamualaikum... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Lahir ke 32. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga terus menjadi isteri yang baik, jadi ibu yang penyayang kepada anak-anak kita...
..diikuti lagu happy birthday to me..


Thanks my dear.. soo sweet & really love u!


Pagi hari ..

Kubaca mesej from Anif & Arif, aku tersenyum ceria

Tengahari.. call bonda.. dan bonda.. semakin banyak mengadu domba, mengadu kepedihan hati, kesedihan yang disimpan.. Dan aku.. cuma mengiakan jer. Tak mampu berkata kerana air mata dah mula bergenang.. Bersabarlah bonda. Aku hanya mampu menjadi pendengar setia..

Banyak mesej yang kuterima dan kata ucapan Happy Birthday .

Kak Tina, Emi, Ja, Liza, Zurai, Shakira, Huda, Fida, Tini, Akmal, Ita dan beberapa orang lagi..Semoga doa mereka dimakbulkan Allah..

Harapanku..

Aku berjaya mencapai impian di dalam kerjaya dan ilmu yang dicari.

Silaturrahim kami bertambah erat.. di sebelah bonda juga di sebelah mak. Terasa rindu pada pak di kampung..

Aku akan terus tersenyum berharap untuk yang satu itu..

Kebahagiaan kami berkekalan dan Allah merahmatinya

Kesihatan kami berpanjangan dan di dalam redhaNya selalu

Sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan olehNya

Dan pelbagai impian lain untuk menjadi yang terbaik

Cuma aku tertanya-tanya.. perlukah aku meneruskan peganganku yang satu ni..

"Walaupun hari-hari aku terima batu yang keras dan busuk, aku tetap berikan mereka bunga yang indah dan wangi".. " seakan terasa begitu banyak bunga yang dah kuhulurkan, tetapi batu itu seakan makin busuk dan sengaja dicampakkan untukku.. arghhh aku bingung!

Sambutan tahun ni terasa lebih bermakna kerana Hasya beria2 meraikan Harijadiku.. dengan janji manisnya "VIOS yang ada tv untuk ibu.." Bila ku tanya mana VIOS ibu?.. Ibu ni.. sabarla.. ibu ni tak sabarla.." Hingga kami tertidur dalam kepenatan semalam.. masih itu juga jawapannya.. uhukss..

Semoga aku berkesempatan untuk tahun hadapan dan menuntu semula VIOS TV ku itu.. ha haaa

2 comments:

cikgu mas said...

Happy belated birthday artini..moga hari mendatang menjanjikan kebahagiaan dan hari yang lepas adalah `kenangan terindah`dalam hidupmu...May Allah Bless U..

artini 32 thn..CM 33 thn..adakah kita dah tua???hu,hu,hu

Engku Artini said...

oo.. 33.. lebih kurang la zaman kita membesar yek.
anyway thanks for the wish. may Allah bless u too

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini