Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 10, 2009

My soul

Ini hanyalah untuk kenangan dan ingatanku sebelum aku sibuk mentelaah esok..

Hasya
1. Lancar baca doa beserta terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris... hehee aku sedikit bangga pasal ni
2. Bangun pagi dengan senyuman sebab dengar suara sumbang ibu dia nyanyi lagu rama-rama, teko comel, twinkle2 litle star. Hasya dah tak nangis bangun pagi... kadang2 aku saje nanyi lagu dgn lirik salah, pastu dia akan betulkan dan nyanyi semula pastu terus bangun mandi.
3. Setiap petang lepas sekolah, mesti singgah beli dadih. Setiap hari dadih dia bertukar warna pilihan. Coklat, purple, pink, hijau, putih.. hitam dan biru jer takde. Aku dah try buat dadih sendiri kat rumah, tapi dia tetap nak beli atas alasan nak makan dlm kereta.. uhuuu dadih tu mahal .. kadar keuntungan bisnes dadih ni 50% tau.
4. Pandai eja dan suka belajar ngeja.. abah, ayah, ibu, adik, kakak, buku dll. Kadang2 penat aku nak layan eja semua
5. Suka tengok buka, buat latihan kat buku. Macam biasa, aku selalu jadi mangsa tolong dia buat latihan ni

Amna
1. Suka menyanyi ala-ala pelat dia. Happy birthday, Selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu, twinkle2 little star, rama2, jim jam
2. Pandai nanyi ABC sampai berterabur dan bilang we, tiga, empat, mmaa, ujuh, apan, lan, luhhh
3. Masih gatal2 ekzema.. jap baik, jap gatal .. sian amna
4. Suka tengok vicky & johnny, jim jam & sunny, tom tom bak
5. Dah gemukkk.. berat. penat angkat dia pagi2 letak dlm car seat
6. Suka nangis ngada2 dengan mimik muka untuk tarik perhatian
7. Manja dan inginkan peneman masa minum susu.. biasanya nak suruh orang letakkan tangan kat atas badan dia ajer
8. Suka main sudu.. pantang tengok sudu mesti dia nak. Bersepah rumah aku dengan sudu dia ni
9. Masih tak nak makan nasi. Makan nestum walaupun umur dah 1 tahun 8 bulan

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini