Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 10, 2009

Sesuatu..

Sucinya hati mereka. Membuka akaun Tabung Haji untuk anak didik. Amaunnya cuma RM2 untuk setiap seorang. Tak kisahlah berapa ramai anak ddik itu. Nilai tu mungkin hanya dipandang rendah oleh anak-anak muda sekarang. Tapi aku terpaut dengan kata ikhlas mereka.

"30 tahun nanti, mungkin mereka sudah menemui Yang Maha Berkuasa atau mungkin masih cuba menghabiskan sisa hidup mereka di muka bumi Allah ini. Tapi, mungkin anak didik mereka itu telah pergi menunaikan Rukun Islam ke-5. Dan ada sedikit sumbangan mereka di dalam pemergian anak didik itu. "

Bukankah besar sumbangan mereka itu.. Aku tak pernah terlintas tentang signifikannya RM2 itu. Betapa jauhnya fikiran mereka untuk bekalan kelak. Dan aku.. apa yang boleh dilakukan untuk RM2. Anak didikku tak akan ingin duit sebanyak tu. "Puan Tini kedekut'.. mesti di fikiran mereka. Apa yang boleh dilakukan..?

Ustaz Zaharudin memberitahuku dan semua pembaca blognya.. Melalui blog, alhamdulillah beliau akan berterusan mendapat pahala. Semasa tidur, dalam perjalanan, rutin kerja, ketika makan dan sebagainya. Maklumat yang disampaikan melalui web akan berterusan dibaca dan dihayati oleh semua pembaca yang inginkan maklumat. Tanpa perlu membuat sebarang aktiviti, ceramah dan sebagainya.. dia memperolehnya sebagai bekalan.

Aku teringat pada blog sahabat mekah. Hanya melalui foto, dia juga beroleh keberkatan. Ramai orang mendoakannya sebagai ucapan terima kasih tak terhingga atas pengalamannya yang tinggal di kota Mekah. Tak inginkah kalian.. setiap detik terpandang kaabah.. Kaabah itu hanya di depan pintu biliknya. Mungkin hanya beberapa minit untuk sampai di Kaabah. Bebas melakukan umrah pada bila-bila masa.

Ikhlasnya hati mereka. Jadikanlah hatiku sesuci dan seikhlas mereka Ya Allah

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini