Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 10, 2009

Warna kegemaran..

Semua orang ada warna yang mereka suka. Putih, hitam, merah, coklat, biru, pink, hijau, coklat, oren dan sebagainya. Ada orang tu setia pada satu warna sepanjang hidup mereka. Adakah itu tandanya mereka seorang yang setia? Bagiku, warna kegemaranku sentiasa berubah mengikut mood. Tak pernah setia pada satu warna. Ahahaa... adakah aku seorang yang suka mempermainkan seseorang? Tak.. aku pun jenis yang setia..

Satu ketika masa aku kecik2 dulu, aku begitu minat pada warna biru. Sebabnya.. hehee ada seseorang tu pun suka biru. Semua barang dia biru. Pernah aku ke rumahnya dulu, semua biru. Dari peralatan bilik, lilin, cadar, kereta pun biru. Sekarang pun adikku minat pada biru. Pernah juga dia mengangankan kereta biru.. hehe okla tu sis.. dah dapat pun.

Kemudian aku minat warna merah. Aku rasa merah tu tanda bersemangat, ceria dan berani. Banyak koleksi pakaianku merah. Dan tika ni aku cukup alergik pink colour. hehee sorry my friend ita.. tu dulu la.. sekarang dah suka warna pink. Semenjak ada 2 org puteri comel, barang dan pakaian mereka banyak sgt pink. Aku pun dah ada serba sedikit koleksi pink.

Lepas merah, minatku bertukar coklat. Rumah dicat coklat, tema raya tahun ni pun coklat seakan peach. Tapi sejak akhir-akhir ni.. hatiku macam terpaut warna purple pulak... light purple.. cam sweet je. ha ha haa what kind of habit aku ni..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini