Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, September 28, 2009

Raya yang gumbira..!




My sweatheart di pagi raya..


Keluarga tercintaku













3 org kanak2 nak mintak duit raya

Tengku Anif n family






Keluargaku di pagi raya



Monday, September 14, 2009

Pengorbanan

Di bulan puasa ni, begitu banyak pengorbanan suami untukku


Ketika ramai si isteri sedang sibuk memikirkan resepi untuk juadah berbuka, mencari bahan mentah untuk dimasak atau sedang sibuk membeli keperluan raya, aku tidak berpikir langsung tentang ni. Aku sedang berada di kelas, tekun mendengar syarahan pensyarah, atau mungkin sedang bertungkus lumus menjawab ujian, atau mungkin sedang bermati-matian membuat perbentangan atau mungkin sedang mengulangkaji dan berbincang dengan kenalan.


Tapi suami berada di rumah ketika ni. Sedang sibuk menyiapkan 2 orang puterinya untuk di bawa ke bazar ramadhan membeli juadah berbuka. Di celah2 kesibukan orang membeli makanan, suamiku terpaksa berkeseorangan melayan karenah puteri2 sambil membeli juadah.


Dan ketika si isteri sedang sibuk menyendukkan nasi si suami dan anak2, menghidangkan segala jenis masakan mereka, aku masih di dalam komuter, tiba di hentian Bank Negara, meneruskan perjalanan menaiki tren ke pekeliling. Terkadang aku masih berlari2 untuk mencari tpt berbuka ketika azan dilaungkan, dan terkadang aku berbuka di Sogo, di hentian pekeliling.. yang pastinya keseorangan..

Si suamiku pula sedang sibuk melayan si puteri2 di rumah sambil menyediakan juadah berbuka di dalam plastik yang dibelinya. Dan dia pun keseorangan berbuka

Katanya, besabarlah atas rutin yang sungguh tidak selesa ini. Ia hanya sementara.. Setiap pengorbanan pasti dibalas dengan kejayaan.

Sesungguhnya aku amat menghargai pengorbanannya..

Dejavuuu

Semalam adalah hari terakhir kuliah. Hari penamat segala assignment yang susah, teramat susah ,presentation dan segala jenis kuiz dan test yang mengelirukan. Semalam jugak kami mendapat beberapa markah ujian, carry mark dan komen atas segala tugasan.

Alhamd. aku terima segala result tu dengan tersenyum

dan jugak.. semalam adalah presentation untuk group project yang agak besar markahnya..20%. Kami kumpulan ke-3. Semasa group 1 & 2, membuat perbentangan, kami semua terketar2 ketakutan. Sungguh banyak soklan2 diutarakan pensyarah. Bertubi2 soklan dan ada presenter yang berjaya menepisnya, ada yang terkapai2 mencari jawapan.

Tiba kumpulan kami, aku doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah. Kami yakin dengan bahan dan jawapan kami. Aku sejukkan hati dengan berkata.."kami semua adalah pensyarah yang hebat, kami mesti boleh buat yang terbaik". (semua group members adalah pensyarah)
Akhirnya, presentation kami berakhir dengan begitu mudah. Pensyarah cuma bertanyakan soklan yang begitu mudah untuk kami. Kami semua begitu bersungguh2 dan yakin atas hujah2 kami.

Alhamdulillah. presentation berakhir dengan pujian dan tepukan. Hanya group kami yg dpt tepukan tau... hehee

Akhirnya, setelah selesai 6 group membuat presentation. Pensyarah membuat komen keseluruhan.

Katanya..' Group kami adalah group yang paling hebat sekali. Markah penuh diberikan. Kami semua menyampaikan maklumat dengan penuh sempurna hinggakan beliau takde soklan untuk dipersoalkan. Semuanya telah diterangkan dengan jelas dan betul."
"Yela dr, patutla sbb diorng ni seme lecturer' sahut seorang kawan.
'Ooo no wonderla u all are very good".. sambung pensyarah

Chewah... terasa aku berada di kayangan. Terasa Dejayu melanda.. perasaan yang sama ketika dapat pujian hebat dan tepukan gemuruh dari Prof Dr Faizah semester lepas. Tersengih2, kembang semangkuk. Dan kami semua berpelukan gembira, saling bersalaman ucap tahniah, berterima kasih atas komitmen semua.

Oleh kerana dia adalah presentation terakhir kami untuk semester ni, aku terasa amat puas. Aku rasa berbaloi atas segala pengorbanan dan kesungguhan kami.

Juga bersyukur pada Allah kerana memakbulkan doaku, juga doa suamiku dan bonda tersayang..

Wednesday, September 9, 2009

090909

Cantik no ni.. dulu 9.9.99.. ramai org yg kawin pada tarikh ni kerana keunikan nombornya termasukla kenalanku, abang Zul dan Kak Pah di KL.

Dan juga di sebalik angka 9 ni, rupanya mlm ni adalah mlm ke-19 berpuasa. Hampir menjengah 10 malam terakhir. Aku tak sedar itu. Terawikhku baru berkesempatan sekali. Aku ingin mengejar rahmat 10 mlm terakhir ni..tapi, final examku menyusul 6 hari selepas raya. Ulangkaji perlu dibuat lebih awal. Aku begitu sibuk mentelaah sekarang dengan menyiapkan 2 lagi assgnmt. Aku kesuntukan masa kini.

Mana satu perlu kuutamakan..??

Friday, September 4, 2009

mIMPi

Dah pukul 4.08 pm.. ada lagi 22 minit nak balik. Satu kerja dah settle td. So dah tak boleh nak start keja baru sbb nanti kerja tu terbengkalai..lai..lai sbb nak balik dah.. hehee

So.. better berblogging

Mimpi malam. Aku selalu akan terbawa-bawa sesuatu perkara tu dalam mimpi. Aritu aku ada belikan kerongsang baru unt raya.. kira cantikla bagiku. Tup-tup malam tu, aku minta Cik Su Ja pun bergaya dgn kerongsang yg sama untuk raya nanti. Kiranya pilihanku itu hebat sebab jadi kesukaan orang lain jugak..

Kemudian malam lepas, aku cukup pusing dengan student yang bermasalah dalam membuat permohonan graduat. Almaklumlah aku sebagai ketua unit graduat ni, bertanggungjawab sepenunya atas borang dan proses untuk mereka grad. Tapi, adala 3-4 kerat individu ni yg duk banyak songel sangat, itula inila.. at last, aku termimpi.. aku mengadu pada bekas ketua aku dulu perihal ni. Dan dia memberikan aku beberapa idea untuk menyelesaikan masalah tu. walaupun ideanya kurang bernas bagiku ... hehee

Hal2 mcm ni selalu berlaku dlm mimpiku. Terkadang mimpi tu cuma penyambung cerita di siang hari, dan kadang2 melalut entah ke mana..hahaa

Tapikan, aku teringin bermimpikan arwah abah. Aku tak ingat kali terakhir aku bermimpinya. Sungguh! Yang aku ingat, arwah pernah hadir dalam mimpi semasa aku mengandungkan Hasya. Dia amat kurus seperti masa sakitnya.. dan dia cuma merenungku dari jauh. Aku jugak pernah bermimpikan wajahnya di hospital seperti kala dia menanggung kesakitan dulu...

Sesungguhnya aku cukup rindu padanya. Aku membesar bukan seperti kanak-kanak zaman sekarang yang boleh bersembang mesra, bergurau, bermain, berpelukan dan bercium mesra. Aku tak berkesempatan itu semua. Kami dididik tegas olehnya. Kami begitu menghormatinya. Ingat lagi aku, ketika kecil kami akan bergegas di depan tv menononton muqaddam Ustaz Hassan tepat jam 6.30. Sebabnya.. hehe arwah akan pulang kerja hampir jam 7 nanti. Aku akan rasa cukup bangga kalau arwah melihat aku sedang mengaji muqaddam di depan tv... walaupun kadang2 itu cuma taktik untuk menarik perhatiannya.

Pohonku, semoga beliau aman di sana. Aku teringin menziarah kuburnya untuk raya kali ni. Dulu, setiap kali menziarahi kuburnya, aku hanya tunduk membaca alfatihah..tanpa apa2 perasaan. Mungkin sebab dah lama ketiadaannya dalam kehidupan. Tapi, kali ni aku rasa syahdunya. Aku paham kenapa bonda menangis setiap kali berada di kuburnya.

Aku sentiasa membayangkan ayah mertuaku seperti arwah. Aku cukup sayang padanya. Cuma aku belum berpeluang untuk memeluk mesra dan mencium tanda kasihku sebagai seorang anak..

Thursday, September 3, 2009

Happy belated Birthday

Tengku Afza..
Aku tau.. dia adalah adik bongsu kami. Kehidupannya tidak seperti kami. Masa kecilnya ditemani ibu dan dikelilingi kasih sayang kekandanya. Dulu.. aku selalu membonceng motor dengannya. Aku di depan, dia di belakangku. Tapi agak lucu jika dilihat dari arah depan, kepala si pembonceng lebih tinggi dari pemandu. Kemudian, zaman berubah. Aku di belakangnya, sementelah dia sebagai pemandu.

Hidupku lebih banyak di asrama. Kami berjumpa ketika cuti je. Aku menyayanginya seperti adik bongsu. Samar2 terbayang kemesraan kami dulu. Seingatku, aku kerap membelinya hadiah..loket, baju raya.. ntah dah tak ingat.

Yg pasti, aku cukup ingat yang ni.

1. Masa kecilnya, kami berjalan bersama. Tanganku diletakkan di atas bahunya. Tapi kini.. tanganku tak sampai nak dipautkan pada bahunya lgi..
2. Dia suka bergaya ketika kecil
3. Kami tak pernah tidur sekatil .Dia mesti tidur bertemankan bonda
4. Kami akan bakar kuih raya sama2 setiap tahun
5. Pernah dia dimarahi seseorang kerana inginkan permainan. Tapi nenda yang baik hati tetap belikan untuknya
6. Masa kecilnya, dia cukup gemar dengar lagu fantasia bulan madu.. nangis2 nak tape..yang akhirnya dibelikan jugak oleh ...?(tak ingat)
7. Selalu ikut bonda pergi kerja kat rumah orang sakit.
8. Aku berhoneymoon di Tioman semasa dia mendaftarkan diri di USM.. rasa terkilan aku
9. Aku tak dpt hadir majlis konvokesennya.. aku agak kecewa pasal ni
10. Aku kurang mengambil berat perihal pelajarannya di USM..
11. Yang pasti.. dia rapat dgn abangnya, Anif.
12. Arif cukup dihormatinya
13. Atan masih berhubungan dengannya

24 tahun dah berlalu. Tapi aku masih membayangkannya seperti di zaman keanakan kami. Dia cuba yang terbaik untuk disayangi dan dikasihi semua..tetapi jiwa mudanya terkadang lari dari ketetapan keluarga.

Doaku.. semoga kecintaan kami bertambah untuknya, dikurniakan teman penghibur, diberikan rezeki berpanjangan, dikuatkan semangatnya dlm meniti usia muda, tabah dalam kehidupan harian dan semaking matang mengharungi kehidupan..

Konsert SATU Siti

Hari merdeka.. Hasya berkompromi.
"Petang ni kita g jalan2 ..tp kakak kena bg ibu tengok cite ibu."
"ok.. hooreyyy"

Maka bersenang lenangla aku tanpa gangguan menonton siaran yg dinanti2kan. Hasya & amna leka bermain bersama, dear sibuk baiki kipas rosak (yang akhirnya rosak terus..).

Bagiku, siti cuma sekadar menghiburkan dengan lentok suara merdunya serta senyum manisnya. Itu saje. Tiada kehebatan seperti Faizal Tahir dan Rosyam Nor. Aku kurang terasa auranya seperti dulu.

Namun, aku puas. Tercapai impianku untuk menonton percuma konsert ni..

Aku harini

Selamat berpuasa

Aku dah hampir melepasi minggu2 kritikal. Cuma berbaki 2 asgnment. Otak aku hampir kosong minggu ni. Ha haaa.. aku berjaya melaluinya dengan kepenatan. Aku berjaya menewaskan nafsu malasku. As a reward, aku bermalasan di rumah. Amna dan Hasya jadi mangsa gurauan. Sehelai kertas tak ku sentuh, inikan pula buku dan artikel... Aku inginkan balasan atas pengorbanan..

Tapi.. itu sementara saja. Malam ni ..ingatkan aku untuk kembali bertungkus lumus seperti biasa. Prepare yourself early ..for final exam. Remember that.. Raya is not for holiday... masih ada sesuatu menanti di Hari Raya 6&7

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini