Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, September 14, 2009

Dejavuuu

Semalam adalah hari terakhir kuliah. Hari penamat segala assignment yang susah, teramat susah ,presentation dan segala jenis kuiz dan test yang mengelirukan. Semalam jugak kami mendapat beberapa markah ujian, carry mark dan komen atas segala tugasan.

Alhamd. aku terima segala result tu dengan tersenyum

dan jugak.. semalam adalah presentation untuk group project yang agak besar markahnya..20%. Kami kumpulan ke-3. Semasa group 1 & 2, membuat perbentangan, kami semua terketar2 ketakutan. Sungguh banyak soklan2 diutarakan pensyarah. Bertubi2 soklan dan ada presenter yang berjaya menepisnya, ada yang terkapai2 mencari jawapan.

Tiba kumpulan kami, aku doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah. Kami yakin dengan bahan dan jawapan kami. Aku sejukkan hati dengan berkata.."kami semua adalah pensyarah yang hebat, kami mesti boleh buat yang terbaik". (semua group members adalah pensyarah)
Akhirnya, presentation kami berakhir dengan begitu mudah. Pensyarah cuma bertanyakan soklan yang begitu mudah untuk kami. Kami semua begitu bersungguh2 dan yakin atas hujah2 kami.

Alhamdulillah. presentation berakhir dengan pujian dan tepukan. Hanya group kami yg dpt tepukan tau... hehee

Akhirnya, setelah selesai 6 group membuat presentation. Pensyarah membuat komen keseluruhan.

Katanya..' Group kami adalah group yang paling hebat sekali. Markah penuh diberikan. Kami semua menyampaikan maklumat dengan penuh sempurna hinggakan beliau takde soklan untuk dipersoalkan. Semuanya telah diterangkan dengan jelas dan betul."
"Yela dr, patutla sbb diorng ni seme lecturer' sahut seorang kawan.
'Ooo no wonderla u all are very good".. sambung pensyarah

Chewah... terasa aku berada di kayangan. Terasa Dejayu melanda.. perasaan yang sama ketika dapat pujian hebat dan tepukan gemuruh dari Prof Dr Faizah semester lepas. Tersengih2, kembang semangkuk. Dan kami semua berpelukan gembira, saling bersalaman ucap tahniah, berterima kasih atas komitmen semua.

Oleh kerana dia adalah presentation terakhir kami untuk semester ni, aku terasa amat puas. Aku rasa berbaloi atas segala pengorbanan dan kesungguhan kami.

Juga bersyukur pada Allah kerana memakbulkan doaku, juga doa suamiku dan bonda tersayang..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini