Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, September 3, 2009

Happy belated Birthday

Tengku Afza..
Aku tau.. dia adalah adik bongsu kami. Kehidupannya tidak seperti kami. Masa kecilnya ditemani ibu dan dikelilingi kasih sayang kekandanya. Dulu.. aku selalu membonceng motor dengannya. Aku di depan, dia di belakangku. Tapi agak lucu jika dilihat dari arah depan, kepala si pembonceng lebih tinggi dari pemandu. Kemudian, zaman berubah. Aku di belakangnya, sementelah dia sebagai pemandu.

Hidupku lebih banyak di asrama. Kami berjumpa ketika cuti je. Aku menyayanginya seperti adik bongsu. Samar2 terbayang kemesraan kami dulu. Seingatku, aku kerap membelinya hadiah..loket, baju raya.. ntah dah tak ingat.

Yg pasti, aku cukup ingat yang ni.

1. Masa kecilnya, kami berjalan bersama. Tanganku diletakkan di atas bahunya. Tapi kini.. tanganku tak sampai nak dipautkan pada bahunya lgi..
2. Dia suka bergaya ketika kecil
3. Kami tak pernah tidur sekatil .Dia mesti tidur bertemankan bonda
4. Kami akan bakar kuih raya sama2 setiap tahun
5. Pernah dia dimarahi seseorang kerana inginkan permainan. Tapi nenda yang baik hati tetap belikan untuknya
6. Masa kecilnya, dia cukup gemar dengar lagu fantasia bulan madu.. nangis2 nak tape..yang akhirnya dibelikan jugak oleh ...?(tak ingat)
7. Selalu ikut bonda pergi kerja kat rumah orang sakit.
8. Aku berhoneymoon di Tioman semasa dia mendaftarkan diri di USM.. rasa terkilan aku
9. Aku tak dpt hadir majlis konvokesennya.. aku agak kecewa pasal ni
10. Aku kurang mengambil berat perihal pelajarannya di USM..
11. Yang pasti.. dia rapat dgn abangnya, Anif.
12. Arif cukup dihormatinya
13. Atan masih berhubungan dengannya

24 tahun dah berlalu. Tapi aku masih membayangkannya seperti di zaman keanakan kami. Dia cuba yang terbaik untuk disayangi dan dikasihi semua..tetapi jiwa mudanya terkadang lari dari ketetapan keluarga.

Doaku.. semoga kecintaan kami bertambah untuknya, dikurniakan teman penghibur, diberikan rezeki berpanjangan, dikuatkan semangatnya dlm meniti usia muda, tabah dalam kehidupan harian dan semaking matang mengharungi kehidupan..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini