Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, September 4, 2009

mIMPi

Dah pukul 4.08 pm.. ada lagi 22 minit nak balik. Satu kerja dah settle td. So dah tak boleh nak start keja baru sbb nanti kerja tu terbengkalai..lai..lai sbb nak balik dah.. hehee

So.. better berblogging

Mimpi malam. Aku selalu akan terbawa-bawa sesuatu perkara tu dalam mimpi. Aritu aku ada belikan kerongsang baru unt raya.. kira cantikla bagiku. Tup-tup malam tu, aku minta Cik Su Ja pun bergaya dgn kerongsang yg sama untuk raya nanti. Kiranya pilihanku itu hebat sebab jadi kesukaan orang lain jugak..

Kemudian malam lepas, aku cukup pusing dengan student yang bermasalah dalam membuat permohonan graduat. Almaklumlah aku sebagai ketua unit graduat ni, bertanggungjawab sepenunya atas borang dan proses untuk mereka grad. Tapi, adala 3-4 kerat individu ni yg duk banyak songel sangat, itula inila.. at last, aku termimpi.. aku mengadu pada bekas ketua aku dulu perihal ni. Dan dia memberikan aku beberapa idea untuk menyelesaikan masalah tu. walaupun ideanya kurang bernas bagiku ... hehee

Hal2 mcm ni selalu berlaku dlm mimpiku. Terkadang mimpi tu cuma penyambung cerita di siang hari, dan kadang2 melalut entah ke mana..hahaa

Tapikan, aku teringin bermimpikan arwah abah. Aku tak ingat kali terakhir aku bermimpinya. Sungguh! Yang aku ingat, arwah pernah hadir dalam mimpi semasa aku mengandungkan Hasya. Dia amat kurus seperti masa sakitnya.. dan dia cuma merenungku dari jauh. Aku jugak pernah bermimpikan wajahnya di hospital seperti kala dia menanggung kesakitan dulu...

Sesungguhnya aku cukup rindu padanya. Aku membesar bukan seperti kanak-kanak zaman sekarang yang boleh bersembang mesra, bergurau, bermain, berpelukan dan bercium mesra. Aku tak berkesempatan itu semua. Kami dididik tegas olehnya. Kami begitu menghormatinya. Ingat lagi aku, ketika kecil kami akan bergegas di depan tv menononton muqaddam Ustaz Hassan tepat jam 6.30. Sebabnya.. hehe arwah akan pulang kerja hampir jam 7 nanti. Aku akan rasa cukup bangga kalau arwah melihat aku sedang mengaji muqaddam di depan tv... walaupun kadang2 itu cuma taktik untuk menarik perhatiannya.

Pohonku, semoga beliau aman di sana. Aku teringin menziarah kuburnya untuk raya kali ni. Dulu, setiap kali menziarahi kuburnya, aku hanya tunduk membaca alfatihah..tanpa apa2 perasaan. Mungkin sebab dah lama ketiadaannya dalam kehidupan. Tapi, kali ni aku rasa syahdunya. Aku paham kenapa bonda menangis setiap kali berada di kuburnya.

Aku sentiasa membayangkan ayah mertuaku seperti arwah. Aku cukup sayang padanya. Cuma aku belum berpeluang untuk memeluk mesra dan mencium tanda kasihku sebagai seorang anak..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini