Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, October 26, 2009

Sebak di pagi hari..

Pagi hari, di dalam kereta menuju ke sekolah Amna, sekolah Hasya dan ofisku..



Aku tengah bergembira melihat telatah amna di dalam kereta. Gelakku baru saja reda. Hasya bersuara sayu..

"Ibu .. kenapa abah ibu dah mati?"
"mm sbb dia sakit"
"Ibu tak bawa dia gi hospital ker?"
"dah bawa.. tapi tak baik jugak. dia mati pun kat hospital".. aku dah mula rasa sesuatu
"pastu tak tanam ke ibu?"
"mestila tanam.."
"kat mana ibu? kakak nak tengok..?'
'kat terengganu la. kenapa kakak nak tengok?'
"sebab kakak tak pernah tengok lagi tanam kt mana.."
"tapi kakak tengok kubur je la yek.."
"ye la ibu"
"ok, insy nanti kita balik lain kali ibu bawa kakak"
"tapi, ibu tau ke kat mana tempatnya."
"mestila ibu tau.."

Aku terasa sebak di pagi hari.. aku tak pernah bawa Hasya ke kubur arwah. Tak berkesempatan. Dan aku pun dah lama tak mengunjungi pusaranya. Waktu yang singkat semasa pulang bercuti bukanla satu alasan.. sepatutnya.!

Tuesday, October 20, 2009

Happy Birthday Amna Addini

For our love.. Selamat Hari Lahir ke-2.

Kami amat menyayangimu.. rasanya lebih dari kasih sayang terhadap Hasya. Buktinya adalah..

..aku terjumpa gambar lama Hasya ketika kecil. sungguh comel dia, manja dan ceria. ingatanku kuat ketika ini dimana aku amat menyayanginya. Kasih teramat. Mungkin sebab dia saje permata hatiku ketika ini. so, bila dibandingkan sekarang, kasih sayang dan perasaan ku padanya tidak lagi sama seperti dulu. Mungkin kerana kasih sayang yang harus dibahagi dua antara mereka..

Apapun..ibu mana tak sayang anak. Ingatanku sentiasa bersama mereka.

Harapanku, dan mungkin juga harapan kami

Anak-anak ibu..
membesar sebagai anak yang solehah
menceriakan hati kami selalu
berbaik-baik sesama adik beradik sentiasa
kasih sayang takkan putus walau apa perkara berlaku
tidak memutuskan silaturrahim sesama muslim
berjaya di dunia akhirat
mendoakan kesejahteraan kami selalu
menghormati orang tua
menjadi insan berguna pada masyarakat
dan semua yang bermanfaat untuk mu..

sungguh tinggi harapanku
mereka masih tak paham
tapi akan kutanam dan didik mereka
untuk ke arah itu

Petang ini.. simple birthday party
special for Amna.. yang mana akan meniup lilin bersama Hasya ..opss.. lupa beli lilin daaa

Wednesday, October 14, 2009

I'm back

Salam dan selamat hari raya aidilfitri..

Aidilfitri dan hampir ke penghujung. Aku belum sempat bercerita kisah hari rayaku.. Insyaallah, di kesempatan yg ada nanti.. tak taula bila.. akan ku kisahkannya..

Aku teringatkan kisah semalam. Ntah kali keberapa Hasya mengeluarkan isu ni..

'Ibu, bila ibu dah besar macam abah..ibu nak jadi ape? Kakak nak jadi pari2, doktor dan polis. Adik pulak jadik puteri yg comel. Pari2 hebat sebab dia ada kepak dan boleh terbang'.. hahaa aku tergelak dengan cita2nya..
'Jawabla ibu...' katanye pabila tawaku masih belum berhenti
'Ibu jadi lecturerla..'
'Bukan, tu sekarang.. kakak tanye bila ibu dh besar mcm abah, tinggi dan besar mcm abah'
'Ibu dah besarla kakak. Ibu kan dah jadi lecturer..'
'Tapi, ibu tak besar mcm abah pun.. cepatla, ibu nak jadi ape bila ibu dah besar macam abah..'

uhuksss.. ape lg yg harus kuceritakan pade kanak2 pandai ni.. hhuhuhuu.. semoga impiannya tercapai..menjadi doktor dan polis. Pari-pari dan puteri comel tu ...???

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini