Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, October 26, 2009

Sebak di pagi hari..

Pagi hari, di dalam kereta menuju ke sekolah Amna, sekolah Hasya dan ofisku..



Aku tengah bergembira melihat telatah amna di dalam kereta. Gelakku baru saja reda. Hasya bersuara sayu..

"Ibu .. kenapa abah ibu dah mati?"
"mm sbb dia sakit"
"Ibu tak bawa dia gi hospital ker?"
"dah bawa.. tapi tak baik jugak. dia mati pun kat hospital".. aku dah mula rasa sesuatu
"pastu tak tanam ke ibu?"
"mestila tanam.."
"kat mana ibu? kakak nak tengok..?'
'kat terengganu la. kenapa kakak nak tengok?'
"sebab kakak tak pernah tengok lagi tanam kt mana.."
"tapi kakak tengok kubur je la yek.."
"ye la ibu"
"ok, insy nanti kita balik lain kali ibu bawa kakak"
"tapi, ibu tau ke kat mana tempatnya."
"mestila ibu tau.."

Aku terasa sebak di pagi hari.. aku tak pernah bawa Hasya ke kubur arwah. Tak berkesempatan. Dan aku pun dah lama tak mengunjungi pusaranya. Waktu yang singkat semasa pulang bercuti bukanla satu alasan.. sepatutnya.!

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini