Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, November 9, 2009

Foto sekitar birthday party Amna 20.10.09























Amna macam pelik jer pasang lilin atas kek..
dah balik umah baru dia sibuk praktis nyanyi happy birthday n tiup lilin.. hahaa





Foto


Dah lama tak masukkan gambar... ni saje jer gambar2 yang i suke .. hehe

ni masa kat tioman
bawah kat kuantan parade



masa raya dengan adam
bawah : hasya n nur ahmad











Halim Othman

Pagiku diserikan dengan suara yang cukup ku kenal.. sungguh ku rindu.!
Halim Othman kembali.. so lepas ni aku mesti berkepit dengan radio di pagi hari..

Dia..

Dia lebih muda padaku. Tapi dia agak matang kut.. hehe ntahler

Tapi aku dan dia..hubungan kami sungguh rapat. Aku di hatinya dan dia dihatiku.. cewahh. Dia cukup memahamiku dan aku juga memahaminya. Kami berkongsi banyak perkara.. termasuk hati dan perasaan.Tapi terkadang jarak waktu, memisahkan kami. Hubungan tetap tak putus. Masa sungguh cemburu. Kami tak banyak masa bersama. Masa yang ada diperuntukkan sepenuhnya.. terperinci..

Aku kagum dengan kebolehan diwarisi arwah. Mesti si ibu begitu bangga darah yang mengalir di jiwanya. Dia membuat rumah seperti arwah, bertukang sepertinya walau mungkin tak sehebat arwah.. tapi bagiku itulah tanda dia adalah anak arwah.

Aku tersenyum bangga ketika kakak kesayangan bersanding di pelamin., abang membuat keputusan memilih teman hidupnya, adikku bersanding indah dan aku bersama pilihan hatiku.. Tiada airmata.. aku hanya senyum, sengih, keletihan pada majlis2 indah itu. Tapi hatiku pilu ketika dia menamatkan zaman bujangnya. Kami menangis bersama ketika dia menuju ke masjid untuk dinikahkan. Kami berpelukan .. dan ketika kami tinggalkan mereka bersama pengantin, ibu berpesan di dalam kereta .. nanti jangan lupakan kami. Tapi masa tu mungkin dia tak dengar. Hanya aku yang mendengar bisikan ibu itu. Tapi, aku dapat rasakan seperti dia memahaminya hingga kini

Raya yang lalu, aku mula menangis bila bersalaman dengannya. Suasana gembira bertukar sayu ketika bersamanya.. itulah kami.

Ketika kami kehilangan Engku Aqif Naufal.. dialah juga yang menenangkan hatiku..

Sungguh hubungan kami hebat.

Tapi satu kesalanku padanya..
Perkara yang lepas .. lupakanlah. Apa yang ditakdirkan semasa kita anak yatim, dihina, terbiar, lupakan ajer. Allah akan membalas pada mereka2 itu. Tapi silaturrahim mesti diteruskan. Arwah dan ibu tidak mendidik kita begini. Mereka cukup hebat memberikan didikan agama..

Itu saja yang terbuku dihati. Sudah lama dipendam. Begitu juga hati bonda. Mesti lega dan setuju..

Jumpa December nanti insyaallah

End of semester 2..

Alhamdulillah.. final exam semalam berkahir dengan senyuman. Banyak yang dibincangkan dengan Zurai my best friend keluar dalam soalan. Dan Alhamdulillah teramat, Allah tak putus memberikan aku idea dan ingatan semasa menjawabnye. cuma ada 2-3 yang aku lupa.. dan dah tak cukup masa nak berpikir lagi.. Semoga semuanya membuahkan kejayaan..

Sungguh sekejap 2 semester berlalu. Cuma berbaki satu mini projek yang perlu disiapkan bersama Zurai. Due date 5 hari lagi. Insyaallah akan selesai pada masa yang ditetapkan.

Lagi dua semester tempoh belajar. Tahun lepas, tika masa dan saat ini, aku masih termangu2.. terpikir samada keputusan melanjutkan pelajaran ini tepat atau menyusahkan. Tujuan utama bukanlah kenaikan gaji sebanyak RM1k+ untuk pensyarah master. Bukan.. walaupun itu mungkin sebagai perangsang utama kebanyakan mereka yang menyambung pengajian. Matlamat utamaku adalah untuk tingkat ilmu, perbaiki diri, tergolong dalam mereka2 yang berada pada tahap selamat.. maksudnya, tidak perlu lagi dipaksa melanjutkan pada ketika2 yang mungkin diwajibkan. Aku rasakan sekarang ni adalah masa yang sesuai berikutan anak yang semakin membesar..

Hari ini, fikiranku tenang.. aku mampu membuat pelbagai perancangan sepanjang cuti semester ini.

Semoga Allah memudahkan urusanku pada masa2 akan datang. Dan juga semoga doak2ku dimakbulkanNya!

Aku dapat rasakan perbezaan Engku Artini pada tahun lepas dengan hari ini..

Friday, November 6, 2009

Hasya : keanakan Vs kematangan

Salam

Rilex jap. Ahad ni final lagik. Semoga aku dapat menghadapinya dengan penuh semangat dan cemerlang!

Aku perlu ceritakan ini.. takut terlupa. Tengok, sanggup aku ketepikan masa untuk study dan tinggalkan cerita2 lain yg patut ditulis di blog ni semata2 kerana ANAK.. huhu.. aku sayang mereka..

Aku mengadu kat Hasya..
"Ibu periksa Ahad ni.. tak habis baca buku lg la kakak.. camne ni"
"Tak apa ibu.. Sabtu ni kan cuti, Ibu bacala Sabtu ni sampai abis."

Semasa nak tido semalam, Hasya buat perancangan rapi dengan abahnya untuk ke Zoo teruntum Sabtu. Aku pun mencelah..
"Ala.. ibu nak ikut jugak.."
"eh ehh ibu kan periksa. Ibu kena baca buku, nanti ibu tak dapat A dan dpt no 1 camne..? Kakak g dgn abah dan adik.. ibu baca buku yerk..!'

uhuk uhukk.. teringat satu ketika dulu, aku merajuk lagi.. hehe.. saje jer nak manja2 haha kuang kuangg kuangg.. dan mereka nak ke pantai..
Kakak memujukku..
"cepatla ibu, abah dah tunggu dalam kereta.."
"kakak tunggula ibu.. ibu nak pakai tudung"
"ye laa.. ibu jangan risau. kakak tunggu ibu kat buai ni .. kakak dah kunci pintu dapur .. ibu cepatla pakai tudung.."

Terkadang perangainya cukup keanakan.. terkadang aku kagum dengan pemikirannya pada umur 4 tahun.. terkadang aku lupa yg sebenarnye dia bukan lagi baby manjaku.. tapi anak2 penghibur dan penemanku.

Oh ya.. doakan aku yek

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini