Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, November 9, 2009

End of semester 2..

Alhamdulillah.. final exam semalam berkahir dengan senyuman. Banyak yang dibincangkan dengan Zurai my best friend keluar dalam soalan. Dan Alhamdulillah teramat, Allah tak putus memberikan aku idea dan ingatan semasa menjawabnye. cuma ada 2-3 yang aku lupa.. dan dah tak cukup masa nak berpikir lagi.. Semoga semuanya membuahkan kejayaan..

Sungguh sekejap 2 semester berlalu. Cuma berbaki satu mini projek yang perlu disiapkan bersama Zurai. Due date 5 hari lagi. Insyaallah akan selesai pada masa yang ditetapkan.

Lagi dua semester tempoh belajar. Tahun lepas, tika masa dan saat ini, aku masih termangu2.. terpikir samada keputusan melanjutkan pelajaran ini tepat atau menyusahkan. Tujuan utama bukanlah kenaikan gaji sebanyak RM1k+ untuk pensyarah master. Bukan.. walaupun itu mungkin sebagai perangsang utama kebanyakan mereka yang menyambung pengajian. Matlamat utamaku adalah untuk tingkat ilmu, perbaiki diri, tergolong dalam mereka2 yang berada pada tahap selamat.. maksudnya, tidak perlu lagi dipaksa melanjutkan pada ketika2 yang mungkin diwajibkan. Aku rasakan sekarang ni adalah masa yang sesuai berikutan anak yang semakin membesar..

Hari ini, fikiranku tenang.. aku mampu membuat pelbagai perancangan sepanjang cuti semester ini.

Semoga Allah memudahkan urusanku pada masa2 akan datang. Dan juga semoga doak2ku dimakbulkanNya!

Aku dapat rasakan perbezaan Engku Artini pada tahun lepas dengan hari ini..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini