Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 6, 2009

Hasya : keanakan Vs kematangan

Salam

Rilex jap. Ahad ni final lagik. Semoga aku dapat menghadapinya dengan penuh semangat dan cemerlang!

Aku perlu ceritakan ini.. takut terlupa. Tengok, sanggup aku ketepikan masa untuk study dan tinggalkan cerita2 lain yg patut ditulis di blog ni semata2 kerana ANAK.. huhu.. aku sayang mereka..

Aku mengadu kat Hasya..
"Ibu periksa Ahad ni.. tak habis baca buku lg la kakak.. camne ni"
"Tak apa ibu.. Sabtu ni kan cuti, Ibu bacala Sabtu ni sampai abis."

Semasa nak tido semalam, Hasya buat perancangan rapi dengan abahnya untuk ke Zoo teruntum Sabtu. Aku pun mencelah..
"Ala.. ibu nak ikut jugak.."
"eh ehh ibu kan periksa. Ibu kena baca buku, nanti ibu tak dapat A dan dpt no 1 camne..? Kakak g dgn abah dan adik.. ibu baca buku yerk..!'

uhuk uhukk.. teringat satu ketika dulu, aku merajuk lagi.. hehe.. saje jer nak manja2 haha kuang kuangg kuangg.. dan mereka nak ke pantai..
Kakak memujukku..
"cepatla ibu, abah dah tunggu dalam kereta.."
"kakak tunggula ibu.. ibu nak pakai tudung"
"ye laa.. ibu jangan risau. kakak tunggu ibu kat buai ni .. kakak dah kunci pintu dapur .. ibu cepatla pakai tudung.."

Terkadang perangainya cukup keanakan.. terkadang aku kagum dengan pemikirannya pada umur 4 tahun.. terkadang aku lupa yg sebenarnye dia bukan lagi baby manjaku.. tapi anak2 penghibur dan penemanku.

Oh ya.. doakan aku yek

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini