Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, December 21, 2009

Hasya Vs Amna

Kenapa yea

1. aku akan ketawa dan tersengih bila melihat Amna tersengih2, ketawa dan cuba menarik perhatian. Tapi aku kadang2 kurang memberi respond pada tingkahlaku Hasya..

2. Aku akan sentiasa peluk, cium, bermain dengan Amna. Tapi jarang sekali dengan Hasya

3. Hasya akan datang kepadaku untuk sesuatu dan bukan aku yang menanyakan kepadanya seperti yang kerap aku lakukan pada Hasya

4. Aku mesti tido dengan Amna. Kekadang lupa yang Hasya terjatuh dari tilam atau sejuk tanpa selimut.

5. Semasa di pasaraya, aku mesti terpikirkan makanan untuk dimakan Amna dan makanan Hasya bukanlah keutamaan..

Terkadang terasa seperti Hasya terbiar.. uhukss.. bukan aku membiarkannya tapi alpa kerana Amna.

Aku akan cuba perbaiki.. !

Emosi..

Semua kami sudah membesar dan ada keluarga masing2.. semua cuba untuk membahagiakan keluarga masing2. Semua sayangkan anak... Semua orang

Kami cuba menggembirakan hatinya dengan hadiah perkongsian berlima dari berenam. Aku membayangkan anak2ku berkongsi kegembiraan, tetapi mengenepikan seorang. Aku merasakan kekecewaan.. Dan aku juga melihat kekecewaan itu dihatinya

Tapi, bukannya kami mengenepikannya. Dia yang menghilang dari kami.. hingga bila..?
Aku mendoakan semoga dia akan kembali semula bersama kami.. yekkk

Aku suka..

Banyak perkara yang membuatkan hati berbunga riang la la laaaa

1..
Mestila sebab kami selamat dan dijauhkan dari hantu SIRIM ha ha haa.. semua bergembira di ofis pada hari2 terakhir hantu tu berada di kampus utama

2.
Kami bercuti2 di Gambang Water Park walaupun masa tu hati tengah bergelora dengan hantu2 yang bakal tiba di kampus huhuuu. Tapi hati tetap berbunga riang di sini..

3.
Result peperiksaan kekal sama seperti semester lepas. Alhamdulillah. Sungguh tak disangka dan aku tidak begitu teruja untuk melihat keputusan kali ni. Kawan baik yang menyemak keputusan dan memaklumkan.. hehee..

2-3 hari sebelum result peperiksaan keluar, aku bermimpi melahirkan seorang baby girl yang mirip Amna seberat 3.67. Aku cukup tak faham maksud mimpi.. tapi seorang kawan meramalkan itu adalah cgpa semester ni.. haha aku cuma tergelak dengan ramalan kerana merasakan agak mustahil bagiku
Tapi sungguh tak dijangka, ramalan menjadi kenyataan.. Terima kasih atas semua doa yang tersayang

4..
Akan dan sedang bercuti selama 17 hari... sehingga tahun baru... dan akan cuti2 malaysia di Trg, Bentong, Kedah, Kulim, dan KL.. insyaAllah

5.
Bercuti dengan anak2 selama seminggu di kampung halaman. Walaupun mungkin rumah ni agak uzur, tapi aku suka.. dan aku rindu akan rumah ini.

6.
No more pressure pasal kerja2.. takde panggilan2 penting dari boss or second boss or assingment yang perlu disiapkan.

7.
Yang paling penting.. hehe mestila boleh tido ikut suka hati dan bangun ikut suka hati jer.. tu yg paling penting yesss yess

Thursday, December 10, 2009

Aku tak sukaaaa

Aku boleh control stress kalau ia berpunca dari diri sendiri atau bebanan kerja, belajar atau persekitaran yang memang tak boleh dielakkan.

Tapi aku cukup tak suka kalau stress tu berpunca dari orang lain.. haishhhh geram betul.

Aku dah tanya pada 'orang tu' tentang kerja yang perlu dilakukan. Aku melaksanakan dengan cukup teliti, kemas, bersungguh dan selesai dalam masa yang lebih awal dari yang sepatutnya. Tapi tup tup semalam.. dalam meeting, kami (bukan aku sorang..) dimakulumkan oleh 'orang tu' yang kerja tu sepatutnya perlu dilakukan dengan cara lain. Habis camne tu.. bertimbun banyaknyer aku kena buat semula.. banyak giler tu.. kena print semula, coding, cop, cop, banyak tuuuu...

Aku masih tak dapat mengawal stress kali ni. Semalam, balik kerja aku pulun vakum kereta, basuh kereta.. jiran2 tengok pelik jer. Almaklumla aku tak pernah basuh kereta kat rumah.. mesti hantar kedai. Hinggakan ada jiran aku tanye.. basuh kereta tu sebab nak amik kereta baru ker.. hu huuuu

Selesai cuci kereta, aku sambung tengok nur kasih. Kemudian, aku sambung kemas rumah. Alih perabut kat sini.. kat sana... haha macam berseri jer rumah. Lepas tu sambung jemur baju, basuh pinggan.. mcm2 benda aku buat smlm. Pukul 12 baru tido dalam kepenatan.. dan sungguh lena.

Memang patut pun aku sibukkan diri camtu. Bimbang aku tak boleh tido lena memikirkan stress yang berpunca dari orang lain..

mmmmm... doakanlah arini mood aku dalam keadaan stabil hehee..

Tuesday, December 8, 2009

Komited

RTNY
wwahhh sungguh komited kerja arini. bersungguh2 demi menetapi due date yang diberi. caiyok2.. Insyaallah siap by today amin

Hantu..

Minggu depan hantu SIRIM datang.. semua orang takut tapi tak dapat mengelak. Cuti semua staf dibekukan selama 3 hari sepanjang hantu2 tu berada di kampus.

Ha haa .. kedatangan hantu ni sebenarnya perkara rutin. Setiap tahun mereka perlu datang untuk audit kerja2 di kolej. Tapi semua orang fobia.. termasuk aku. Walaupun semua kerja dah lengkap dan selesai, kemungkinan ada soalan2 cepu mas dari mereka yang mengelirukan. Bimbang akan jejas segalanyer..

Untuk aku.. semua kerja2 yang bertimbun banyaknye tu.. dah selesai.. alhamdulillah. Yang berbaki cuma:
1. update attendance budak
2. key-in student yang fail dlm 10C

Insyaallah akan diselesaikan arini. Berdoala semoga hantu2 tu tidak mendekati kami yang selesai buat kerja tapi mendekati mereka2 yang selalu berprasangka buruk dan bersikap negatif untuk pembangunan kolej.. aci dok? heheee

mmmmmmmm....

Salam..
banyak perkara nak diceritakan..
tapi macam takde mood nak menulis.. opss menaip.
time ada idea.. takde intenet la.. bz laa.. kt umah laa... mcm2 hal
tp bila rase nak tulis dlm blog ni.. mcm takde idea lak.
hahaa... inikan maksudnyer kepentingan blackberry??

Tuesday, December 1, 2009

Zoo Lanchang





































Ahad, Raya Haji ke-3 kami singgah di Pusat pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan Deerland di Lanchang.. dah terlewat sampai, tak sempat nak bagi gajah makan dan naik gajah. Ape2 pun.. kami enjoy espc kanak2 Addiniku yg berkali2 nyanyi lagu
'Gajah berkaki empat.. gelek2
Hidung sangat panjang.. gelek2
Gading bercabang dua..
Tapi gajah tak makan orang.. gelek2'
kadang2 aku tukar lirik terakhirnya begini..
'Tapi gajah nak makan Amna... auuummmmm..
lalu.. si Amna pun berlari lintang pukang dikejar Gajah Hasya, Ibu gajah dan Abah gajah hahaaahaaa

Hari Raya Aidiladha







Salam Aidiladha

Raya di Chemomoi agak berbeza dengan kampungku. Kampungku akan meriah dengan korban dan agihan daging dari rumah ke rumah. Tiada rendang, lemang, kuih raya dan sebagainya seperti Hari Raya Puasa.

Tapi Chemomoi pula amat meriah seperti Hari Raya Puasa. Mak sibuk buat ketupat. hehee aku dah pandai buat sarung ketupat chaiyok2! Makwan dan lain2 sibuk bakar lemang. Rendang akan dibuat, nasi himpit dimasak dengan kuah kacang. Di sesetengah rumah lain akan dilengkapi dengan biskut raya dan kuih muih.. best jugak.

Rumah mak kali ini meriah dengan rumah baru. Cantik, hebat bergaya.. Insyaallah lantai tile mewah akan dipasang nanti.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini