Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, December 10, 2009

Aku tak sukaaaa

Aku boleh control stress kalau ia berpunca dari diri sendiri atau bebanan kerja, belajar atau persekitaran yang memang tak boleh dielakkan.

Tapi aku cukup tak suka kalau stress tu berpunca dari orang lain.. haishhhh geram betul.

Aku dah tanya pada 'orang tu' tentang kerja yang perlu dilakukan. Aku melaksanakan dengan cukup teliti, kemas, bersungguh dan selesai dalam masa yang lebih awal dari yang sepatutnya. Tapi tup tup semalam.. dalam meeting, kami (bukan aku sorang..) dimakulumkan oleh 'orang tu' yang kerja tu sepatutnya perlu dilakukan dengan cara lain. Habis camne tu.. bertimbun banyaknyer aku kena buat semula.. banyak giler tu.. kena print semula, coding, cop, cop, banyak tuuuu...

Aku masih tak dapat mengawal stress kali ni. Semalam, balik kerja aku pulun vakum kereta, basuh kereta.. jiran2 tengok pelik jer. Almaklumla aku tak pernah basuh kereta kat rumah.. mesti hantar kedai. Hinggakan ada jiran aku tanye.. basuh kereta tu sebab nak amik kereta baru ker.. hu huuuu

Selesai cuci kereta, aku sambung tengok nur kasih. Kemudian, aku sambung kemas rumah. Alih perabut kat sini.. kat sana... haha macam berseri jer rumah. Lepas tu sambung jemur baju, basuh pinggan.. mcm2 benda aku buat smlm. Pukul 12 baru tido dalam kepenatan.. dan sungguh lena.

Memang patut pun aku sibukkan diri camtu. Bimbang aku tak boleh tido lena memikirkan stress yang berpunca dari orang lain..

mmmmm... doakanlah arini mood aku dalam keadaan stabil hehee..

2 comments:

#5 said...

dari dulu, asal 'ngamuk' je mesti alih grobok. Bukti:
Tarikh; lupa
sebab: lupa
Lokasi: Klinik Desa Serada, Bilik tok wan.

Tul x?

Engku Artini said...

hehe ye ker.. dok ingat.. bukan ngamuk..'protes halus' namanyer.. hehhee

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini