Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, January 24, 2010

Rahsia Jalan Raja Muda Abd Aziz

Haaa... dah tau dahhh..
Rahsia si pengunjung dr Jln Raja Muda ni ... i dah jumpa dahhh
patutlaaaa
rupanye diaaa
nak tau camne i tauu..?
sbb i acces dis intenet dr addres yg sama dgn pengunjung ni..
haaaaa jgn nyorok lg
rahsia dh tak jd rahsia...
hahahaaaa i like

Monday, January 18, 2010

Perangggggg!!!

Salam
Peperangan bermula.
1. Kuliah, asignment, projek, kuiz, test, final exam - aku yg perlu melalui
2. Kuliah, asgnmnt, projek, kuiz, test, final- aku yg perlu menyibukkan diri membantu pelajar hingga berjaya
3. main, jalan2, ronda2, mkn2, happy dgn family

Aku dh berada di medan perang
aku keluarkan semua senjata yg ada untuk bertarung
hahaaa doakan aku semua!!

Saturday, January 9, 2010

Aku tak kuat..

Pagi ni kelas bermula. Semester ke-3 kuliah bermula semula..

Tetapi akibat terlalu lama dimanjakan kakak dan ipar, aku merasakan kesusahannya kali ni.. sangat susah, menyusahkan dan melemahkan semangatku. Aku lemah dan longlai.. tak berdaya untuk berjuang pd semester ini . Biasanya mereka akan jemput dan hantar aku ke kuliah dan bermalam di rumah mereka. 2 semester mereka begitu banyak berjasa..

Aku tiba di Puduraya pukul 5 pg. Terpaksa tukar bas lain untuk ke Shah Alam. Aku takkan naik dah bas ni. Menyusahkan orang jer. 2 drebar bas pakat tukar penumpang ke Shah Alam naik bas A, ke Klang naik bas B. Jadi yang untungnyer mereka. Yang susahnyer aku jugak.. dengan beg lg.. sib baik tak tido mati td.

Pastu tiba syeksen 17 shah alam pukul 5.30 am. Tunggu cerah sebab takut nak naik teksi sorang2 pagi buta. Kul 6.05, aku naik teksi ke Masjid Seksyen 2. Solat, tunggu cerah lg takut nak jalan kaki sorang di pg hari. 7.05 Aku keluar masjid. nak tuju Bas stop syeksen 2 or terus ke UiTM? Tengok mcm UiTM dh dekat. Macam jarak lebih kurang sama jer.. aku pun jalan.. jalan .. jalan .. masuk UiTM.. mak aii.. jauh jugak.. pastu panjat bukit.. panjat lg.. panjat lg.. tapp terpijak taik.. puitt .. ishh.. sapu2 dgn daun.. mane ada kain nak sapu.. pastu berenti.. penatnyer. jalan lg.. panjat tangga lagi.. berenti.. penat.. aduss.. aku nangis.. aku tak kuat.. susahnyer nak cari ilmu.. hampir 2km jalan huhuuu

Naik lif, ke level 14, pintu opis tutup lg. masuk toilet (unt lecturer ajer..) tp aku masuk juga.. then, ada lecturer masuk. aku segan turun ke tandas student level 13. mandi.. mandi.. tukar bj.. bedak sket.. then naik semula level 13, pass hadiah dr indra dlm box. then go to level 12. kunci lg.. tunggu.. tunggu.. 8.15 baru abg kunci dtg. Masuk.. pass hadiah dr su and dr radiah. masuk kelas.. cop tempat 4 kerusi. go to surau. nak lelap mata.. vv kol.. dh sapa dlm kelas. bimbang pulak kalau tido ni.. mau terlajak.. terus bangun masuk kelas..

hu huuuu jumpa eda, zurai, azrul, k maznah, farah, fiza, cik bakri, students baru, kenalan dr shah putra n kpm kuantan.. hahahaaaa aku bersemangat semula.

Tapi.. berilah kekuatan semula padaku. dari Mu Ya Allah

Monday, January 4, 2010

Bini Boote!

Jalan2 diteruskan dengan misi utama .. Reunion 20 tahun Asrama Felda suami. Sekali lagi aku diperkenalkan kepada kawan2 suami. Kali ni sebagai .. bini BOote! hehe.. Boote tu nama glamer BUTA. Mereka semua ada nama gelaran. Ayam, Lanun, Bulan, ntah ape2 lg. Masa mula2 kenal geng hubby pun, aku tak brape paham ape ke name diorg panggil dia. setau aku org panggil dia Din jer. last2 pecah jugak rahsia dia. Buta tu gelaran sebab dia memang terer timang bola takraw.. sambil pejam mata pun bola tak jatuh. so.. lekatla nama BUTA. nak komersialkan ejaan dia pun tulis Boote.. sebut 'buta'..

dan alhamdulillah. semua perancangan reunion pun berjalan lancar. aku gembira sbb dia pun gembira.

ok hv to go.. nanti sambung lg dgn foto!

Bini Adik Din..

Pertama kali setelah 6 tahun kahwin, aku balik ke kg halaman mertua, Ayer Hitam Kedah. Bukannya tak mau balik, tapi takde kesempatan dan mak pun dah 6 tahun juga tak balik. Maklumla ibu dan ayah mertua dah tiada.. hanya mengunjung sedara terdekat. Kami balik pun bersempena kenduri kahwin anak Pak Ngah.

Lalu aku pun diperkenalkan oleh mak sebagai.. ni bini adik din.. . Semasa kami berkahwin, hanya Paksu dan Mak su yang datang . Jadi, ni la masanya aku mengenali mereka. Dan akhirnya aku sendiri memperkenalkan diri sbg bini adik din setiap kali bersalam.

Di kesempatan itu juga, kami mengunjungi Mak Cik. Satu2nya adik mak yang tinggal. Semua adik beradik Pak dan Mak telah meninggal. Agak sayu melihat jejak kasih ni. Terputus hubungan agak lama akibat jarak.

Kemudia kami ke rumah Tok Wa. Bini arwah Pak Long. Matanya buta. Rumahnya sangat uzur..
Ke rumah arwah Pak Su. Sepatutnya rumah dihuni oleh Mak Su dan anaknya. Tapi, mereka hilang entah ke mana. Bimbang kedatangan Mak untuk menuntut hutang jualan tanah yang belum langsai. Memang kehilangan mereka dah lama dijangka. Pak Su mati pun tak dibagitau Mak. Takut mak datang tuntut hutang. Manusia.. manusia. Hutang dunia perlu diselesaikan di dunia. Kesian pada mereka yang meninggal..

Kami juga ke rumah Salwani. Anak Cik Jara. Sarat dia menunggu hari kelahiran cahaya mata ke-3. Mungkin dah bersalin..
Dan kami sempat jalan2 di Padang Besar Perlis, Pekan Rabu atau nama glamer Che Det Mall, juga ronda2 bandar Alor Star.

Cuti2 Malaysia

Siri cuti2 malaysia kami bermula di Trg
17-25 Dec- Rumah Tok Ma, Manir
25-26 Bentong
26-29 Ayer Hitam, Kedah & Padang Besar Perlis
29-1 Kulim, Penang
1-2 Puchong
2-3 KL

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..

Selamat tahun baru 2010

Salam sejahtera

Terima kasih kepada semua pengunjung blog. Maaf blog lama tak diupdate. bercuti panjang 17 hari hehe.. jgn jeles. Nanti akan diupdate cite2 baru.

To all my visitors, harap sudi perkenalkan diri untuk eratkan silaturrahim. ini antara list visitors yang mengunjungi blog dr 20 Dec -3 Jan
1. Penang
2. Batu caves
3. Kl
4. Marang
5. Negeri Sembilan
6. Intel.. mestila si #5 nih
7. Mentakab
8. Johor bahru
9. yang paling kerap ..
Celcom internet service provider, Kuala Lumpur - 21, 28, 1,
Jalan Pantai baru Kuala Lumpur - 24, 27,2,4
Telekom Malaysia Bhd Kuantan - 24, 29, 31,
VDSL network sdn bhd Marang 22, 27, 3.. si # 6 ker nih??

Saya juga mengharapkan semua yang terbaik untuk tahun 2010 untuk kita semua. Azam?? tak sempat nak berazam sebab sibuk dgn cuti2 malaysia hehee

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini