Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, January 4, 2010

Bini Adik Din..

Pertama kali setelah 6 tahun kahwin, aku balik ke kg halaman mertua, Ayer Hitam Kedah. Bukannya tak mau balik, tapi takde kesempatan dan mak pun dah 6 tahun juga tak balik. Maklumla ibu dan ayah mertua dah tiada.. hanya mengunjung sedara terdekat. Kami balik pun bersempena kenduri kahwin anak Pak Ngah.

Lalu aku pun diperkenalkan oleh mak sebagai.. ni bini adik din.. . Semasa kami berkahwin, hanya Paksu dan Mak su yang datang . Jadi, ni la masanya aku mengenali mereka. Dan akhirnya aku sendiri memperkenalkan diri sbg bini adik din setiap kali bersalam.

Di kesempatan itu juga, kami mengunjungi Mak Cik. Satu2nya adik mak yang tinggal. Semua adik beradik Pak dan Mak telah meninggal. Agak sayu melihat jejak kasih ni. Terputus hubungan agak lama akibat jarak.

Kemudia kami ke rumah Tok Wa. Bini arwah Pak Long. Matanya buta. Rumahnya sangat uzur..
Ke rumah arwah Pak Su. Sepatutnya rumah dihuni oleh Mak Su dan anaknya. Tapi, mereka hilang entah ke mana. Bimbang kedatangan Mak untuk menuntut hutang jualan tanah yang belum langsai. Memang kehilangan mereka dah lama dijangka. Pak Su mati pun tak dibagitau Mak. Takut mak datang tuntut hutang. Manusia.. manusia. Hutang dunia perlu diselesaikan di dunia. Kesian pada mereka yang meninggal..

Kami juga ke rumah Salwani. Anak Cik Jara. Sarat dia menunggu hari kelahiran cahaya mata ke-3. Mungkin dah bersalin..
Dan kami sempat jalan2 di Padang Besar Perlis, Pekan Rabu atau nama glamer Che Det Mall, juga ronda2 bandar Alor Star.

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini