Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, February 24, 2010

Yesss!!

Yess Alhamd.. dh siap asgment yg sgt susah ni. Corporate governance in Hungary. Negara tu pun aku jarang dengar ni kan pula nk discover pentadbiran negara tu. Tapi, alhamd dh siap. Sabtu present. wish me luck k

so, mlm ni leh bfoya2.. lepak2.. ENJOYYYYYYYYYY yahoooooo

Maafkanku

Semalam..

6.30 pm aku dh berada di depan meja study, dlm bilik kat rumah. Tengah khusyuk layan assignmnet.. Amna datang minta pen n kertas.. aku layan. Kemudian, Hasya datang tunjukkan lukisan yang dia warnakan. cantikk kataku.
pastu, Amna datang lagi..minta lukiskan gambar cat, gambar bintang dan macam2.. pastu Hasya pulak datang minta tanda right untuk lukisan dia dan lukiskan bintang serta tarikh mcm yg selalu dibuat oleh cikgu2 sekolah...

haaa... masaku dicuri mereka. Kadang aku minta mereka supaya jangan kacau aku, kesian kan. Kadang Dear datang jenguk.. bersembang seketika.. mungkin dia juga nak kan perhatianku.. Aku akan berhenti seketika tuk solat dan makan. Pastu concentrate semula di meja study.

11.30 Amna datang merengek2.. nak duduk dukung.. aku pun peluk di ribaanku sambil buat assigment. Dia rengek2 lagi.. munkin nak tido. Dia minta baringkan di katil sebelah meja.. sambil genyeh2 mata.. hu huu.. sian anak ibu ni.. okla tunggu ibu habiskan keje jap yek. kan kita masuk bilik..

Aku sudahkan apa yang patut. Journal berselerak atas meja kubiarkan. Cuma laptop dan printer dioffkan. Kami masuk bilik.. beriringan. Ku kejut Dear yang dah lama lena di depan tv.. Dan Amna.. macam biasa.. nak tido ngan Abah.. huhu.. Amna tido peluk Abahnya.. huhu.. merajuk aku.

So.. mana masaku dengan mereka. Mana masaku bermain2 bersuka ria dan berbual mesra ngan hubby..

Maafkan aku sayang.. 1 bulan lagi. InsyaAllah...

Sunday, February 21, 2010

Rindu Bangat!

Aku.. sekarang.. semalam.kelmarin.. di Subang dan UiTM

Ke kelas dan buat assgignment. Tapi.. semester ni sungguh banyak masa terluang. Aku cukup rindu pada mereka. Aku terbayang2 Amna yang akan tidur malam bertemankan pelukanku. Teringatkan Hasya yang suka berleter dan suka mewarna buku dan lukisan..

Aku sentiasa teringatkan mereka. Ketika buat assignmt, tika discussion, tido malam, walhal tika jawab test pun aku terbayangkan mereka.
Dan mereka2 yang ada anak jer yang akan paham perasaan aku. Mereka ini saja yang paham tentang harga setiap minit yang dibazirkan. Inilah yang dikatakan masa umpama emas. Bagiku masa itu lebih dari emas nilainya..

Aku stress ketika menjawab test semalam. Agak susah dan tak kunafikan kedaifanku menjawab soalan. Aku stress teramat. Ingin balik kuantan berhibur dengan anak malam ni juga. Tapi esok masih ada kelas dan dah berjanji dengan Zila, kenalan di Kuantan untuk memandu pulang bersamanya esok. Oklah.. padamkan keinginan membaramu itu Artini!

10 malam.. sms dari Eda.. 'kelas Dr No esok cancel'. Chettt hampeh betul! Angin betul aku. Nape tak bagitau awal2. bleh aku balik mlm tadi. Tapi, masih ada perjanjian dengan Zila. Perlu balik temankan dia memandu. Haahh aku stress lagi.. semuanya perlu dikotakan. Tapi tak ramai orang paham erti kerinduan si ibu. Hanya Zurai yang memahami.. thanks my fren

Kuatkanlah hati Artini. lagi 3 jam bertolak balik Kuantan. Pastu lagi 3+ jam sampai Kuantan. 15 minit pastu akan jumpa mereka si jantung hati. Memandu jangan laju. . tak perlu jadi seperti pemandu F1.Takkan lari mereka.

huhuuu sungguh aku rindu. Hati menangis tak siapa nampak..

Wednesday, February 17, 2010

cuti .. cuti lagi

Today.. hari ke-3 raya cina.. selepas 4 hari cuti sabtu ahad + public holiday isnin selasa
tapi.. peel students ni.. tak pernah berubah..
yang rayanye cina.. tp yang melayu lebih2 pulak sambut raya
kelas arini.. 8 orang yg datang dari total 18 orang..
so tuk bagi fair.. i give lecture n exercise for them.., next week will be de quiz.. yang tak datang tu, pandai2 belajar sendiri yeerr

minggu lepas lg best.. ada pelajar yang sanggup tak datang test, alasan nak balik kg kt utara dengan family.. so, senang jer, i give ZERO jer. no more retest or special test tuk mereka2 ni.

cubala ubah mentaliti.. !

Kasih sayangnya..

Aku dibesarkan di rumah anak yatim Darul Falah Bukit Payung Kuala Terengganu. Aku diasuh dan dididik oleh Penyelia asramanya.. Hj Abdullah dan isterinya.. arwah Azizah .. (Al-Fatihah)

Aku dan mereka.. cukup rapat. Mungkin kerana kasih sayang dan tumpuan mereka untukku. 3 tahun aku bersama mereka sehinggalah aku membuat keputusan untuk berdikari dan tidak lagi berada di bawah payung mereka.

Utuh hubungan kami... terputus ketika aku melanjutkan pelajaran di universiti.. sehinngga aku tamat pengajian dan memulakan pekerjaan di Marang.. aku kembali kepada mereka.. hampir sebulan rutin harian, kutinggalkan motor di rumah mereka sebelum menaiki bas menuju ke tempat kerja.

Kemudian, hubungan terputus semula.. aku hampir melupakan mereka kerana sibuk dengan alam baru.. kerja. Tapi, kasih sayangnya tak putus, saban tahun ku terima kad ucapan hari raya darinya.

Undangan perkahwinan kuutuskan kepada mereka. Mereka datang seminggu awal .. kerana urusan keluarga pada hari perkahwinanku. Aku ingat sungguh semasa kunjungan mereka itu..

Pertemuan terakhir kami adalah mungkin pada tahun 2004 or 2005. Aku mengujungi mereka di hari raya. Kelihatan keceriaan di wajah mereka. Kemudian hubungan kami terputus semula

September 2009, ketika aku sedang sibuk mengulangkaji untuk persediaan terakhir peperiksaan sarjana, aku dikejutkan dengan panggilan..
'Assalamualaikumm'
'Waalaikumussalam... (suara lelaki mana la ni yang tipon tengah aku duk bz ni... bisik hatiku)
'... haaaa lamanye dok dengor kabo .. ni abang Loh ni..'
... dan aku terasa rindu yang teramat... hilang stress exam! kami berbual seketika. dia memaklumkan isterinya sakit kencing manis, dah dipotong kaki
Aku berjanji untuk mengunjungi mereka takkala habis kuliah november nanti.

dan.. hampir sebulan kemudian.. ketika aku masih terbayang2 untuk mengunjungi mereka, berada dalam dakapan kasih sayang mereka.. tetiba, panggilan diterima lagi darinya.. dengan kata2
'Abang Loh nk bagitau ni.. Kak Zah dah takde ni.. semalam.. dia selalu duk sebut.. engku artini.. bila nak datang..'

Aku terkesima. tersandar aku di kerusi empuk pejabat. Allah lebih menyayanginya.

Aku menunaikan janjiku untuk mengunjunginya di bulan November.. tapi sayang, dia tiada di rumah. Berada di Johor (rumah anak).. mungkin untuk menghilangkan resah dan kerinduan arwah.

2 minggu lepas, dia menghubungi aku lagi. Katanya di hospital, masalah jantung dan kolestrol.

dan minggu lepas aku mula menghubunginya.. betapa kasihnya dia padaku, betapa sunyinya dia tanpa peneman di rumah. Tapi, kedengaran suaranya seperti seorang tua yang kesunyian, kerinduan..

Teringin aku untuk membawanya menetap di rumah. Akan ku jaganya seperti dia menjagaku dengan penuh kasih sayang.. tapi, agak mustahil rasenya. sementalah aku yang sentiasa tiada di rumah, anak2 yang riuh rendah di rumah..

Teringat aku kisah dulu2..
1. dia sentiasa memberi peluang aku untuk sebarang pertandingan yang diadakan
2. dia bersungguh2 menjaga pelajaran dan kesihatanku
3. dia yang menunjukkan keputusan cemerlang SRP kepadaku dengan senyum lebarnya
4. dia membacakan surat ucapan terima kasihku kepadanya di depan semua kawan2 di asrama..

dan aku terasa sangat rindu pada kisah yang satu ini..
1. dia selalu membelai dan mengusap kepalaku.. beralaskan tudungku..dengan kasih sayangnya.. mungkin kerana anak yatim sepertiku rindukan belaian dari seorang yang mungkin bergelar ayah..seperti dia.

Hari ni.. aku mendoakan akan kesejahteraannya.. moga dia cepat sihat, hatinya tenteram dan tenang.. dimudahkan dalam segala urusannya. Kata ibuku.. hanya orang yang baik2 saja akan kehilangan isteri dahulu.. kerana biasa si isteri yang akan kehilangan suami terlebih dulu

Insyaallah, akan bertemu di kesempatan yang ada

Anak Lebai Din.. hihi

Hasya.. haha mcm anak ustaz!
bayangkan.. dia akan baca doa setiap kali..
1. nak tido.. okla biasala ni
2. bangun tido.. ok biasa lg
3. nk makan.. rutine
2. lepas makan .. normal

tp yg ketara sgt macam anak tok lebai bila dia duk baca doa ni
1. doa masuk tandas
2. doa keluar tandas

bayangkanla .. tiap2 kali dia nk masuk keluar tandas or bilik mandi, dia akan bc doa.. dan bayangkan lagi.. doa tu sangat panjang.. dibaca dengan speed 10 km/jam dan dalam 3 bahasa.. arab, malay n english..
dan bayangkan lg.. dia sanggup terkepit2 tahan kencing semata2 nk habiskan bacaan doa dulu..

dan bayangkan lagi.. anak tok lebai ni.. akan mengaji, baca surah al-iklas, al-fatihah, dan mcm2 surah lagi.. serta bacaan2 doa hafazannya di sepanjang perjalanan kami menaiki kereta ke sesuatu tempat.

hebat betul anak tok lebai din sorang ni! Alhamdulillah..

Jeles sungguh!

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm aku jelessssss!!!

kenapa?
1. semua orang berkumpul di rumah baru kak tina
2. semua orang tido kt rumah baru kak tina
3. sume orang makan nasik kenduri kt rumah baru kak tina
4. sume orang duk bersembang, lepak ramai2 jumpa tetamu, sedara mara kat umah baru k tina
5. sume orang duk basuh pinggan periuk belanga tanda kerjasama wonderpet sedang berlangsung

huhhhhh
tp aku..
1. duk kerja, marking paper, key-in markah, giving lecture
2. duk opis sorang2, concentrate keje, kul 7 baru balik dr opis.
3. mlm.. sambung marking paper, pastu buat assignment, print artikel sambil tengok tv tuk hilangkan takut duk sorang2 kt umah
4. tido sorang2 ..

yg paling jelessssss... aku duk sorang2 kt umah, yg lain sume balik kg!!!!

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh . sure takkan berulang lagi perkara ni! no way for excuses..

Friday, February 12, 2010

Agaian.. dejayu..

sama.. seperti ketibaan cuti Chinese New Year tahun lepas..

pagi.. aku keseorangan memandu.. tiada teman berbicara, tiada suara riang, tiada suara yang minta singgah di kedai belikan kuih, tiada suara orang menyanyi sumbang haha.. tiada orang yang geletekkan aku, tiada orang yg picitkan bahu.. Sunyi.. cuma kedengaran celoteh dj di radio

Sama, seperti tahun lepas.. mereka semua balik kampung di awal pagi.. tinggalkan aku keseorangan..

walaupun Dear bagi offer untuk tunggu habis kerja then tido di bentong.. tapi aku yang suruh mereka semua balik awal.. dengan alasan, mlm ni nk siapkan assgmnt. sbb nak bercuti dgn aman..

tapi, rasanya semuanye hampeh
aku kena siapkan marking 4 answer script students.. yang bertimbun tebalnyer uweeekkk
than, asgmnt tu rasenya amat mustahil bleh disiapkan mlm ni juga..

kesimpulannya, aku takkan dpt bercuti dengan istilah cuti yang sebenarnya..

hope everything fine tonite. temankan aku weehhh!

Thursday, February 4, 2010

kuih tuuu

terasa nak makan tepung kapur..!! nyum2 nyumm
dh bertahun rasenya tak jamah kuih tu
tiap ari aku boleh beli kt warong je ..
tapi aku tak nak yang tuuu
aku nak special punye!
made in Manir.. heheee
terbest in the world!
tiada bandingan
aku akan makan.. makan.. makan... sampai la habis
tapi mungkin air tangannya dah penat
fikirannya bercelaru
mindanya kacau
hatinya penuh tompok2 duka
simpati..

semoga air tangannya
sudi menyuapkan untukku
takkala sinar kembali menjelma
lukanya sembuh
tiada dompok2 lagi

hadirlah .. dalam jiwanya
dah lama dia menangis
since 1988

Lengkap!

Alhamdulillah

Aku miliki Ibu, Mertua
aku jua miliki seorang kakak
seorang abang
seorang kembar
seorang adik lelaki
seorang adik pompuan
seorang suami
2 orang anak .. walaupun pomp

so.. aku bersyukur.
tak ramai org yg ada keistimewaan begini
perasaan sebagai..
seorang adik kepada abang dan kakak
seorang saudara kembar
kakak kepada adik lelaki dan pomp

lengkap dan sempurna
semua dah kembali
walau apa berlaku
air dicincang takkan putus
janji pada Ilahi
takkan putus lagi!

Cantik

Hati cantik bila disertakan keikhlasan
aku amalkannya..
tiada balasan dipinta
cuma harapan tinggi menggunung
kejayaan dan kasih sayang!

Kosong

Agaian..
buntu

Esok Jumaat, cuti
Sabtu, Ujian menyusul
Ahad, balik rumah semula

tapi jiwa bergelora
Rindukan Amna
Rindukan Hasya
and for sure rindukan Dear..

Aku perlu masa
untuk bermalas malasan di rumah
menikmati kehijauan pokok di laman
menghirup udara segar di petang hari
berkejaran dengan keletah si comel
juga berjumpa bonda nun disana
aku rindu mereka

ahhh merapu sudah
sabar diperlukan untuk 2 bulan
tak lama daaa
sem depan bleh lepak2, mkn2, jln2,
lepak sesuka hati

Hati

Hati yang suci
berbicarala sejujurnya
bahawa aku mengharapkan seperti mereka
sama seperti impian kalian
disayangi dan menyayangi
dikasihi dan mengasihi
dilimpahi kasih sayang
dimudahkan atas segala
diberkati sepanjang hayat
dirindui dan merindui

Hakikatnya diaturkan Allah jua..

Wednesday, February 3, 2010

Balanced..

Hehe.. gambo bukit bendere kt atas ni.. nampak cam hv equal height..hehe no more problem ngan balancing hahaa.. i likee!! jgn jeles noo org ganu, kerteh n org kl tuuuu

Tuesday, February 2, 2010

One Husband Four Wives

Prof Madya Dr Noraini pesan.. satu jawapan yang lengkap mesti ada One Husband Four Wives !
H-how
W-why
W-who
W-when
W-What

tapi aku takde jawapan untuk WHY?? please xplain to meee!!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini