Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, February 17, 2010

Kasih sayangnya..

Aku dibesarkan di rumah anak yatim Darul Falah Bukit Payung Kuala Terengganu. Aku diasuh dan dididik oleh Penyelia asramanya.. Hj Abdullah dan isterinya.. arwah Azizah .. (Al-Fatihah)

Aku dan mereka.. cukup rapat. Mungkin kerana kasih sayang dan tumpuan mereka untukku. 3 tahun aku bersama mereka sehinggalah aku membuat keputusan untuk berdikari dan tidak lagi berada di bawah payung mereka.

Utuh hubungan kami... terputus ketika aku melanjutkan pelajaran di universiti.. sehinngga aku tamat pengajian dan memulakan pekerjaan di Marang.. aku kembali kepada mereka.. hampir sebulan rutin harian, kutinggalkan motor di rumah mereka sebelum menaiki bas menuju ke tempat kerja.

Kemudian, hubungan terputus semula.. aku hampir melupakan mereka kerana sibuk dengan alam baru.. kerja. Tapi, kasih sayangnya tak putus, saban tahun ku terima kad ucapan hari raya darinya.

Undangan perkahwinan kuutuskan kepada mereka. Mereka datang seminggu awal .. kerana urusan keluarga pada hari perkahwinanku. Aku ingat sungguh semasa kunjungan mereka itu..

Pertemuan terakhir kami adalah mungkin pada tahun 2004 or 2005. Aku mengujungi mereka di hari raya. Kelihatan keceriaan di wajah mereka. Kemudian hubungan kami terputus semula

September 2009, ketika aku sedang sibuk mengulangkaji untuk persediaan terakhir peperiksaan sarjana, aku dikejutkan dengan panggilan..
'Assalamualaikumm'
'Waalaikumussalam... (suara lelaki mana la ni yang tipon tengah aku duk bz ni... bisik hatiku)
'... haaaa lamanye dok dengor kabo .. ni abang Loh ni..'
... dan aku terasa rindu yang teramat... hilang stress exam! kami berbual seketika. dia memaklumkan isterinya sakit kencing manis, dah dipotong kaki
Aku berjanji untuk mengunjungi mereka takkala habis kuliah november nanti.

dan.. hampir sebulan kemudian.. ketika aku masih terbayang2 untuk mengunjungi mereka, berada dalam dakapan kasih sayang mereka.. tetiba, panggilan diterima lagi darinya.. dengan kata2
'Abang Loh nk bagitau ni.. Kak Zah dah takde ni.. semalam.. dia selalu duk sebut.. engku artini.. bila nak datang..'

Aku terkesima. tersandar aku di kerusi empuk pejabat. Allah lebih menyayanginya.

Aku menunaikan janjiku untuk mengunjunginya di bulan November.. tapi sayang, dia tiada di rumah. Berada di Johor (rumah anak).. mungkin untuk menghilangkan resah dan kerinduan arwah.

2 minggu lepas, dia menghubungi aku lagi. Katanya di hospital, masalah jantung dan kolestrol.

dan minggu lepas aku mula menghubunginya.. betapa kasihnya dia padaku, betapa sunyinya dia tanpa peneman di rumah. Tapi, kedengaran suaranya seperti seorang tua yang kesunyian, kerinduan..

Teringin aku untuk membawanya menetap di rumah. Akan ku jaganya seperti dia menjagaku dengan penuh kasih sayang.. tapi, agak mustahil rasenya. sementalah aku yang sentiasa tiada di rumah, anak2 yang riuh rendah di rumah..

Teringat aku kisah dulu2..
1. dia sentiasa memberi peluang aku untuk sebarang pertandingan yang diadakan
2. dia bersungguh2 menjaga pelajaran dan kesihatanku
3. dia yang menunjukkan keputusan cemerlang SRP kepadaku dengan senyum lebarnya
4. dia membacakan surat ucapan terima kasihku kepadanya di depan semua kawan2 di asrama..

dan aku terasa sangat rindu pada kisah yang satu ini..
1. dia selalu membelai dan mengusap kepalaku.. beralaskan tudungku..dengan kasih sayangnya.. mungkin kerana anak yatim sepertiku rindukan belaian dari seorang yang mungkin bergelar ayah..seperti dia.

Hari ni.. aku mendoakan akan kesejahteraannya.. moga dia cepat sihat, hatinya tenteram dan tenang.. dimudahkan dalam segala urusannya. Kata ibuku.. hanya orang yang baik2 saja akan kehilangan isteri dahulu.. kerana biasa si isteri yang akan kehilangan suami terlebih dulu

Insyaallah, akan bertemu di kesempatan yang ada

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini