Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, February 21, 2010

Rindu Bangat!

Aku.. sekarang.. semalam.kelmarin.. di Subang dan UiTM

Ke kelas dan buat assgignment. Tapi.. semester ni sungguh banyak masa terluang. Aku cukup rindu pada mereka. Aku terbayang2 Amna yang akan tidur malam bertemankan pelukanku. Teringatkan Hasya yang suka berleter dan suka mewarna buku dan lukisan..

Aku sentiasa teringatkan mereka. Ketika buat assignmt, tika discussion, tido malam, walhal tika jawab test pun aku terbayangkan mereka.
Dan mereka2 yang ada anak jer yang akan paham perasaan aku. Mereka ini saja yang paham tentang harga setiap minit yang dibazirkan. Inilah yang dikatakan masa umpama emas. Bagiku masa itu lebih dari emas nilainya..

Aku stress ketika menjawab test semalam. Agak susah dan tak kunafikan kedaifanku menjawab soalan. Aku stress teramat. Ingin balik kuantan berhibur dengan anak malam ni juga. Tapi esok masih ada kelas dan dah berjanji dengan Zila, kenalan di Kuantan untuk memandu pulang bersamanya esok. Oklah.. padamkan keinginan membaramu itu Artini!

10 malam.. sms dari Eda.. 'kelas Dr No esok cancel'. Chettt hampeh betul! Angin betul aku. Nape tak bagitau awal2. bleh aku balik mlm tadi. Tapi, masih ada perjanjian dengan Zila. Perlu balik temankan dia memandu. Haahh aku stress lagi.. semuanya perlu dikotakan. Tapi tak ramai orang paham erti kerinduan si ibu. Hanya Zurai yang memahami.. thanks my fren

Kuatkanlah hati Artini. lagi 3 jam bertolak balik Kuantan. Pastu lagi 3+ jam sampai Kuantan. 15 minit pastu akan jumpa mereka si jantung hati. Memandu jangan laju. . tak perlu jadi seperti pemandu F1.Takkan lari mereka.

huhuuu sungguh aku rindu. Hati menangis tak siapa nampak..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini