Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, April 7, 2010

Entry CINTA..

CINTA

Setelah tamat peperiksaan untuk 3 paper minggu lepas, maka tinggal satu paper jer lg yang perlu dihabiskan bg program master ni. InsyaAllah. Doakan yang terbaik untukku yer. Cuna berbaki 1 paper dan peperiksaan akhir pada 9 May nanti.

Maka bermula sesi berpoya2 aku dengan family tercinta.

HASYA..
Semalam, kata Hasya..

"Ibu, kakak kena denda berdiri dalam kelas semalam sbb tak bawa buku latihan kat sekolah."
alahai.. kesian dia. Tahun ni, dia dah mula kena buat latihan kat rumah.. yang simple2 jerla.. tapi oleh kerana bz nya ibu dia ni, maka aku selalu lupa nak tanya pasal latihan ni. Tetiba jer aku akan tengok dia duk sibuk buat latihan atau tanya aku cara menjawab. Huhuu nasih baik anakku ni tersangat rajin .. tak perlu disuruh..

dan aku mula rasakan perasaan cintaku pada Hasya.. sungguh mendalam. aku mula rasakan keinginannku untuk lebih mengambil berat perihal sekolah dan pelukanku untuknya.. makin utuh

AMNA

mmm.. aritu dia merajuk tak nak kawan ngan ibu.. aku paham.. sbb salah aku jugak .. seminggu tinggalkan dia sebab nak final exam. tapi sekarang ni, dia dah tak merajuk. dia akan tolong ibu jemur baju, basuh cawan, lipat baju, teman main, teman sembang.. dan yang paling penting adalah ..

"malam ni Anna nak tido dengan sape" "mmm anna nak tido ngann.. aaaa ibu'.. lalu aku pun tersengih bangga kat abah amna
"malam ni Anna nak tido peluk sape?" "mmm anna nakkkk pelokkkk IBU laaaaaa" lalu aku pun menjerit gembira sambil menjeling abah Amna tanda aku menang... hooreeyyy

itu tandanya Amna dah cintakan aku .. yessss alhamdulillah

My DEAR

mmm.. heheee malu ...(blushing muka i..)

dah lama kami (aku kut..) tak keluar same2..sambil menikmati keindahan waktu malam.. bersama hati yang kosong.. tak fikir pasal kerja, takde bercelaru ingatkan assingment or presentation yg tak siap2 lagi...

Isnin, fikiranku kosong jer .. kami ke Mega Mall.. menikmati special dinner di Pizza Hut (of course my favourite).. dengan ditemani gelagat puteri2 kami.. so enjoy..

dan yang paling specialnya..

kami sempat jalan sambil pegang2 tangan, kakak pegang tanganku, aku pegang tangan Dear, Dear pegang tangan Anna .. macam 4 serangkai..
dan yang paling bestnya mesti aku rasa sungguh istimewa..

dah lama tak jalan pegang2 tangan mcm zaman bercinta mula2 kawin dulu..
aku rasa mcm aku baru bercinta.. hihik .. malu...
syok.. ada orang sayang kita.. pegang tangan kita.. hihii...
hehe dan mcm orang bercinta la..
Dear pegang erat tanganku..
haha.. stoppp

Aku bahagia
Aku CINTA my Dear, Amna dan Hasya..
Aku rindu keluarga di kampung..!

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini