Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, June 6, 2011

Perantau..

Hajat di hati nak upload gambar2 sekitar cuti2 kami.. tp ala.. nantila..
dah lama nak cerita pasal kisah anak rantau ni

aku merantau dari tahun 1995

1995-1996 - Matrik seremban
1996-1999 - UKM, Bangi n Kajang
2000 - 2003 : Keje n stay area Selayang, Bangi, TTDI
2003 - recently : Kahwin n decide to stay at Kuantan (Taman Tas, Pelindung, Beserah)

emmm.. dah hampir 16 tahun rupenya aku merantau..
aku tak pernah kisah pada ketentuan Ilahi ini. Telah tertulis rezeki dan jodohku disini.
Hampir setiap bulan kami akan merantau samada ke Kuala Terengaanu atau Felda Chemomoi, Triang ..untuk pulang ke kampung

Tapi kan... sejak dua menjak ni kan.. ada je cerita member2 skolah lama aku..
dia juga merantau mcm aku.. tapi akhirnya ditakdirkan dapat pulang ke kg halaman setelah berbelas tahun merantau..

mek da..
dulu keje langkawi, suami kt selangor. anak2 kt terengganu with parents.. pastu ditakdirkan dapat tukar ke trg. Maybe for future planning.. almaklumlah suami pun org trg. Jadi, dapatla dia stay kt kg walaupun suami masih kt Selangor. Tak kisahla kan.. nanti2 suami leh tukar lah tu..

Ila..
Juga merantau lepas spm mcm aku.. keje kat tanjung malim. Then, dlm bulan lepas dpt result tukar trg gok. Walaupun hubbynye org tanjung malim, tapi sanggup ikut isteri tercinta balik kg halaman.. mmmm.. bestkan!

Merra
Juga merantau.. yang terakhir berada di Sabah sehingga dikurniakan 3 orang cahaya mata.. tapi takdir Allah menentukan 2 orang anaknya dijemput Ilahi sepanjang mereka di sana.. dan Alhamdulillah, dah dapat tukar Selangor since this month..

Puan Roza..Asal Segamat. Merantau ke seluruh dunia menemani suami (Prof Muhd Kamil) belajar kt obersea dan keje seluruh kampus UiTM. Akhirnya ditakdirkan dapat berkidmat di UiTM Johor, menetap di Segamat dan dapat menjaga bapanya sehingga akhir hayat bapanya. Kini sedang dalam perancangan untuk menetap di bumi Mekah bersama bondanya dan keluarganya untuk mendekatkan dirinya kepada Allah


kan.. baguskan..
Itu semua nikmat Allah. telah ditentukan olehNya..
Yang pasti doa itu penting
Aku tak mengharap cuma kalaulah kami sekeluarga ditakdirkan untuk berbakti di kampung halamanku.. itulah rezki Allah yang amat aku nantikan dan syukur yg tak terhingga atas hikmat tersebut

Semuanya telah ditentukan oleh NYA
Doa yang terbaik untuk kami sekeluarga

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini