Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, June 1, 2011

Redha..

Sana sini semua orang dalam kesedihan. Cuba menerima dengan redha ketentuanNya..
Sahabat kami, Sharifah Maisara.. telah dijemput Ilahi pada 29 mei. Hari ni dah masuk hari ke-4 pemergiannya. Pemergiannya agak tragis kerana terlibat dalam kemalangan.

Aku bukanlah sahabat karibnya.. bukan juga kenalan yang selalu bertemu kerana berlainan kampus. Tapi meja kerja kami pernah berada sebelah menyebelah. Pusing belakang nampak dia, bersembang seketika.. dan pernah juga berkongsi cerita suka duka masing2. tapi itu dulu, 2-3 tahun lepas sebelum aku berpindah kampus. Aku juga pernah menulis kisahnya di sini

Aku tak tau kenapa.. hampir setiap malam, sebelum aku diulit tidur yang lena, aku mesti teringatkan arwah. Mindaku hampir tiap ketika mengingatkanku...

"Mai dah takde artini.. dia dah dijemput Ilahi. Dia dah selamat dikebumikan. Dia takkan muncul lagi di opis. Mejanya dah kosong kini. Dirimu takkan berpeluang lagi untuk berselisih bahu bertemu seketika di opis malah di mane2 saje. Cuma tinggal bayangannya. Dia dah pergi bersama kesakitan yang ditanggungnya akibat kemalangan tersebut. Dia pergi bersama tangisan pelajar2 kesayangannya. Dia akan dirindui semua. Redhala.. itu semua takdirNya"


Pagi ini, kami bersama2 membuat tahlil untuknya. Semoga dia ditempatkan bersama org2 yang beriman dan dicucuri rahmat atas rohnya..

Dan aku, masih tidak kuat even untuk menghampiri mejanya.. Aku tak berdaya lagi..

Al-fatihah

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini