Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, October 31, 2011

Day 11

Yessss Alhamdulillah! Itulah ayat pertama yang ku sebut sejurus terpandang puteri baru kami.. Durrah Khayla Addini bt Mahayudin.

Baby diuruskan kt tepi katil aku jer.. jadi, jelas kelihatan apa yang dilakukan oleh misi dari saat dia disambut oleh Dr Azizah dan kemudian diserahkan pada misi bertugas. Pandangan pertama itu juga telah menghapuskan semmmuuua aa sakit2 bisa2 yang kutanggung sebelum itu. Ajaib kan.. Yang penting syukur kerana semua dah selamat dan baby kami dilahirkan dengan sesempurna sifat kurniaan dariNya.

Kini, tika dan saat ini, Hasya Addini, Amna Addini dan Durrah Khayla Addini menjadi amanat dari Allah kepada kami agar dapat kami curahkan segala kasih sayang dan didikan yang secukupnya agar kelak puteri-puteri kami ini menjadi anak dan hambaNya yang solehah dan bertakwa. InsyaAllah.

Welcome Addini Junior

Aku menyayangimu, menyintaimu, mengasihimu sepenuh hatiku.
Kasihku takde galang gantinya..
Tangisan pertamamu membuatku menangis kegembiraan
Syukur tak terhingga atas kurniaan terindah yang ketiga ini
Excitednya aku… tak sabar untuk memeluk cium gerangan si comel ini
Jeritan batinku seakan didengari Doktor budiman
Lantas dibawanya kekasih hatiku ini disisi,
Ohhh comelnya puteri ibu
Inilah gerangan si dia yang malu-malu nak bertemu ibu ye..

Aku menciumnya, membelainya, memeluknya..
Ohhhh sungguh ibu rindukan kehadiranmu
Ibu akan menjagamu dan menyayangimu sepenuh hati ibu

Terima kasih Allah Mengurniakan mereka-mereka yang sunggguh bermakna dalam hidupku Suami yang sentiasa di sisi
Dan Bonda yang sanggup menemaniku dalam penatnya




video

Monday, October 17, 2011

jelessss sehhhh!!




sungguh gah mereka dgn baju konvo!! sepatutnya aku bersama mereka!!! dan hati aku tak dapat menipu dan berpura2 lagi... sungggguh hatiku sedih.. huaaaaaa!!

Monday, October 10, 2011

Kesedihan vs kegembiraan

yess.. ada hati yang terpalit kessedihan. bukan aku jer tp semua ahli keluarga..
dan aku cuba dan buat2 cuba melupakan kesedihan dengan memikirkan Addini kami yang bakal lahir dan my BIG DAY konvokesyen ..

dan untuk itu... aku akan selalu tepuk2 baby..

baby.. r u there...

hehee dan yesss dia akan mula beri respond!! even aku hanya bersuara dari dalam hati memanggil namanyer pun, dia akan mula gerak2kan badannyer.

semoga hadirmu akan menggembirakan kami yang sedang merasai kehilangannya

Al Fatihah untuk nendaku yang disayangi
menemui penciptanya pd malam yg mulia.. mlm jumaat, 06 Oct 2011
23 tahun selepas pemergian ayahanda kami, 05 Oct 1988

Monday, October 3, 2011

mmm... susahnye nak pilih nama..

first addini is HASYA
second addini is AMNA

tapi kali ni.. third addini.. ada banyak sangat list name yg kami suka.
dan ada 3 nama yang dishortlistedkan.
tapi takkan panjang benooo nama addini kali ni..

huu.. so, kami pilih 2 dari 3 nama tu..
tapi, cam tak brape cantik lak bila nama tu dicombinekan dengan addini

contohnya..
nama yang kami pilih.. one and two

so, namanye akan jadi,
one two addini
or
two one addini
or
addini one two

dan sebaliknyer..

huh... dan kak hasya cam biasa akan cadangkan nama yang ohhhh.. tak bestla nama tu sayang.. huuuuu

any idea?

amna pujuk baby..

hehe.. aku selalu pujuk baby..

'baby.. cepat keluar tau!! nanti boleh main kejar2 dgn kak amna n kak hasya! boleh tangkap belon buih yg kak amna tiup ni. kak amna dah pandai tiup belon banyakkkk sangat. nanti bestttt boleh kejar kak amna naik beskal tau!!'

maka kak amna pun selalu cakap ngan baby

'baby.. a'kum baby. ni kak amna. baby cepat keluar tau. kak anna tak sabar nak jumpe baby. nanti kita main sama2. nanti baby mkn nasik byk2 pastu nanti baby akan jadi lagi tinggi dari kak anna....!!!
'baby.. buat ape tu..'
'baby.. dah tido ke'
'baby.. tak boleh makan lagi sbb baby belum keluar. nanti baby dah keluar baby bolehla makan byk2!

dan kejap2 bila aku tengah bangun jalan2 dia akan peluk perut aku yg mcm dh belon ni.

heppynya aku tengok . semoga kasih sayang mereka kekal selamanya!!

Best ever moment!!

kami ke klinik untuk rawatan dan discussion dgn gynea. ohhh.. best juga dr ni. baik n explain everything yg kami tanye.

then, it's scan time.!! wah ok juga fasiliti kt sini. aku tak perlu laagi kena teleng kepala untuk tgk mesin scan kt tepi kepala aku mcm kt lain2 klinik. kali ni, dia dh linkkan dgn tv lcd 32' kat atas syiling setentang dgn mata aku kt katil. jd, mmg clear sungguh gambonyer walaupun tetap hitam putih.. (hehee.. ofcos ler, mane ada colour)

first, tengok kepala..

'mmmm umur baby dh 38 weeks tp size 36 weeks.. takpe, it's normal. okla. berat dh 3.1 kg. normal mcm berat kakak2nye lahir.

pastu, tengok jantung..
ok, good! laju. normal. sihat. ni sekeliling ni yg hitam .. air ketuban. masih banyak. yg ni pulak buah pinggang, usus, tulang belakang, tali pusat,bla.. bla... banyak lagi laa yg dia terangkan. klinik lain pun takde explain mcm ni. yelahh.. kdg2 aku tak paham gambar scan ni. so, kali ni banyak yg aku paham dah..

pastu ukur saiz kepala, saiz tulang peha
alhamd, semuanya ok

then, tetiba dr cakap...

'haaaa tengok ni, ni hidung dia, ni yang hitam mcm lubang ni.. mata dia.. dan tengok ni.. mulut dia... hahaaa tengok2 dia tengah makan tu.. duk kunyah2 sambil goyang tangan ...'

owhhh mane2 .. haaaaaa yessssssss mmg clear nampak pipi dia mak aiiii tembam mcm amna masa lahir dulu.. dan ehhh betullaa dia tengah kunyah!! sooo amazing!! mmgla ini bukan scan 4d or 3d, tapi aku boleh nampak gambar dia. lama juga dr ni bagi kami menikmati saat2 indah tengok dia tengah gerak2 sambil makan ni.. ohhhh... mmg sweeeet sangat!

sayangnyer kami tak dapat rakam moment indah ni. yelahh.. mane tau scanner kt klinik ni kira canggih la jgk.!!

dan aku duk terbayang2 lagi saat indah kt klinik tu. rase cam tak sabar nak tengok face 2 face!! rase mcm makin sayanggg kt baby nih..

bestnya kalau boleh scan tiap saat kan!!

dan konpemla kali ni kami boleh tengok samada our baby ni addini or addin. dan.. konpem kata dia..

'yessss u've complete charlie's angel now!'

dan kami terima berita tu dengan membayangkan senarai nama our addini kt freeze.
syukur atas kurniaan terindah dalam hidup kami ini

semoga kami dipermudahkan untuk next step amin..
doa yekkkkkkk

She's at 3.1 kg !

Yess confirm she's our third ADDINI!!

hahaa... ramai sungguh yang teka the baby is a boy!! aku cuma mengaminkan aje ape tekaan diorang ni kut2 masih ada harapan our adiini become addeen hehee.. (banyak juga barang2 baby kali ni kami pilih kaler biru ye laa dengan harapan yang sama..)

kami dah scan 3-4 kali, dan semua dr kata mcm girl sbb tak nampak. tapi scan baru ni... yesssssss konpem sudah!! she's cannot main sorok2 lagi hehee..

tapi takpe. complete our Charlie's Angels..! kate dr yang menyeken our baby ni. dan katenya lagi.. she's dah 3.1 kg!! fuhh minggu lepas baru 3.05 kg. minggu ni mesti tambah lagi tu.. patutla berat ibu kelek anak ibu ni.. tapi takpe, ibu tak kisah!! janji sihat walafiat.. amin

Semoga dia hadir dan memberikan sinar dan kegembiraan kepada kami seperti addini kami yang lain.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini