Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, October 31, 2011

Day 11

Yessss Alhamdulillah! Itulah ayat pertama yang ku sebut sejurus terpandang puteri baru kami.. Durrah Khayla Addini bt Mahayudin.

Baby diuruskan kt tepi katil aku jer.. jadi, jelas kelihatan apa yang dilakukan oleh misi dari saat dia disambut oleh Dr Azizah dan kemudian diserahkan pada misi bertugas. Pandangan pertama itu juga telah menghapuskan semmmuuua aa sakit2 bisa2 yang kutanggung sebelum itu. Ajaib kan.. Yang penting syukur kerana semua dah selamat dan baby kami dilahirkan dengan sesempurna sifat kurniaan dariNya.

Kini, tika dan saat ini, Hasya Addini, Amna Addini dan Durrah Khayla Addini menjadi amanat dari Allah kepada kami agar dapat kami curahkan segala kasih sayang dan didikan yang secukupnya agar kelak puteri-puteri kami ini menjadi anak dan hambaNya yang solehah dan bertakwa. InsyaAllah.

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini