Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, November 28, 2011

40 days sudaa

yeaa alhamd .. jap jer esok dh abis pantang. dan esok jg nk g mkn2 best sbb dh lamaaa benoo mkn ikan bakar n sawi as menu utama hahaaa.. aku n baby.. makin cuba untuk serasikan diri, walaupun kdg2 terpaksa mkn terkejo2, mkn dlm keta, smbg mkn slps 1 jam, masak gtu2 sbb x smpt nk masak best dll. yg lg haru, hubby terpaksa ambil alih tugas aku siang ikan or sotong, udang, ayam, sbb aku duk bf bby. tq laling. oye.. ari ke-40 ni, org pesan takleh wat keje berat2. sbb arinilaa semua urat yg putus ms bersalin aritu nk bersambung or berpaut semula. so, aku duk rilex2 jer smbil kemas bj dlm almari. tak lama dh nk kena keje semula. huuuuu x dpt mandikan bby lg cam selalu.. bess tau mandikan bby ni. lg2 bila bby pn suke mandi!!

Friday, November 18, 2011

blogger problem!!

adussss.. dh la tak boleh login kut ie, kena donlod google crom, pastu view ntah ape2 ntah. dh brape kali aku edit entry sebelum ni supaya enter enter kt bwh.. tp camtu jugak jdnyer jd jgn marah aku kalau susah nk bacaa huu ohye.. td bby g klini.. cucuk!! uwaaaa nangis kejap je .. nice moment gerl!

Thursday, November 17, 2011

3 hari yg kelam kabut

(delay publish coz problem sign in) eh eh apsal tak bleh login kut ie. ni aku try kut mozila baru boleh .. hopefully masalah ni tak effect sampai aku tak boleh login terus dah ler.. huhuu ok berbalik pd tajuk kt atas ni.. huhuu mmg kelam kabut sgt. kalau post aku yg terakhir aritu, aku sedang bersuka ria sbb bby tidooo lenaaa sgt2, tp 3 hari berikutnya dia mula start uji kesabaranku .. bby dah tak tido 2-3 jam dah. dia tido plg lama setengah jam je. dan yg paling tak bestnyaaa dia banyak lena paling lama pun 15 minit je. so, masa 15 tu laa aku nk masak, nk mandi. nk makan, nk layan puteri lg 2 orang tu, nk rehat dan mcm2.. huuuu mmg haru!! kelam kabut sampaikan nk buka tenet pn tak nyempat. dan smlm lg mencabar, dah la tido 15 minit 15 minit je.. mlm td dia hanya lena start kul 1 pg.. aduss mmg penat sungguh! tp tulaa pengorbanan ibu kan.. masa ni laa aku rase tak sanggup nk jd suri rumah sepenuh masa.. rase nk hantar bby cepat2 kt pengasuh.. huuu.. jd, untuk elakkan masalah tu berterusan, semalam sambil nyusukan baby, sambil dodoikan dia, tidokan dia di riba, aku google. cara2 nk bg bby tido lenaaa.. byk juga tips nyer. tp ramai yg suggest jgn bby buai or puting. antara cadangan yg aku buat start mlm td.. 1. buat perjanjian dgn bby. masa time dia lali2 dh nk tido tu, pujuk baby supaya esok jd gud girl. tido lena2.. jd anak yg baik, jgn buat perangai mcm 2-3 hari lepas.. kesian kt ibu.. pastu klick jari ngan diaa.. hehee klick acah2 je laa sbb bby durrah kn pakai sarung tangan hehee 2. bedung masa dia tido.. yeahh.. arini aku bedung dia hehe 3. nyanyilaa ape2 lagu walaupun sore tak best hik hikk.. aku pun dodoikanla selawat dan sbgnya.. 4. tepuk2 punggung dia sambil dodoikan tu.. 5. kasi badan dia tido mengiring dan alas bantal kt belakang. kat atas belah satu lagi, letak bantal kecik.. yg ni mmg aku selalu buat dah.. dann alhamdulillah.. it works!! skrg ni dia dh tido 1 jam setengah daah. harap2, lepas ni baby akan tido lena lg dan jd gud girl lg yek mcm kak amna n kak hasya.. merekaa sangat bagusss!! tq my dear!! ** updated : bby tido 2jam 1/2 jam

Sunday, November 13, 2011

postnatal cost






oleh kerana si comel masih tdo.. aku nk senaraikan kos yg terlibat selepas bersalin

1. kos bersalin- 1996
bagi aku, aku sanggup perabis saving demi kesihatan dan keselesaan. aku tak pernah bersalin di hospital kerajaan tapi pernah 2 kali admit sebab misabortion. dan sungguh aku kurang selesa dengan servis n kemudahan yg disediakan. bukanlaa aku ni nk berlagak bersalin kt tpt mewah, tp bg aku, servis dan kemudahan serta keselamatan aku dan baby tu lg penting.. jd tak kisahlah kosnyer

2. kos jaundis - 513
yess baby kena admit masa hari ke-3 dia lahir. misi suh masuh GH tp aku decide pergi swasta lg demi keselesaan. seperti yg aku xplain kt atas, aku sanggup perabis duit demi baby

3. kos ngurut 3 hari - 200
ni jer pakej yg aku jumpa paling murah skali. siap tukang urut dtg rumah, dia mandikan aku dengan air serum, urut, tungku dan barut skali. urut bess tp yg kureng besnya ialah si xxx ni suke urut sambil soksek ngumpat hadusss

4. kos breast pump - 473
yg ni mmg dh plan nk beli b4 bersalin lg. tp x beli2 jgk lg hinggalah aku terpaksa beli sbb baby warded dan aku tak dpt menyusukan dia setiap masa. makaa.. aku terpaksa beli pump untuk kurangkan bengkak susu adusss sakit tau!! aku pilih spectra satu set lengkap. harap2 berbaloi untuk fully bf after this. hubby dh siap warning make sure beli n berbaloi2.. ye la bangg n pls do support me too!

5. kos barut - 17x2 = 34
aku dh ada bengkung. tp dh siap2 bw balik kg sbb plannyer after deliver terus nk balik kg. tp oleh kerana bby admitted kt kuantan, maka terpaksala aku pinjam bengkung kak leha. dia bg bengkung zrapp cosway. mmmm selesa sangat. tak perluu pakai tali2 lg, dan zrap dia pun senang jer untuk ejas.. so, aku decide beli sendiri kt cosway 2 untuk lg selesa pakai dari dada ke punggung.

6. kos jamu nona roguy - 133
mmg kena makan jamu. oleh kerana bby jaundis, maka aku tak beli apa2 jamu sehinggalah dia dh sihat. hampir seminggu aku tak mkn ape2 jamu lg. dan adusss mmg aku tak larat.. even nk langkah kaki or bangun dari kerusi pun aku rase sakit2 kaki n badan. dulu masa hasya aku beli set mustika ratu, masa amna beli set amway, tp semua set tu tak pernah habis aku guna.. mcm2 set dia bg dlm tu, tepek dahila, minumla, tepek perutla, cucian, mandian dan mcm2 laa. oleh kerana aku tak mboh membazir dh kali ni, maka aku decide beli set makan jer untuk tingkatkan kekuatan badan. mahal tu.. RM133 untuk 90 tablet equal to RM1.50 sebijik. uishh kena perabih jgk ni

7. kos minyak urut, tepek perut - 55
ni aku beli ngan tukang urut jer. murah pn murah janji mmg sesuai untuk orang lepas bersalin

8. kos urut hari ke-20 - 40
urut saje yek.. 40 ringgit untuk sejam jerk. mmmm kali ni mcm kureng best sket dia urut..

9. besen mandi baby - 20
hehee.. besen mandi hasya dulu dh reput. so, kena beli baru.. beli pn lps baby dh lahir warna pink.. aunty nora, ibu dh pandai mandikan baby dlm kolam tau.. hehe

ok.. ni antara kos2 wajib kut. maybe ada lagi tapi ntahler tak ingat sgt dah. ni pun belum masuk kos susu anmum for bf, pampers bby, kos travel pegi balik kg, wet tissue, dll..

nanti nk tulis kos b4 bersalin lak.. ni sume untuk rujukan n ingatan aku jer tau.. takde niat nk eksyen or ape2 jer

rutin harian

lamanyeerr tak bblogging.. banyak blogwoking je heheee... bz bee sejak tukar profesen dari lecturer jd surirumah sepenuh masa hahaa..

oleh kerana aku dh jd surirumah, maka kenalaa tuko jobscope. masa kerja ikut waktu baby Durrah Khayla.. hehee.. sbb dia big boss dlm rumah skrg ni. semua kena patuh arahan dia haha..

pagi

setiap pagi aku berazam nk bangun awal. seawal 7 pagi (sbb masih tak perlu
bangun solat subuh lg ihiks
) dan selewat 8.15 pg. tp hingga ke hari ni, baru 2 kali aku boleh bangun sebelum jam 8.15. Bangun maksudnya terus mandi sebab lps tu nak pakai barut dgn benda tepek2 kt perut tu laa.. sbb kalau bangun lewat, mandi pun lewat, maka tak lama laa aku bleh pakai benda tu.

pagi ni contohnya, aku mandi pukul 10. sbb big boss tak kasi aku bangun dari pukul 7 ke pukul 8+. dia sibuk nak kenyangkan perut dia heheee... (menyusu maksudku). maka, pukul 8+ tu aku angkat dia menyusu kt depan tv lak. hampir2 terlelap semula dia pastu jaga semula.. maka.. aku pk, jom laa kt mandi dulu b, lepas tu baru tido smula.. maka aku pun mulakan projek mandi kolam.. aku sukaa mandikan Durrah.. soo behave, dan dia pn mcm suke jer tiap kali mandi kolam ni..
lepas mandi, pakai baju, menyusu semula.. then mcm yg aku jangka dia pun tdo.. ohhh sweeetnya tengok dia tido.. nyenyak sangat. aku pun letak dia tido dlm playpen. biasanya dia mesti 2-3 jam. maka aku pun terus ala2 berpoye2 mandi air panas, pakai barut, masak2. mmmm masak sup ayam, goreng sawi, masak nasi.. zaassss pastu terus makan dgn kakak Hasya.. ohhhh besnyerr makan panas2..

bb Durrah?? ohh still tido lg.. aku agak dia mesti bangun kul 1++ kut.. so, aku pun lepak2 tengok jjcm, melodi.. hehheee pastu kul 1+ bby pun ehek eheekk nangiss.

pastu nyusukan semula.. pastu ehh ehhh sambung tido lg .. aku biarkan jer dia tido kt tepi aku kt sofa.. aku sambung tengok nona, ulangan aim.. then bby nangis semula. ingatkan dia nak bangun dahh.. boleh aku main2. tp ehh mcm nk nyusu lg. aku pn bagikn susu semula.. pastu ehhhh dia sambung tido lagiiii huuuu tak dapat aku nk main2 sembang2 lg. takpela. aku pun letak dia tido atas tilam comel dia kt depan tv, buka kipas no.1 jer, pasang kelambu. dan aku?? alaa boringnyer.. jd aku pun dptla update blog ari ni.. heheee peluang keemasan susah nk dpt ni..

petang

biasanya, lepas mandi pg, bby akan tido semula dalam pukul 1 or 2 oe 12 alamak lupela.. aku kena rekodlaa diary dia supaya senang aku ingat. japp2 kn aku buat semula rutin bby ni yer. sbb yg aku ingat, so far ni, aku sgt bz pd waktu siang sbb layan bby, nk masak lg, nk makan lg, jemur kain lg dan mcm2 laa..

malam

haaa aku suke mlm. sbbb it's my pleasure time. so far, tiap malam bby tido lena dari kul 7 hingga 6 pg. dia cuma akan nangis kejap2 untuk menyusu. dan biasanya pukul 7-10 mlm mmg dia akan tido lena. maka bermaharajalelalah aku untuk duk berehat2. bukak fb, blogwoking, menonton dan sebagainya..

haaaa boringnye arini, nak buat ape pulak ni?

macam macam ada..

semalam tengok aim.. tertengok sbbnya tak tau pun cite tu live mlm td.. hehe..

oleh kerana pengacaranya zizan, aku pun tengokla dengan harapan dptla aku tengok kelibat tok ti ker.. tp sampai sudah takde atau aku yg tak tertengok tak taulaa..

zizan n az.. oklaa. walaupun ac selalu duk kutuk zizan pasal pendek, tp zizan cam biasa akan cover dgn lawak spontan dia.. apaler ac ni.. huhh wat cacat majlis jer

tp ape yg buat aku tersenyummmm lebar sangat bilaa.. tengg tengggg

1.saat anuar zain diumumkan vokal terbaik lelaki.. )alaa dah agak dah mesti dia menang n dia mmg deserve 4 it pun kannn..) dia pun bangun senyum lebar yang buat aku cair hahaaaa dan tunduk hormat pada semuaaa....... ohhhh sukenyaaa aku part tu

2. ohhh ada sedutan lagu2 zaman remajaku.. rahmat mega, exist dan yg palinnnngg aku sukaa... part zamani keluar nyanyi lagu berhantunyaa... wahhhh bestt bessstt mmg terbaikkk laa semua.. tp yg frustnya si zamani ni pakai spek hitam laa plok.. adusss aku tak suke tengok orang tp x dpt tengok muka dia betul2.. huuu huuu.. anggapje laa mlm tu dia sakit mata kut, baru sejuk hati hahaa
duet
dan penutup acara tu biasanya mesti meletup kann.. dann yess ella!! oklaa aku tunggu! tp sedikit frust sbb bukan ella perform sorang2. dia duet dgn sape ntah,, jd show dia jd kureeengg bestt hampeh aku tunggu

mmmmmmm ok chalo!

Wednesday, November 2, 2011

aku teruja!!

After giving a birth, ada beberapa perkara yang buat aku rase saaaangat excited, kagum, pelik, hairan bin ajaib, dan bangga bila aku tengok or buat.. hehe.. mybe bg orang biasa2 (aku orang istimewa sbb dpt menambahkan ummat ..hehe), alaaa benda tu tak pelik pun..

1. First skali.. aku rase teruja sangat bila misi kt dalam labour room ambil sikat dan sikatkan rambut baby.. wahh,, dah siap boleh sikat rambut dalam masa beberapa minit selepas dilahirkan. kagumnya aku atas kuasa Allah.

2. kedua.. aku dah boleh berjalan tanpa pegang atau ampu perut lagi.. yeeaaa sungguh aku rasa teruja. kalau selama ni aku kena susah payah bangun dari kerusi sambil ampu perut yang membulat hehee.., ataupun kena slowly ampu perut bila setiap kali nak mengiring kiri atau kanan atas katil. aduhh.. terasa mcm ada benda jatuh bergolek kalau aku tak pegang perut.. hehee.. lucu lucu.. semua tu tinggal kenangan (kenangan..or akan berulang lagi?? takpe, aku suka moment ni heheee)

3. aku dah boleh pegang kuku kaki sendiri. boleh potong kuku kaki sendiri dengan mudah. boleh pakai stoking sendiri.. suke2 sukeee..

4. dah boleh melompat.. haishh giler ape nk melompat masa pantang ni. maksud aku, badan aku dah ringan, boleh berlari2 kejar amna n hasya n tangkap belon buih kt tepi pantai nanti.. ishhhh lambatnya day 40

5. mmmm ape lagi yerk.. sebenarnya banyak. tp yg no.1 dan no.3 kt atas ni adalah antara beberapa perkara yang buatkan aku saaaaaaaangat teruja.

mmmm planning nak buat baju gaun untuk my 3 little addini.. mesti comel. tp bila plak nk g shoping kain cotton nish..

mmmm aku nak donlod video best baby durrah.. tp mak aiiii tenet slow bangat. nk donlod gambo pun susah inikan pula video. nanti bila2 senang kn aku tepek

ohyee.. aku dah tak berapa sedih dah sbb tak dapat pegi konvo aritu. sbb... mestilah sbb teruja dapat bby!! teruja melahirkannya on my convocation day a.k.a birthday Amna juga..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini