Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, November 13, 2011

rutin harian

lamanyeerr tak bblogging.. banyak blogwoking je heheee... bz bee sejak tukar profesen dari lecturer jd surirumah sepenuh masa hahaa..

oleh kerana aku dh jd surirumah, maka kenalaa tuko jobscope. masa kerja ikut waktu baby Durrah Khayla.. hehee.. sbb dia big boss dlm rumah skrg ni. semua kena patuh arahan dia haha..

pagi

setiap pagi aku berazam nk bangun awal. seawal 7 pagi (sbb masih tak perlu
bangun solat subuh lg ihiks
) dan selewat 8.15 pg. tp hingga ke hari ni, baru 2 kali aku boleh bangun sebelum jam 8.15. Bangun maksudnya terus mandi sebab lps tu nak pakai barut dgn benda tepek2 kt perut tu laa.. sbb kalau bangun lewat, mandi pun lewat, maka tak lama laa aku bleh pakai benda tu.

pagi ni contohnya, aku mandi pukul 10. sbb big boss tak kasi aku bangun dari pukul 7 ke pukul 8+. dia sibuk nak kenyangkan perut dia heheee... (menyusu maksudku). maka, pukul 8+ tu aku angkat dia menyusu kt depan tv lak. hampir2 terlelap semula dia pastu jaga semula.. maka.. aku pk, jom laa kt mandi dulu b, lepas tu baru tido smula.. maka aku pun mulakan projek mandi kolam.. aku sukaa mandikan Durrah.. soo behave, dan dia pn mcm suke jer tiap kali mandi kolam ni..
lepas mandi, pakai baju, menyusu semula.. then mcm yg aku jangka dia pun tdo.. ohhh sweeetnya tengok dia tido.. nyenyak sangat. aku pun letak dia tido dlm playpen. biasanya dia mesti 2-3 jam. maka aku pun terus ala2 berpoye2 mandi air panas, pakai barut, masak2. mmmm masak sup ayam, goreng sawi, masak nasi.. zaassss pastu terus makan dgn kakak Hasya.. ohhhh besnyerr makan panas2..

bb Durrah?? ohh still tido lg.. aku agak dia mesti bangun kul 1++ kut.. so, aku pun lepak2 tengok jjcm, melodi.. hehheee pastu kul 1+ bby pun ehek eheekk nangiss.

pastu nyusukan semula.. pastu ehh ehhh sambung tido lg .. aku biarkan jer dia tido kt tepi aku kt sofa.. aku sambung tengok nona, ulangan aim.. then bby nangis semula. ingatkan dia nak bangun dahh.. boleh aku main2. tp ehh mcm nk nyusu lg. aku pn bagikn susu semula.. pastu ehhhh dia sambung tido lagiiii huuuu tak dapat aku nk main2 sembang2 lg. takpela. aku pun letak dia tido atas tilam comel dia kt depan tv, buka kipas no.1 jer, pasang kelambu. dan aku?? alaa boringnyer.. jd aku pun dptla update blog ari ni.. heheee peluang keemasan susah nk dpt ni..

petang

biasanya, lepas mandi pg, bby akan tido semula dalam pukul 1 or 2 oe 12 alamak lupela.. aku kena rekodlaa diary dia supaya senang aku ingat. japp2 kn aku buat semula rutin bby ni yer. sbb yg aku ingat, so far ni, aku sgt bz pd waktu siang sbb layan bby, nk masak lg, nk makan lg, jemur kain lg dan mcm2 laa..

malam

haaa aku suke mlm. sbbb it's my pleasure time. so far, tiap malam bby tido lena dari kul 7 hingga 6 pg. dia cuma akan nangis kejap2 untuk menyusu. dan biasanya pukul 7-10 mlm mmg dia akan tido lena. maka bermaharajalelalah aku untuk duk berehat2. bukak fb, blogwoking, menonton dan sebagainya..

haaaa boringnye arini, nak buat ape pulak ni?

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini