Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, March 28, 2012

kakak oh kakak

Minggu lepas alhamdulillah aku pergi ambil duit bantuan RM100 untuk pelajar tahun 1.
Semalam hasya tanye pasal duit tu

Ibu, duit seratus ringgit tu ibu letak mana?
Ada ibu simpan. Nanti kita simpan dalam maybank kakak  keh
Nape pulak. Cikgu kate duit tu untuk bagi pada ibu bapa jer
Ye laa. tapi untuk kakaklah
Tak..cikgu kate bagi pada ibu bapa
Memangla.. tapi duit tu untuk kakak. Takpe.. ibu tak ambil duit untuk anak2 ibu. Ibu simpan duit anak2 ibu ni. Nanti kita simpan yek


Kakak.. kakak..

Untuk ibu !

Kisah 1
Odw balik kg, singgah petronas isi minyak. Macam biasa kakak akan order ape2 untuk dimakan.
Abah, kakak nak milo, roti vanila 1, roti coklat 1
ok


ehh kakak kan tak makan roti coklat
roti tu untuk ibu. ibu kan suka roti coklat
heheee... suke sukeee. tq darling


Kisah 2
Dalam kereta, balik dari sekolah

Ibu.. kakak beli roti telur ni.
alaaa bestnye.. ibu nak sket boleh
kakak beli 3. kakak dah makan 2, 1 lagi ni mmg kakak beli untuk ibu.. kakak tau ibu kan suka
ohh ye kee... bestnyeee. tq sayangg


Selalu jugaklah dia beli untuk aku.. owhh bestnya bila dia dh besar.
Tapi kadang2 aku selalu usik dia.. pasal janji2 kereta vios dia kat aku dulu tu.. hehehee.. marah dia

Kalau kakak cuti sekolah juga...

Esok Amna ada aktiviti sekolah mandi kat De Rhu Beach Resort. Apa lagi... mandi kolam la. Oleh kerana risau keselamatan dia mandi ramai2 ngan kawan2, maka husband ambil cuti half day. Aku tak boleh cuti, ada MQA visit esok.. huhuu... (teringin sangat nk join)


Dan bila berkisar pasal mandi2 kolam nih, adalah sorang nih yang mmg pantang pasal mandi kolam nih. Pantang dengar!! hahaa... mesti nak pergi. Maka, bermacam2 cara or kiasan dari si budak pandai ni...

Bestnya adik boleh mandi kolam. Kalau kakak cuti kakak boleh pergi kan.. kann
Kakak kan sekolah
ye lahh tau... kalau kakak cuti..


Ibu.. kalau cuti kakak boleh pergi kan
iyee.. tapi skolah kan
yelahh... 


abah.. camne kalau kakak cuti sekolah boleh pergi kann
esok bukan cuti sekolah kan..
yee tauu..


huuu huuu sian kakak. Muram  Takpe lain kali je jawapan dia. ibu janji kita mandi2 kat shah alam yek

mmm.. nice entry!

terbaca entry ni dlm fb.. tak ingat sape yg share.. tp bagi aku, very gud info untuk kami espc aku yg lately nih always bz ngan pacar baru a.k.a teman tido baru a.k.a  Addini no.3 hehhe..

okehla tuan puan, akan cuba improve diri sendiri. !

refer sini keh..

Tuesday, March 27, 2012

Reservation done!

Intekma Resort, Shah Alam
Apartment 3 bilik
11 - 13 Mei 2012
Booking no. 0142889

Room 1 : Bonda n pengiring
Room 2 : Bonda n ayahanda mertua
Room 3 : special 4 vvip or sesape yg nak join d club
Kami..?? tak pe tak kisahla tido mane2 pun. Kids tu lagi tak kisah tido mane2, janji ada pool, settle!

Ada sape2 nak join.. jommmmmm!! pastu kita ronda2 i-city shah alam, g makan2 kt melaka or pd ker hehe.. lajak ke cameron ke..!!

jommm 2!! everything i blanja. !
jomlaa jomlaa pokku mokku sekelian!

Monday, March 26, 2012

i'm happy today!!

mmm.. dah 12 hari bb arwah Tengku Puteri Nur Khadijah meninggalkan kami. Selama itulaa aku dah keluarga bersedih.. ehh ehh kate i'm happy kan.. ishh dah lari tajuk pulak. Ok, story pasal arwah aku akan cite later.. sbb cite2 melibatkan hak feeling ni aku kena tulis lama sket.. (huhuu.. sbb sambil tulis sambil air mata meleleh2 huhuu..)

ok, tukar topik utama.

Yess I'M Hapy today bcozzzz

1. Yess tarikh konvo dah keluar. 12 Mei..! hari sabtu. baik punye tarikh sbb hubby tak perlu ambil cuti, hasya pun tak perlu ponteng skolah. Tarikh tu pun ari annyversary kakak ku yg ke 17 tahun . huuhh!! terbaik laa kak tina. Ohye, bonda pun dah dbagitau td pasal tarikh ni

2. Smlm student buat dinner. then ada sketsa dari pelajar2 final sem.. syahdu aku !! tp mmg bestla.

3. 2 hari sabtu ahad kami just lepak2 kat rumah jerk. tak g mane2 pun. Hasya je g tuisyen bi kat opis aku. hehe.. waalllahh rase cam rumahku syurgaku jer. bb Durrah pun very d gud lepak2 golek2 dpn tv. So, kami lepak2 sambil makan2 ..., main masak2 dgn amna n hubby.

4. Ohye tak lupe.. kami dapat bb baru lagi. Engku Aqib Zamir. made in Kerteh hehe.. adik abang adam n ajmal!! tarikh 23 mei. Tp hari ni rase heppy sangat sbb bb tu baru diberi nama today. Baru lengkap  rasenya.

4. Haa... terbaca n selalu baca blog mommy ni. kat sini.  Hari ni ada entry best dr dia.

    1. entry yg aku tunggu2 dari dia.. pumping kt opis. mmg excited aku baca sbb opis dia ni ramai staff
        lelaki...  uishh kalau aku lah, tak tergamak nak simpan ebm dlm peti ais opis gulpp!!

   2. dia masukkan entry pasal cara nak masak puree carot 4 bb. walllahhh... mmg aku tengah tercari2 cara nak buat puree ni pasal lg 3 minggu my si comel bb durrah dah boleh start makan..soo!! mmg entry yg aku cari2 lahh! tq dear

5. Setelah hampir 2 minggu pumping tp susu asyik drop jerk. huuu mcm fedup dah. tp tup tup hari ni tiba2 manyakkkkk!!! yeaahhh dh 2 x pum masih byk jg.. sukeee sukeee..!! tq allah. rezki untuk bb

6. Aku masih teringat n terbayang bb durah yg duk gelak2 gelekek2 tengok aku balik dinner mlm td. hahaaa...  ''' haaaa hoyeyyy mummyyy dah balikkk..!! i want milk mummy plsss...!! nk tido bawah ketiak mummy plsssss!! heheeee!!  '' agaknya tu lah yg dia kate kut..

opsss banyaknyer perkara yg buat aku heppy today!..
 ok. what to do next, booking apartment, booking flight 4 bonda ngan pengiringnya, tempah baju konvo, cari bj konvo kids n daddy!!

wahhh xcitednya nk konvo!! semoga semuanya dipermudahkah dan berjalan lancar. amin

dah daahhh... sambung wat keje. jawab soklan final sem2 lepas untuk discus ngan student tau

Thursday, March 15, 2012

Acik... adik Ahmad dah lahir!

Tadi sempat bual by phone jap ngan ahmad.
terus dia bagitau...

Acik... adik ahmad dah lahir..
Ye ker.. 
Iyee.. tapi adik ahmad tak sihat sikit, ye kena duk spital lagi
Ahhaa ye ke.. takpelaa.. biar doctor jg bb ahmad jap yek.. Ahmad doalaa bb cepat sihat yek..
Iyee
Nanti ahmad boleh kawan2 dgn bb.. (opss mase ni aku rase mcm dah kena stop cakap dgn ahmad. Tak nak bagi harapan kosong dan janji yang aku sendiri tak pasti....)
Haa.. okeh acik . Ahmad doa bb cepat sihat
Doa juga umi sihat2 tau
Yelaa acik
Malam nanti acik balik jumpa ahmad yer
Acik tido sini tak..
iyee acik tido kat umah tokma la dgn ahmad..

Uhu... aku sebak!

Doakan aku dan keluargaku tabah

**rtny, jgn nangis dpn students! Be strong ! Doa doa doaaa (bloging sambil tengok students jawab test dlm kelas)

more about anancephaly

mmmmm oleh kerana aku tak boleh concentrate buat keje, fikiran melayang teringatkan our bb comel, bawak keta pun kadang2 kena ingatkan diri sendiri yang aku tengah bawak keta.. jangan melalut or berangan dalam keta. bahaye.

aku try cari some info pasal ananc ni..
terbaca cite mat saleh ni kat sini..
mmmm dan beberapa info lain.

walaupun ada beberapa perkembangan baik pasal bb dah tak guna oxygen, dah minum susu, tapi hakikatnya .... dia tak sihat. Aku tak nak katakan yang dia ada harapan untuk pulih sepenuhnya. no no... sbb aku takut nanti aku tak dapat terima hakikat lain nanti. huhu..

Peritnya nak terima hakikat yang satu itu .. yeaa.. si ibunya mesti lagi perit.

Dulu, aku bersalin pukul 6. Pukul 8-9 dah boleh dakap bb, susukan dia, cium2 dia sambil belai2 rambut dia, genggam tangan dia, usap2 jari jemari, belai2 kulit lembutnya.. ohhh rindunya saat itu..

Dulu, masa bb admit 3 hari 2 mlm sbb jaundis, 3 hari 2 mlm laa aku nangis rindukan bb tido bawah ketiak uhukk. rindu nak dengar dia nangis masa tu...huuu (opsss bukan la 24 jam nangis tau,, tp jap2 nangis, jap2 nangis sbb rindukan dia..)

Dan kini dah 28 jam.. si ibu masih tak dapat nak dakap.. ye laa dalam keadaan bb macam tu, camne nak dakap kan. Tapi alhamdulillah si ibu dapat membelai dan menyentuh bb sbb dia dah tak duk dalam inkubator.

Tapi, dah kalau tak duduk inkubator, bolehla bawa balik rumah kan.. kan..

Mmmmmm Harapan acik tinggi menggunung
Tinggi lagi harapan ayahnda bonda mu tercinta..

Update : bby comel kami

 Baby dalam inkubator. Berat 1.9kg. Kepala ditutup dengan kain sbb katenya ada darah
Ni la Nurlina ibu yang sangat tabah pada bb comel ini. 
Info terkini yang aku dapat, bb dah tak perlukan oksigen lg untuk bernafas. Sungguh lega aku dengar. Maksudnya dia boleh survive tanpa sebarang bantuan oksigen lagi. Gud girl b!
 Dan ptg smlm dia dah diberikan susu ikut tiub. Sukenya aku dapat fedback ni. Masa pergi scan dulu2, Lina pernah tanya doc boleh ke susukan bb. Doc tu kate, biasanya kita tak bagi susu kat bb ni.. Haaa so now what! Miracle from Allah. 

Teruskan berdoa semua.. Tq. Tq Allah!!

**mmmm aku? yup masih tak boleh focus buat keje.. kepala dok pk pasal bb jek.. huhuu

Wednesday, March 14, 2012

Anencephaly

yes...  inilah name sakit bb comel kami ini.. Anencephaly  . boleh refer komen dari Anif Hamzah (adik saya)

Nanti kalau ada gambar sy akan upload. moga my dear bro n sis kental dan tabah yek. Semuanya ujian Allah belaka. Kita doakan yang terbaik okeh

Remember nih.. kena strong untuk Lina tau..!

Kecelaruan!

Dari semalam aku tak boleh tido. Apabila dapat je berita Lina dah masuk labour room, aku doakan dia dan bb dipermudahkan dan selamat. Tapi, menjelang tengah malam, subuh, belum bersalin juga. Kalau aku kat tempat dia mau meraung je. Dahla sakit kena induce, pastu lama pulak tu sakit. dan.. parents dia plak takde (g umrah). huuuu.. dan dia akan melahirkan bb yang berisiko pulak tuh. Pagi tadi masa sibuk2 nak g keje pun belom bersalin. Aku pun berniat nak belikan ole2 atau bekfes untuk bs2ku.. mudah-mudahan mereka juga dapat mendoakan kesejahteraan lina n bb.

Masuk opis, dapat sms kate lina dah bersalin, alhamd sihat. BB pulak dah kena bawa ke tingkat atas, n stay dalam inkubator.

Dan aku.. hingga kini, masih duk pk2. Nak balik ke tak. Minggu lepas dah cuti 2 hari sbb ke kulim. Minggu ni kalau cuti lagi, kena cancel klas lg, tunda test lg. Tapi hati meronta2 nak balik.

Aku jugak dari tadi duk pk2.. mcm mane keadaan bb. camne rupa dia, mesti comel di sebalik masalah kesihatan dia. Lina pulak camne. Mesti letih amat lps sakit kt sebulan lamanye. Biarlah dia berehat. Tapi mesti dalam masa ni jugak dia beria2 nak jumpa bb comelnya. Nak dakap sentiasa .. yelah sementara diberi pinjaman oleh Allah. Camne perasaan dia nak hadapi semua tu .. Dia cuma cakap kat aku dulu, kalau suami dia ada, insyaAllah dia akan kuat. Ye.. mmg betul! Tapi sekuat manalah hati seorang ibu kan..

Aku jugak duk pk2.. macam mane dgn anih. Mesti penat teramat teman isteri kt labour room. Pastu setia menemani bb di wad. Camne perasaan dia tengok keadaan bbnya yg comel yang entah bila akan dijemput Ilahi..

Aku cuma mengharapkan miracle dari Allah.
Aku memohon agar perjalan hidup mereka dipermudahkan Allah.
Aku mengharapkan bb mereka diberi kesempatan yang lama bersama ibu bapa dan keluarga kami
Aku mengharapkan agar bb dalam keadaan sihat dan bukannya dalam kesakitan menunggu ketibaan kami menjenguknya..

Hadirlah miracle untuk bb comel dan ibu bapanya
Agar bb diberikan kesejahteraan dan sembuh dari penyakitnya
Maybe apa yang dikatakan doc selama ni hanyalah andaian2 mereka saje
Mabye akan ada keajaiban dari Allah..

Sama-samalah pohon kesihatan dan kesejahteraan mereka

Tunggu acik dan ayah cik datang ye bb comel!

-sakit : x sure nama saintificnye.. tp a kind of lahir without tempurung kepala.

Tuesday, March 13, 2012

Tangan kakak berdebar-debar!

Ibu... tangan kakak ni asyik berdebar je la..

Ibu... kaki kakak ni berdebar-debar lah

haha... lawak tak. Berdebar tu maksudnya kebas or semut-semut or serbang (kata org trg)
ntah dari mane dia dapat ayat tu. Dan aku pun duk terikut2 guna ayat berdebar2 tu la plok bila tangan aku serbang. haha.. kakak kakak...

From Kuantan with love..

Ha haa.. minggu lepas, kami bergegas ke Kulim apabila baby yg kami tunggu2 dijangka lahir. Contraction yg kuat, tanda2 bersalin turun darah dsbnya dah keluar, si ibu pun dah di induce sebanyak 3 x dengan induce yang paling kuat skali (kata doctor).

So, kami bermalam di highway. Sekejap di RR simpang pulai kul 2 am, pastu RR mane ntah kul 4, pastu solat subuh kul 6, dan kul 8 sampai Kulim. Bonda dan adik semua takde di rumah, berkampung kat spital Kulim. Selesai sarapan, kami tido jap. penat sehhh. Bangun dalam kul 11 kut. Siap2 mandi dan sebagainya, tiba2 bonda kata,

"Doc bagi Lina balik dulu sbb tak jadi bersalin. Ahad kan kena admit semula.. "

Aiks... tiba2 tak jadi bersalin? Penat kami datang dari jauh tau... huhuu.. tapi takpe. Mane kita tau kemungkinan2 tak jadi kan. Doc pun jangka akan bersalin slps induce kali ke-3.

mmmm.. maybe si bb nak jumpa n jalan2 dgn kami dulu kut.. heheh..

So, oleh kerana tak jadi bersalin, kami buat plan lain. Oleh kerana aku ni darat undang naik feri, maka aku nak naik feri dgn bb dan orang sakit hehee..

Dan si ibu pun, dalam kesakitan, berkain batik, kami ke Penang naik feri. Hehehee...

Lepas tu, pergi makan2 nasi beriyani dan sambut besday lina kat Kg Pelet. Memang best laa. Siap ada kandang kambing, arnab, ostrich, biri2. Mmgg sukee sangat!!

Pastu untuk gembirakan hati orang sakit dan org yang dalam kesedihan ni, kami konvoi sama2 balik Trg. Sebelum tu, sempat lagi Lina ni dalam sakit2 tu kami sama2 shoping pinggan mangkuk kat Lunas. Ada sales gempakkk..  Pastu, otw balik trg, singgah kat tempat sejuk, tengok stroberi, shoping lagi kt Bukit Bunga, makan sate best kat Jabi, air buah gelas beso...

Kul 11 baru sapa ganu..

Ohh.. walaupun penat, kami hepi sbb dapat gembirakan keluarga mereka yang sedang dalam kedukaan maybe. Yelaa.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hingga hari ni, Lina admit semula kat spital Trg. Induce lagi.. Kesian dia. Dah kat sbulan kut sakit2. pastu induce dah berapa kali, tapi tak bersalin2 juga. Sakit tuuu induce. huuuu..

Semoga anda semua tabah hadapi ujian Allah ini

satu jek?

Cuti sekolah.. budak2 tak g sekolah. mmmm relax sket tak perlu balik lambat 6.30 daily untuk ambil hasya kt sekolah.
mmmmm.. dan dah 2 hari aku kompius. Bila angkut barang2 masuk keta, eh ehhh 1 beg je ke untuk diorang nih? biar betul!

Pagi tadi pun same. Bila nak angkut barang dari keta ke rumah bs, eh ehh lagi aku. betul ke 1 beg baju jer??

Ha haa.. ye laa dah nama pun cuti sekolah. Tak payah bawa beg sekolah 3beg, baju sekolah ptg, kasut sekolah ptg, kasut skolah pagi, selipar sekolah agama, baju skolah amna. beg dompet kakak.. haishehh.. kalu tak ke hulu ke hilir aku angkut brg2 tu..

hepy holiday darling. Amna lak hari2 tanye nape sekolah cuti lagi. Nape sekolah tak buka? Berapa hari lagi sekolah cuti? adusss xcited nk g skolah la plok.. hehee


Wednesday, March 7, 2012

Izinkan kami..

Malam ini kami akan ke Kulim, Kedah. Tujuan utama menyambut orang baru untuk ke sekian kalinya..

Aku, kami semua memohon padaMu Ya Allah..
Berikan kami , terutama ibu bapanya..
kesempatan dan peluang
untuk bersama anugerah terindah yang amat dinanti-nantikan ini
6 tahun mereka menunggu dengan penuh kesabaran
menantikan detik-detik terindah itu

Aku, kami, memohon teramat
agar diberikan peluang untuk abangnya menikmati dan memberi kasih sayangnya pada adik yang amat dinantikannya..
6 tahun dia menantikan kehadiran si adik yang comel ini
hampir saban hari dia membayangkan kehadiran adiknya itu
hampir setiap saat aku bersamanya dihebahkan perihal adiknya itu
pelbagai perancangan telah bermain di benaknya..
"nanti amad nak bawa adik naik keta baru amad ni.aa..
'nanti adik duk kat sini, amad main2 dgn adik'
ohhh sedih aku membayangkannya.
telah berkali aku, bonda dan mungkin ramai orang telah memaklumkan padanya
"abang amad.. adik amad tak sihat tau.."
tapi ape yg dia paham ? dia cuma tau yg dia sayang adik...

Aku memohon agar aku, kami, diberi kesempatan dan ruang terakhir untuk bersamanya sehingga saat terakhir dia kembali padaMu semula..
Aku, kami, akan menjaga dan mengasihinya sepenuh hati kami sehingga saat mengizinkan

Dan Berikan aku, kami, terutama umi dan abahnya, kekuatan dalam menempuh ujian terhebatmu ini..
Semua yang terbaik darimu jua


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini