Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, April 30, 2012

First solid foods for my Durrah Khayla Addini

PURI EPAL

Oleh kerana 20hb (usia bb 6 bulan) adalah pd hari jumaat, dan ibu dan bb nampaknya tak sabar2 nak mamam.. maka, aku pun start but puri epal pd 15hb (Ahad) masa usia bb lagi 5 hari nak masuk 6 bulan... ekekkeee... pening ke..

hehee.. so, first step, buang kulit epal, and kasi potong itu epal sesuke hati. Aku guna 4 epal

 ok, pastu masukkan dalam periuk, letak air (aku guna air tapis) kasi tenggelam je itu epal. Tak perlu letak air lebih2 or byk2. Rebus atas api perlahan selama 10-15 minit je. Bila epal tu dah lembut je kira dah ok la tu.. tutup api.
 Masukkan dalam blender, pastu kasi blender halus2 sampai gebuuuu
pastu ambil sedikit sebagai tester..
 nyumm nyummmm... suapan pertama untuk bb!!
 amboi2 kak amna... sedap sangat ke puri epal tu.. 

kak amna paling heppy skali! dia lah paling kuat bg moral support kt bb durrah nih.. hahaaa lucu lucuuuu,,

ok, setakat ni, semua perisa bb makan. puri epal, pastu labu, pisang and today pear!! wahhhh bestnyaa!!
cepat besar dgn sihat ye b!!

Luv u!

EBM for my lil princess Durrah Khayla

Dah lama nak update story pasal EBM nih, ari nih baru sempat.. Sekadar untuk ingatan aku suatu hari kelak dan untuk berkongsi sedikit pengetahuan untuk bakal2 ibu semua.


Ni masa first time pump.. dpt 1.5 oz je , hari ke-4 pantang. Masa ni rasenya pam dlm masa setengah jam kut.. huhuuu sangat lama n sangat sikit dapat.

Date : 4 April 2012. Total 2oz x 43 = 86 oz

Date : 29 April 2012.
5 oz x 25 = 125 oz 
  2 oz x 23 = 46 oz
Total : 171 oz.

Alhamdulillah rezki untuk bb. Moga makin sihat dan ceria dengan susu ibu nih.

Pernah satu ketika dulu stok ebm ada 3 line penuh dalam peti. Total 2oz x 7 x 6 x 3 = 252 oz. Masa tu around end Feb and early Mac. Masa tu aku kate, ishh malas dah nak buat stock.. dah cukup kut untuk bb nih.. Lalu lepas tu, aku sakit teruk 3 ari mc tak boleh bangun, jalan pun tak boleh, duk merangkak jek dlm rumah huhuuu gara2 salah makan or keracunan makanan, sapa demam2 aku dibuatnya.. Masa tulahh.. susu aku drop! Merudum turun. Tiap2 hari pum tak cukup, kena ambil stock. 

Masa tu dah mula cuak.. Stok dah makin kurang, dari 252 oz, last2 tinggal 86 oz. huhuuu
Dan aku pun kuatkan semula semangat, struggle wat collection semula..

Alhamdulillah, berkat bangun pump tengah malam, subuh, kat opis at least 3-4 kali sehari, dapat recover balik susu. 
Ishhh lepas tu tak nak merungut dah susu terlebih or tak muat ruang dsbnya. Nanti Allah tarikh balik rezki untuk bb nih.
Syukur atas rezki mu ini..

(opsss yg bekas dadih selain susu tu adalah banana puree, pumpkins puree, apple puree for lil Durrah juga.._nyumm nyummm)

it's COUNTDOWN!

Hehee.. agak lama tak apdet kat sini.. Hampir 2 minggu. Sebab? Nak jadikan post 17hb tu as sticky post. Hihikk nk buat sticky post tak pandai, jd aku biarkan je dia melekat kt wall tu hik..

so, its countdown ...!!

Whatever it is.. the day is coming.
Just enjoy your day rtny!!

IT'S YOUR DAY!!

Tuesday, April 17, 2012

Love it!


12 May 2012
Sidang 1 pagi
No 46 out of 1000++

Dok sabornye wase.. 

mmmm bonda.. please..!! pleaseee...!!
Majlis akan lebih meriah dan amat bermakna dengan kehadiran bonda

Monday, April 16, 2012

Adab menziarah orang sakit

 Ibuku sakit. Bapa mertuaku pun sakit. Maka bermacam2 ragam orang yang datang berkunjung dan melawat mereka. Dan aku pun cuba cari beberapa tips atau adab ketika ziarah orang sakit ni. Antaranya..:

Adab 1
Adab 2
Adab 3
Adab 4

Kebanyakan mereka yang menziarah ni masih mengekalkan adab2 tradisi. Mereka akan bawa sekurang2nya buah tangan seperti buah. Tetapi kebanyakan generasi muda bawa buah, generasi tua sedikit bawa kuih muih. Tak kurang juga yang masih dengan adab lama.. bawa gula. Walaupun si sakit tak boleh ambil gula yang banyak, tapi gula tu sebagai adab berkunjung. Baguss aku suka dan bangga dengan adab ni.
Yang lain-lain ramai juga bagi duit, buah tangan beserta duit dan sebagainya.

Tapi bagi aku tak kisah pasal semua tu. Yang penting keikhlasan dan doa mereka kepada si pesakit.

Mmmm tapi kan.. aduss ada juga mereka yang masih ambil kesempatan masa ziarah ni

1. Sambil ziarah sambil jual barang.. aduss sian mak aku last2 beli jugak

2. Datang ziarah tapi tak matikan enjin kereta walhal takde sape pun dalam keta. Kut ada budak kecik ke, orang sakit ke yang menunggu dalam kereta tu lain lah kan. Ini tak. Bila ditanya sape dalam keta dan nape tak matikan enjin keta.. dengan selamba je jawab.. takde sape, saje je tak matikan enjin. So, apakah ikhlas dia datang melawat?

3. Ini bukan terjadi kat mak aku. Tapi juga kisah benar. Datang melawat si pesakit kemudian minta duit dengan si pesakit. Alasan... takde duit (kata lain, duit dah habis sbb datang melawat maybe sebab tambang bas dll so minta ganti balik kut).. huhuuu apa punya orang daaa lagu ni. Better ko duk umah je diam2 dari menyakitkan hati orang.

mmmm... Moga bondaku dan bapa mertuaku cepat sihat.. amin!

Ehh,, mane bb durrah?

Semalam sunday.. hari kami melepak kat rumah. Dan dan.. semalam hampir 3-4 kali aku tak jumpa cari durrah Khayla nih.

Ehhhh mana bb kak.... 
tuuu ibu (hampir masuk bawah sofa bed)


Manee comel ibuuuu
tuuuuuuu (kat hujung tilam)


maneeee
kat selimut (dia duk main2 dgn selimut)


maneeeee
ibu niii..... tuu laaa (heheee dia dok berganjak jauh sangat dari tempat biasa dia lepak2)

Aduss bikin risau hati ibu. Dia dah boleh pusing dari hujung ke hujung, pusing 360 darjah, dari sana ke sinung dan mcm2 laaa. So, bila aku ke dapur sekejap or tinggalkan dia jap, maka mmg dia akan hilang dari kedudukan asalnya..

Ohhh so sweet! Opss semalam dah start makan puri epal!! nyum nyummmm! next entry keh

E-filing done!

Dah lama big boss suruh buat ni.. hehee baru hari ni buat untuk dia dan aku skali lah.. Yelaa.. nak buat ni tak boleh kelam kabut n serabut serabai. So, arini dah semester break.. bolehlah aku buat dengan aman.

dan dann.. hehee cam biasa saat yg paling aku suka masa fill in borang ni,

CUKAI TERLEBIH BAYAR

Yeaaa mmg terlebih bayar (bukan bayar sebenarnya kena potong bayar siap2 oleh opis memasing huuuu). 
Maka nanti bolehlaa i claim elaun as agen pembayar cukai yes boss!!
Mcm tak biasa pulakk kan hihii

Friday, April 13, 2012

Rindu Amna Addini

Sayang ibu yang sorang ni.. hari ni balik kampung mak tok dengan abah dia. Hasya Addini n lil Khayla kena pergi skool cam biasa hehe.. Amna tak apa boleh ponteng skolah tadika hehee...

So, pagi tadi kami keluar dengan 2 kereta berasingan. Iyaa.. mcm biasa keluar kereta dgn 2 kereta. Tapi kali ni amna naik kereta abah dia..

Mmmm tiba2 rase sunyi bila amna takde dlm keta td.
Mmmm malam ni kami akan tido bertiga je.. amna tido kt kg dgn abah
Mmmm sape nak teman ibu basuh baju pastu jemur kain ni,
Mmmm sape nak pawww air milo ibu malam nih
Mmmm sape nak main gaduh2 dgn kakak nih
Mmmm sape nak jerit2 lompat dlm rumah pastu main beskal kejar2 dgn bb
Mmmm sape nak riuh2 nyanyi2 dlm bilik air

mmmmmmmmmmmmmm ibu rindu sayang!


Masihkah ada harapan?

Aku tak tanye dan tak bincang apa2 pun hal ni kat bonda. Aku hanya diamkan diri dengan harapan nanti bonda cepat sembuh, sihat dan boleh hadir konvokesyen aku nanti.

Tapi bila time bersalam masa nak balik aritu, aku kata..

Moga ma cepat sihat.. .minta maap banyak2 sebab tak balik masa ma kat spital aritu.
Mmmmm ye.. kekgi ma tak pergi dah konvo neh!

Haahh??? aku terus tersentap?? terdiam aku.. terkedu dan tak terkata
cuma dalam hati aku berkata sambil menangis

Please bonda ... nooo... please...!! 
Please come n see me kat pentas nanti
Insyaallah bonda akan sembuh, akan sihat cam biasa
Apelah makna konvo kalau bonda takde
Segalanya yang aku lakukan selama ni hanya untuk bonda..
untuk bonda semata!

ohhhh sedihhh sedih

Semalam pun masa tipon dia duk hint lagi..
Ma tak boleh jalan jauh2 dah..
huuuu huuuu
aku.. masih mengharap jawapan yang satu itu

Bondaku..

Bonda masih kurang sihat. Minggu lepas balik 5 hari.. sempatlaa aku jaga bonda sekejap. Masih perlu banyakkk rehat, tak boleh buat kerja berat dan tak boleh pk banyak sangat. Sakit jantung ni bahaya. Maybe boleh berulang semula. Jadi kami semua risau nanti setelah semua orang keje especially apabila ipar yang berpantang kat rumah sekarang ni nanti dah start kerja. Sape nak temankan bonda.. huhuuu sian bonda.

Tapi takpe bonda,, janga risau. Beberapa alternatif telah kami buat untuk keselesaan bonda nanti.

Mulanya, aku sebenarnya kurang jelas tentang sakit bonda. Bonda cuma kate sakit jantung, kolestrol tinggi, ada darah tersumbat, ada darah beku kat jantung, kencing manis dan darah tinggi. Dia tak cerita lebih2... Tapi, apabila ramai kawan2 n sedara mara datang berkunjung, dia pun mula bercerita camni camtu gitu gini bla blaaa.. Banyak jugakla dari yg aku tak tau sampailah aku tau dan kata...

Ohh Ya Allah!! Berat sakit bonda nih. Pulihkanlah kesihatannya seperti sedia kala. Jauhkanlah dia dari segala perkara2 yg tak diingini.

Bonda bonda.. maybe dia tak nak anaknya risaukan nye.. lalu diluahkannya pada tetamu yg datang tentang kerisauannya. Pada ketika dia sakit teramat malam tu, dia tak terkata apa. Cuma busu perlu ke klinik beli ubat kul 11 mlm.. sorang2. Bila dah sihat esok tu barulah dia cerita pada tetamu2..

Bonda bonda.. cepatlah sembuh. Aku teringin melihatnya sihat dan ceria seperti sebelumnya. Boleh kami bawa bonda g jalan2..

Tuesday, April 3, 2012

layann...

Sedih jugak bila baca entry ni.. ohh betulke apa yg aku tulis nih..
kalau betul, maafkan ibu sayang2..
maafkan ibu!!

layannnnnnnn

Surat Cinta lagi..

Semalam.. tiba2 kakak datang sengih2 kat aku. 
Ada sesuatu untuk ibu.. dari kakak
Ohhh ye ker?? wahh suke2! 

Dan inilah diaa... surat cinta dari dia. Dah siap tampal kat freeze dh

 Ni yang sebelah dalam 

Tqvm sayang.. ibu sukeeee sangat!! Dah lama tak dapat surat cinta ni.

Ni surat cinta lama. Dah lonyeng pun aku tampal kt peti. 

Aku..?? mestilah bangga kan dapat surat cinta ni. Sebab....
heheheee abah tak dapat surat cinta dari kakak pun
Surat cinta ni hanya untuk ibu .. heheee sukenyaaaaaaa

I love u too darling!

Suprise untuk kakak..!!

Mula mula buat pakatan sulit dengan amna.

Amna.. pagi ni tak payah mandi .. nanti mandi kat kolam terus. Tapi janji jangan bagitau kakak tau.
Okeh janji..

Sampai jer kat kolam..

Ehhh bestnyaa..!! ibuuuu nak mainn... nak mandiiii plssssss!!
Hahaaa.. ini suprise untuk kakak!! Sebab kakak gud jaga bb, layan amna.. jadi ibu abah, bawa kakak mandi kolam!! 
Yeaaaa tqvmuch mommy!! Tqvmuch daddy!!!


Tengok ini budak kecik siap tido2 lagi sementara tunggu kakak2 dia duk berendam.
 Haaa.. kakak ni mmg... sangat over kalau boleh mandi kolam! Suke sangat lah tu..


mmmm everything 4 u princess!! We luv u!

Free style !

 Lil Durrah Khayla sudah 5 bulan setengah today.. wahh cepatnya masa berlalu. 

Gambar ni masa dia 4 bulan. Masa ni hubby la duk panggil aku.. 
Tengok tengokk.. comelnya baby tidooo..
Aku pun ape lagi, snapp..! Cute sangat rasenya walaupun myb bagi org lain biasa2 je tp bagi kami owhhh sungguh luar biasa keh kehh

Ni pulak masa wekend baru nih.. 5 bulan sudah. iyahh pusing kiri!!
 Ahhh tak best la ibu.. pusing lagi iyahhhh!!!
(yang bulat2 itam tu angry bird itam tau..jgn pk bukan2 lak ngeh ngehh) 

 Dann... sah-sah lahh mmg dia suke tido style cenggini.. mcm2laa bb ni. Risau jugak tido gini kut terpenyek idung susah lak nak bernafas. Tapi ok kut sbb kain buai tu kan lubang2.. hehe.. kelako lah b. Dulu2 ibu pernah jgk tengok anak sape2 tah yg tido gini.. dan ibu cuma geleng2 kepala jeh. ishh kali ni anak ibu yg comel ni plak yg tido style gini hohohooo

Ibu ibuuu mommyyy daddyyy pleaseee!!! tak boleh pusing dah niiii!! 
aloloooo comel sunggu, hehe!

mmm nyummmy yummyyy cam best toys ni.. 

Lately nih, lil Durrah sangat excited bila tengok kitorang makan. Sian dia.. abis pinggan kitorang kena tarik masa makan.. hehe.. sabau yek. Lagi 2 weeks ibu masakkan puri epal, puri carot, puri pear kee.. kan kannn mesti bestt!!

Amna dah boleh membaca

Dua-dua adalah baby.

Baby Durrah sememangnya baby dan akan dan sentiasa menceriakan kami.

Sorang lagi tu pun baby. Baby Amna. Dia baby abah. Sangat manja dengan abah. Masih menangis masa tidor malam2. Masih mengangis bila bangun pagi, mandi pagi, dan waktu bersiap nak ke sekolah. Mesti abah yang hantar ke sekolah kalau abah tak kerja. Sangat ceria dan selalu hepy go lucky. Tapiiii.... kalau dia menangis di siang hari... atau ada sesuatu yang tak kena.. adehhh siaplaa . Satu taman boleh dengar dia meraung mengamuk sakan .. aduh aduhh..

Tapi hari ni, masa hantar dia ke sekolah, cikgu K bagitau Amna dah boleh membaca.
Aikss pelik aku. Setau aku dia sekarang ni sangat excited untuk kenal dan baca hurup2 kat buku. Dia akan sebut satu2 hurup tu dan akan ada beberapa hurup yang dia masih konpius mcm U , M
Pastu cikgu suruh amna baca,
dan Amna pun baca..

Saya ada buku..
Ini siku saya

banyak jugakla dia baca.. dan dia tak ngeja. terus baca ikut suku kata..
ohhh aku sangat bangga!! tak sangka baru 3 bulan sekolah dah boleh baca!!
Kakak pun hairan tengok adik dah boleh baca!

Okeh, lepas ni boleh asah dia baca buku kat rumah..

Kan baby Amna, bagi baby durrah dengar!!

Sad vs happy

SAD

Dah 2 malam bonda di hospital. Sangat2 terkejut bila diberitau bonda dibawa ke hospital dengan ambulan..sesak nafas n gastrik. Setelah tipon n msg sana sini situ, akhirnya kul 11.30pm bonda ditahan dalam wad ccu sbb masalah jantung, kencing manis 20, darah tinggi. Kak tina naik ambulan teman bonda, busu pulak kt pulau kapas, no.5 dh odw balik dari kulim, no. 4 dah odw dari kerteh. Cuma aku n no.2 je tak balik.. Hingga hari ni pun aku belum balik.. cuma duk elo elooo je.. huhuu sangat rasa bersalah!

HAPPY

Kencing manis bonda dah turun dari 20-14-12 dan pagi tadi dah 9.7. Alhamdulillah. Mmg dia ada kencing manis tp sangat rendah sebelum ni, below 10. BP pun dah ok. Ohye.. bonda sesak nafas aritu sbb ada cloking(tak sure lak eja camne). Means ada darah beku dekat jantung, bukan dalam jantung. Dan dipahamkan mungkin boleh berulang semula dalam tempoh 24 jam. Tapi alhamdulillah sekarang semua dah terkawal. Darah beku tu dah dicairkan dan dah takde. Bonda cuma kena banyak berehat.

MMM.. bonda bonda. Rasenya dia banyak sangat pk lately nih. Pk pasal nak pergi konvo aku, pasal baiki dapur, nak pergi umrah lagi, kak tina nak bersalin lagi.. aduss..

Hari ni doktor tak bagi dia balik lagi. Bagus juga kut. Sebab kalau dia balik mesti dia sibuk pk pasal tukang kat rumah tu..

Rehatla bonda. Insyaallah nanti kita berjumpa di hujung minggu.

LUV u alwazzz

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini