Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, April 16, 2012

Adab menziarah orang sakit

 Ibuku sakit. Bapa mertuaku pun sakit. Maka bermacam2 ragam orang yang datang berkunjung dan melawat mereka. Dan aku pun cuba cari beberapa tips atau adab ketika ziarah orang sakit ni. Antaranya..:

Adab 1
Adab 2
Adab 3
Adab 4

Kebanyakan mereka yang menziarah ni masih mengekalkan adab2 tradisi. Mereka akan bawa sekurang2nya buah tangan seperti buah. Tetapi kebanyakan generasi muda bawa buah, generasi tua sedikit bawa kuih muih. Tak kurang juga yang masih dengan adab lama.. bawa gula. Walaupun si sakit tak boleh ambil gula yang banyak, tapi gula tu sebagai adab berkunjung. Baguss aku suka dan bangga dengan adab ni.
Yang lain-lain ramai juga bagi duit, buah tangan beserta duit dan sebagainya.

Tapi bagi aku tak kisah pasal semua tu. Yang penting keikhlasan dan doa mereka kepada si pesakit.

Mmmm tapi kan.. aduss ada juga mereka yang masih ambil kesempatan masa ziarah ni

1. Sambil ziarah sambil jual barang.. aduss sian mak aku last2 beli jugak

2. Datang ziarah tapi tak matikan enjin kereta walhal takde sape pun dalam keta. Kut ada budak kecik ke, orang sakit ke yang menunggu dalam kereta tu lain lah kan. Ini tak. Bila ditanya sape dalam keta dan nape tak matikan enjin keta.. dengan selamba je jawab.. takde sape, saje je tak matikan enjin. So, apakah ikhlas dia datang melawat?

3. Ini bukan terjadi kat mak aku. Tapi juga kisah benar. Datang melawat si pesakit kemudian minta duit dengan si pesakit. Alasan... takde duit (kata lain, duit dah habis sbb datang melawat maybe sebab tambang bas dll so minta ganti balik kut).. huhuuu apa punya orang daaa lagu ni. Better ko duk umah je diam2 dari menyakitkan hati orang.

mmmm... Moga bondaku dan bapa mertuaku cepat sihat.. amin!

1 comment:

Encik Lan said...

salam..tumpang lalu untuk menjemput ke blog kesihatan saya
http://penawarsihat.blogspot.com

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini