Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, April 13, 2012

Bondaku..

Bonda masih kurang sihat. Minggu lepas balik 5 hari.. sempatlaa aku jaga bonda sekejap. Masih perlu banyakkk rehat, tak boleh buat kerja berat dan tak boleh pk banyak sangat. Sakit jantung ni bahaya. Maybe boleh berulang semula. Jadi kami semua risau nanti setelah semua orang keje especially apabila ipar yang berpantang kat rumah sekarang ni nanti dah start kerja. Sape nak temankan bonda.. huhuuu sian bonda.

Tapi takpe bonda,, janga risau. Beberapa alternatif telah kami buat untuk keselesaan bonda nanti.

Mulanya, aku sebenarnya kurang jelas tentang sakit bonda. Bonda cuma kate sakit jantung, kolestrol tinggi, ada darah tersumbat, ada darah beku kat jantung, kencing manis dan darah tinggi. Dia tak cerita lebih2... Tapi, apabila ramai kawan2 n sedara mara datang berkunjung, dia pun mula bercerita camni camtu gitu gini bla blaaa.. Banyak jugakla dari yg aku tak tau sampailah aku tau dan kata...

Ohh Ya Allah!! Berat sakit bonda nih. Pulihkanlah kesihatannya seperti sedia kala. Jauhkanlah dia dari segala perkara2 yg tak diingini.

Bonda bonda.. maybe dia tak nak anaknya risaukan nye.. lalu diluahkannya pada tetamu yg datang tentang kerisauannya. Pada ketika dia sakit teramat malam tu, dia tak terkata apa. Cuma busu perlu ke klinik beli ubat kul 11 mlm.. sorang2. Bila dah sihat esok tu barulah dia cerita pada tetamu2..

Bonda bonda.. cepatlah sembuh. Aku teringin melihatnya sihat dan ceria seperti sebelumnya. Boleh kami bawa bonda g jalan2..

2 comments:

#5 said...

Ade banyak pendapat,tp rasenye mmg boleh. Bagi hadiah, penerima sepatutnye xleh tolaklah kan:-

Hadiahkan lah Al Fatihah buat bonda moga2 dipulihkan kesehatan seperti sediakala. Sekurang2nye untuk boleh terus beribadat seperti sedia kala... Hadiahkanlah sekali buat kekasih hatinye juga...

Bile? time berenti kat trafik light xpe, once a day...

Engku Artini said...

insyaallah akan diamalkan..
tq dear.

mmm... dan sori,
tak tertanya dan tak pernah tanya perasaan u selepas peristiwa tempohari..
tak sanggup dan tak sampai hati nak tanya..
walaupun nampak tabah dan sangat tenang.. tapi ....

semoga pemergian umrah nanti akan menguatkan semangat kalian

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini