Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, April 3, 2012

Sad vs happy

SAD

Dah 2 malam bonda di hospital. Sangat2 terkejut bila diberitau bonda dibawa ke hospital dengan ambulan..sesak nafas n gastrik. Setelah tipon n msg sana sini situ, akhirnya kul 11.30pm bonda ditahan dalam wad ccu sbb masalah jantung, kencing manis 20, darah tinggi. Kak tina naik ambulan teman bonda, busu pulak kt pulau kapas, no.5 dh odw balik dari kulim, no. 4 dah odw dari kerteh. Cuma aku n no.2 je tak balik.. Hingga hari ni pun aku belum balik.. cuma duk elo elooo je.. huhuu sangat rasa bersalah!

HAPPY

Kencing manis bonda dah turun dari 20-14-12 dan pagi tadi dah 9.7. Alhamdulillah. Mmg dia ada kencing manis tp sangat rendah sebelum ni, below 10. BP pun dah ok. Ohye.. bonda sesak nafas aritu sbb ada cloking(tak sure lak eja camne). Means ada darah beku dekat jantung, bukan dalam jantung. Dan dipahamkan mungkin boleh berulang semula dalam tempoh 24 jam. Tapi alhamdulillah sekarang semua dah terkawal. Darah beku tu dah dicairkan dan dah takde. Bonda cuma kena banyak berehat.

MMM.. bonda bonda. Rasenya dia banyak sangat pk lately nih. Pk pasal nak pergi konvo aku, pasal baiki dapur, nak pergi umrah lagi, kak tina nak bersalin lagi.. aduss..

Hari ni doktor tak bagi dia balik lagi. Bagus juga kut. Sebab kalau dia balik mesti dia sibuk pk pasal tukang kat rumah tu..

Rehatla bonda. Insyaallah nanti kita berjumpa di hujung minggu.

LUV u alwazzz

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini