Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, May 29, 2012

Esok 30 Mei..



Ye.. esok adalah hari hasya dilahirkan.. 7 tahun sungguh cepat masa berlalu..
(ehh ehh entry pasal birthday ni kedian2 neh.. hehe)

Ye dan esok juga adalah hari annyversaryku bersama my Mr Hubby..

mmmm... apa nak buat yek malam ni..
wait until 12.00 am. then,...celebrate??
hadiah dah teradvance bagi dah aisehh...
(aku sebenarnye kurang suke tradisi menyambut lebih awal or lewat dari tarikh sebenarnya.. tp oleh kerana semuanya ada sebab kali ni.. maka jadiklah teradvance hadioh hehe)

keje tetap keje esok..
mmm.. tengah pk idea untuk mlm ni or esok..

Thursday, May 24, 2012

cuba teka siapa saya.. jeng jengg


Kami murid darjah 1 Sekolah Assunta

Satu hari waktu pulang dari sekolah..

Kakak : Ibu... cikgu suruh tampal kertas warna warni kat gambar ni..
Ibu : okeh.. tampal camne.. 
Kakak : tampal elok2 laa
Ibu : alamak... ibu tak reti wat kakkk... alaa kita gunting gitu2 je lah yekk
Kakak : mane boleh.. cikgu kata kena buat lawo-lawo

Aku punn terus dalam mood tak tentu hala.. manalaa aku pandai bab2 tekap gambar.. kalau ada kertas terap macam zaman sekolah aku dulu takpe laah

Dan sib baik the heroes come... jeng jenggg!

Step 1
 Step 2
 Step 3 .. sharing is caring kan abah.. 
 Inilah murid2 tahun 1 sekolah Assunta.. sama2 tolong buat keje sekolah kakak yang sangat susah ni..
 saya pun .. saya pun murid tahun 1 juga ..hik hikkk

 haaa... aku memang surrender laa nak terap gambar lembu ni . 
mula-mula dia terap dulu kat kertas biasa (kertas nipis ala2 macam kertas peta untuk tekap gambar lembu), pastu gunting sampai terbentuk lembu tuh. then.. tekap semula kat kertas warna coklat tuh.. hushh brape banyak kerja daaa.. tu baru untuk sekor lembu tau
 haaa.. nilah gambar lukisan tu yang nak ditekap dengan kertas warna

 ni sebahagian gambar yang dah siap ditekap dan dipotong.. ready untuk ditampal.. 
hisssss akuu memang tabik spring laa untuk 'murid2 tahun 1' yang sama2 tolong tekap dan gunting gambar lembu dan rumput2 ni.

 ni pulak sesi tekap dan potong gambar roda kereta lembu . tengoklah.. mula2 tekap kat kertas kalendar.. mmm kertas tu jer rasenya yang paling nipis kami jumpa. pastu dalam gambar ni adalah sesi tekap dan potong gambar roda kat kertas warna oren plak.. guna pisau mesin .. then, jadiklah roda warna oren
gambar siap? ohhh sangat cantik...! tapi tapi.. alamak lupa snap kakak dah hantar kat cikgu dia.

anyway tq pelajar2 semua membantu ibu selesaikan masalah kakak ni.. hehee
n tq vm laling..!tanpamu mesti ntah ape2 jadi kat lukisan kakak ni.. 

- just untuk ingatan aku dan kakak kelak-


shoping lagi..

mestilah untuk lil Durrah Khayla lagi.. hehe..

3D socks..
 dan busha .. 
ala sayang plok tak banyak choice untuk saiz 80.. kalau takkkkk huhuuuu haru birula purse ibu
cantik kan... !
kredit to butik daraisy.. klik sini 
tak sabar nak tunggu balik nanti..!! heheee
elehhh... suka lah tu..!

Sejuk hati ibu..

mmm.. dah lama aku tak bangun malam2... bangun untuk buat susu amna, bangun untuk tukar pampers amna, bangun sebab amna nangis2 gatal ekzema..

mmmm... biasanya, dan selalunya mr hubby yang buatkan.. dia pantang dengar amna merengek or menangis malam2.. dia akan terus buatkan susu or tukarkan pampers or tukarkan bajunya yang basah tertumpah susu or seluarnya basah akibat pampers yang dah penuh. Dia juga yang akan gosok2 badan amna yang gatal2  waktu malam.. dialah yang akan peluk erat amna kalau dia nangis malam2.. Dia akan tidurkan amna dan selimutkan kami semua waktu tido..

malam tadi, hubby tak dapat balik. Kami tido berempat. Aku tidurkan mereka, selimutkan mereka dan salam peluk cium sebelum tidur.

malam tadi juga Amna nangis, seluar dan bajunya basah sebab pampers bocor kut. Aku pun dengan perasaan yang saaangaaaaaat malassss, maklumlah dah lama tak kena bangun malam... mamai2 bangun pimpin amna ke bilik air. Bersihkan badannya kemudian buatkan susu, pakaikan pampers semula. Selesai pakaikan baju, amna pun bercakap...dengan suara yang perlahan.. maklumlah mamai bangun tido lagi,

'terima kasih ibu'
mmmmmmm aku senyum

pastu aku pun bagi susu. amna pun dengan suara yang masih serak2 basah
'terima kasih ibu'

ohhhh.... tak sangka aku.  aku tak mengharapkan pun ucapan terima kasih tu.  Tak pernah pun mengharapkannya apatah lagi ketika di waktu malam begitu.   aku pun terus memeluknya... ohhh sayang, terubat hati ibu yang malas amat tadi. Sejuk hati ibu mendengarnya...

I luv u sayangku!


Monday, May 21, 2012

Pre Konvo 3 @ Manir



Baby oooh baby... awat sedih tak dpt pakai jubah ke.. hehee

Majlis cukur jambul Durrah Khayla

07 June 2012

Bunga telur (isi gula2) & pulut kuning
 Agak meriah dengan kedatangan kumpulan berzanji dan marhaban
Tapi, tengoklah si comel ibu ni.. hihiii.. nangis daa time orang gunting rambut 
Ibu... help mee ibu.. sape ni ramai2 ni.. diorang buat apa ni...
 Huuuuaaa... abahhh tolonggg.. nape abah ngan ibu tengok je tak tolong pun bb... sape ramai2 ni abahhh.. . huuuuaaaa

  Maktok pn ada masa kenduri ni
 Doa.. tadah tangan b.. heheee.. pandai tp muka masih cuak ... hik hikkk


Alhamdulillah.. selesai sudah majlis cukur jambul, tahlil arwah dan doa kesyukuran ..

Sunday, May 20, 2012

http://hasya-addini.blogspot.com/

welcome to hasya's b;og!

http://hasya-addini.blogspot.com/

Selamat berangkat

Dulu.. apabila Nurlina bagitau yg dia ambil cuti bersalin 3 bulan (walaupun arwah puteri dah selamat bersemadi..), maka tanggapanku maybe cuti lama tu dia akan gunakan buat tenangkan fikiran. Maybe dia plan untuk pergi bercuti dengan family .. mmmm bagusla dari dia duk cuti lama2 tp sedih mengenangkan arwah puteri kesayangan.

Mmmm betulla rupenya dia nak pergi bercuti.. tapi ke tempat yang sangat berkat dan bagus untuk tenangkan fikiran mereka. Yee... mereka memilih untuk bercuti sambil mendekatkan diri pada Nya.. Alhamdulillah.. doakan kami ke sana juga nanti yek

Kami, budaya tempat kami... menghantar atau mengiringi pemergian mereka ke airport adalah perkara wajib. Melambai mereka sehingga hilang dari pandangan ,, Tapi, aku ... kali ini tidak berpeluang untuk mengiringi mereka.. ohh agak terkilan aku. Maafkan kami. Kami hanya menghantar dengan iringan sekalung doa agar selamat pergi dan pulang nanti.

Tadi 2,42 pm try tipon, tak angkat. Sepatutnya mereka berlepas 3 pm. So mayb mereka tengah sibuk2 siap pakai ihram kut.  Aku pn sms..

Dah siap pakai ihram ke. Slamat semua yee pergi balik. Sory x hantar

5 minit pastu mereka reply
Dah dalam flight. Ampun maaf. Syg semua..

Terasa jauh jerk..  pilu pun ada..
Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk kalian dan moga dipermudahkan urusan di sana..  Tiada apa2 kesalahan yang perlu diampunkan. Kami pasti merindui kalian.. Jauhnye membawa diri memujuk hati luka lara..

Take care.. Moga diberkati !

Birthday girl!

Ini birthday girl akan celerate birthday dia pd 30 mei. (sama dgn annyversary aku..). Tp tarikh tu cuti skolah .. so, dia pun plan nak wat b4 cuti sekolah sbb nak celebrate kt skolah ..

Mmmmm biasanya aku n hubby akan plan birrtday ni sama2.. n kids akan follow jerk. Tp kali ni.. dah ada org tu dah pandai buat plan sendiri, then kami kena ikut pulak.. mmm ini sudah bagus!!

Okeh so plan 1, senarai brg2 untuk goodies bag..
- semua dia dh plan nk beli apa.. cumanya yg aku tak tahan tu.. hari2 oppss bukan hari2 tp tiap 3-4 jam tanya bila nak g beli., brg ni dh ok ke blom.. aduss penat nak jawab.

yo laaa yo laaa ibu ikut je.. kn kita g beli..

kabel owhh kabel

mane laa kabel kamera nih ilang.. aduss, nak caj kamera pn tak boleh apatah lg nak upload gambar konvo n cukur jambul aritu.. ishhh manelaa dia nyorok ni. nak beli kan brape ringgit ekkk? mahal

7 bulan sudah..

Today.. dia dah boleh.
- sebut maa maaa, bahhh babahh, aishhhhh
- menyusur merata2 tempat, dah round satu rumah sampai ke dapo
- lompat lompat
-paham bila panggil nama dia dan dia akan telengkan muka
- manja.. nak org ada dpn mata jer.. huuu susah ibu nak wat keje sayangg
- makan .. dan makan.. (ada talent pantang nmpak makanan dia nih...)
-guling sanaa guling sini (kate kak hasya)
- dah mula angkat2 punggung sampai tertonggeng2

Go bebehh!


Friday, May 18, 2012

Parcel dah sampai... yeaa..!!

 Perasaan yang takkan ku lupakan di sini.. sekali seumur hidupku.. Alhamdulillah!


Hehe  siap display kt atas meja keje dulu.. 

Menanam rumput karpet di laman -Part 2

Projek rumput karpet di teruskan. Balik rumah di waktu tengahari panas terik, semata-mata untuk buat maintenance.. terbaik tak? hehehee..

Rumput2 ni dah mula membiak.. termasuklah pokok2 jahat kat celah2 tu. Aku dah cukup menyampah dengan pokok jahat ni.. dan geram dahh tengok pokok2 jahat tu pun makin membesar segar bugar kt laman aku nih. ishhh . Orang siram rumput tp awak pun suke lah ye kena siram jugak.. yenadeee!!

Maka, aku n assistant kat bawah ni, mulakan xpdc mencabut pokok2 jahat ni bermula jam 1 ptg di bawah sinaran mentari yang panas terik aduhhh panas betul. 

Tengok, panas betulkan..

Haa.. ni pokok jahat yg kecil2.. yg besar2 pn banyak..
5 minit pertama aku buat xpdc ni dengan P.A. Tapi.. pastu P.A dah cabut masuk tgk tv dlm rumah... huhuuuu penat katenya. Tinggallah aku sorang2 kat laman yg panas amat tuh.

Lepas 1jam setengah baru siap. tu pun masih ada yg kecil2 tak larat dah aku nak cabut. Gambar? Takde daaa... aku dah penat .

Maka petang ni dan seterusnya mcm biasa, siram dan siram dan siram..
Cepatlah 'jale' menutup bumi..!

Wednesday, May 16, 2012

Susu untuk puteri..

14 Mac 2012

Kehadiran si comel sangat dinantikan.. penuh kesabaran oleh si ibu yang telah berpenat lelah menanggung keperitan, kesakitan selama 9 bulan mengandungkan si puteri ini.

Pakar dan doktor telah mengesahkan si comel ini bermasalah.. mengalami 'anenchephaly' .. di mana peluang untuk hidup selepas dilahirkan amat rendah. Rekod-rekod lepas menunjukkan peluang itu hanyalah sekitar 24 jam. Malah ada doktor yang menyarankan untuk membuat DNC sahaja memandangkan baby tiada peluang untuk hidup dan tidak perlu membebankan si ibu untuk mengandungkannya selama 9 bulan..

Tapi sungguh ikhlas hati si ibu, mengambil kata putus untuk memberi peluang kepada zuriatnya itu bermain-main dalam kandungannya, bermesra bersamanya melalui gerakan dan tendangan comelnya di dalam perut mulusnya, dan memberikan ruang kepada si comelnya mendengar bisikan dan suara2 indah ibunya. Si ibu ini juga membiarkan puteri comelnya ini mendengar degupan jantungnya setiap masa, setiap detik supaya dia mengerti dan memahami .. dia tidak keseorangan, dia sentiasa ditemani ibunya yang sangat menyayanginya..

Kebanyakan ibu yang mengandung amat menantikan saat dan waktu untuk melahirkan. Melahirkan bermaksud 'a bundle of joy'. Seperti ingin cepat-cepat melahirkan dan memegang bayi comel kan. Tapi, lain bagi ibu ini.... Melahirkan bererti hilanglah sudah detik-detik indah bersamanya.. Melahirkan bererti akan putuslah segala ikatan kasih sayang yang indah itu. Melahirkan bererti ... dia akan kehilangan, dia akan pergi meninggalkan ibunya. dia akan menunggu ibunya di pintu syurga.

Saat melahirkan dinantikan penuh debar.. dan Alhamdulillah semuanya selamat walaupun si ibu terpaksa menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama. 4-5 hari mungkin.. dan dah mula sakit-sakit sejak sebulan sebelum melahirkan.. kesian si ibu..

Si comel kemudian ditahan di wad kanak-kanak dan dilengkapi dengan oksigen. Kepalanya ditutup dengan kain kerana ada sedikit pendarahan.

Detik yang dinantikan oleh setiap ibu adalah apabila dimaklumkan si comel sudah mula diberikan susu.. Owhh semua ibu nak rakam detik-detik indah pertama kali memberikan susu buat si comel. Aku terutamanya sunguh2 teruja untuk mendukung baby sejurus dilahirkan untuk memberinya susu sambil mengusap-usap lembut rambutnya, pipi mulusnya sambil membelai2 jari jemari lembutnya. Tapi, ibu ini.. dikesempatan yang masih diberikan Allah itu untuk bersama puterinya itu, maka dia cuba sedaya upaya untuk menghasilkan susu.. Hari pertama melahirkan.. susu masih belum banyak mungkin. Maka.. ibu ini cuba lagi dan lagi.. dengan niat untuk memberikan susunya.. mungkin walaupun setitik cuma, untuk puteri comelnya itu.

Berkat kesungguhan dan semangat kental ibu, Allah mengizinkan susu itu mengalir jua. Lalu si ibu .. ditemani suaminya, beriringan ke wad kanak-kanak bersama bekalan susu untuk puteri. Mungkin si ibu sungguh teruja waktu ini untuk memberikan walau sedikit jua untuk suapan dan bekalan puterinya. Mungkin si ibu inginkan puteri comelnya itu yang mungkin akan pergi dijemput Ilahi pada bila-bila masa itu.. dapat membasahkan sedikit tekak dengan susu ibunya.. dapat diberi peluang merasakan susu ibunya..

Tapi kuasa Allah jua.. Puteri dijemput dijemput Ilahi sejurus si ibu tiba di wad... hanya lewat 4 minit. Allah telah menentukan dan menetapkan puteri hanya diberikan pinjaman selama 32jam sahaja untuk menghirup udara muka bumi ini. Tempatnya adalah di Jannah.. menunggu ibunya yang sangat banyak berjasa dalam hidupnya.

Susu untuk puteri itu.. telah ditakdirkan Allah susu itu bukan untuk puteri. Sabarlah adikku..!

Semestinya puteri akan berpesan begini untuk ibunya..
"Terima kasih ummi kerana meminjamkan rahimmu untukku menumpang kasih sayangmu walaupun seketika jua. 
Terima kasih ummi kerana bersusah payah mengandungkanku dan melahirkanku walaupun pasti aku akan pergi awal meninggalkan ummi yang ku sayangi.
Terima kasih ummi kerana sentiasa berusaha dan menjagaku sejak dari dalam kandungan sehingga kulahirkan dan sentiasa mendoakan kesejahteraanku walaupun hakikatnya sangat sukar untuk diterima ummi.
Terima kasih ummi atas segalanya. Segala pengorbananmu akan ku kenang selamanya dan semoga Allah memberkati dan merahmati ummi selalu atas segala jasa baik ummi mengandung dan melahirkanku"

Semoga mereka berjumpa di Jannah.
Semoga si ibu memperoleh ketenangan di Kota Mekah nanti.. 20 Mei 2012

Kesinambungan dari kisah Arwah Tengku Puteri Nur Khadijah Bt Tengku Anif
-Kisah 1 Anenchephaly
-Kisah 2 From Kuanta With Love
-Kisah 3 Kecelaruan
-Kisah 4 Update bb comel kami
-Kisah 5 More abour Anenchephaly
-Kisah 6 Acik.. adik Ahmad dah lahir

Pusaranya..(di tengah).. Al Fatihah

Tuesday, May 15, 2012

memories...

Tetiba terjumpa gambar ni.... Hepinya mereka..!! 

28.07.2008

07.08.2008

01.07.2009

 2010 OTW ke Pulau Kapas 



Deer Land

Gambang Water Park with busu


2009 ?? Bukit Bendera.. mmmm nape jalan tu senget benget.. ada pemberat ke hikhikkk


Monday, May 14, 2012

Speechless!


-photos kredit to frens Hasmaizan Hassan n husband-

Hati berbunga riang!!

Alhamdulillah selesai sudah majlis konvokesyen.. agak meriah untuk aku yang pertama kalinya terima anugerah master (ada ke orang yg terima master 2 x..ihikss)
Maka aku sungguh2 gembira dan xcited untuk bergumbira bersama keluarga tercinta!
Nanti upload gambar keh..

Haaa nilahh bunga2 yang aku dapat.. fresh flower! wahhh suke sakan aku!! Tiap masa g cium bunga.. jap japp g tengok bunga... wahh dah kembang setaman.. harum semerbak gitu. .. sukeee sangat sangat!
Wanita mane yg tak suke bunga kan..!


Oleh kerna aku takde kamera canggih.. maka agak frust juga apabila banyak juga gambar2 tak memenuhi standard piawai gambar Saiful Nang.. hahaaa kelas gitu. Cukup2laa rtny.. syukurlah apa yang ada. Gambar kt studio kn dah ambil
Aku ada juga plan untuk outdoor potoshoot dgn member yg ada kamera mahal ni, ala alaa profesional kameran gitu.. tp terpaksa dibatalkan sbb dia keje.. huhuuu..
takpe, aku bukanlah kaki bergambar pun.. 

Tiba2 masa nilah.. rase nk beli kamera mahal.. untuk simpan nostalgia yang sangat2 bermakna ..

~Angan-angan itu indah.. tp aku tak mungkin berusaha untuk mencapainya.. sebab .. itu hanyalah angan-angan indah dan bukanlah impianku..~

Thursday, May 10, 2012

Pre Konvo 2 @ rumah mertua - 6 Mei 2012

Oleh kerana bapa mertua tak sihat.. maka kami bergambar kat rumah je.. plan asal nk g kedai gambar terpaksa dibatalkan..
Takpe.. layan ajer








 Ni lak gambar masa kami otw balik trg, singgah kt rumah kami kt kemaman jap. Mak nak tengok, aku pn snap jap sbg kenangan.. peace makkk!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini